Orang pernah berkata " inilah hasilnya bila kita bersabar dan menunggu " ini adalah hasil tanaman ubi kayu yang mak aku cucuk didalam pasu. Mak aku tak sangka pun ia akan terjadi hasil sebergini sebenarnya. Tak silap aku mak aku tanam pucuknya saja, akhirnya inilah hasilnya.
Semalam aku tak dapat tidur jadi aku mengemas ruang halaman didepan. Dari pukul 7 pagi sampai 10-11 pagi. Agak puas hati juga, sebab dapat buang apa yang tak perlu ditanam. Sebenarnya kalau boleh aku nak tanam sayur-sayuran dihalaman rumah aku. Barang dapur pun sudah meningkat. Bayangkan harga sayur pun sudah tidak seperti dahulu. Bawang mak aku cakap setengah kilo Rm 6.00 terkejut aku dengar. Tapi mak aku cakap kat belah shah alam, tak tahu area mana.
Secara tiba-tiba aku suka dengan bercucuk tanam. Sebab aku suka hasilnya bila tiba masa. mari kita cerita lain pula.
Beberapa hari lepas, aku keluar dengan rakan-rakan aku. Dah lama tak keluar sama-sama. Rakan-rakan aku bukan orang yang dahulu aku selalu keluar, tapi ini rakan yang aku rasa tahu dan hormati masa-masa aku.
Aku dapat satu khabar berita beruk yang terasa nak gelak guling-guling pun ada, tapi biarkanlah dia dengan hidup dia. Bagi aku apa dulu dia pernah cakap kat aku, seperti ada motif yang tersembunyi sebenarnya. kalau aku dia dapat berfikir dengan baik dan waras, aku rasa tak mungkin dia patut cakap seperti itu sebenarnya.
memang susah bila kita didalam satu situasi yang sememangnya tak mungkin akan terjadi sebenarnya. Kadang-kadang orang membuat kawan dan sahabat dulu sebelum kecundang sebenarnya. Tapi aku belajar disitu, apabila kita TERmasuk didalam zone atau kawasan itu. Harapan tak mungkin akan terhasil. ia tergantung kepada keadaan,situasi, apakah kau nie mempunyai paras rupa yang dia suka? ataupun disebaliknya.
Dan hasilnya adalah..........mungkin
Cerita jiwang yang aku suka tengok sekarang nie dari negara seberang dari Philippines. Kalau diikutkan memang jiwang karat nak mampus sebenarnya. Tapi apabila aku mentafsir jalan cerita itu sebenarnya, memang ia sebijik dengan kehidupan kita lalui. Orang pernah kata juga
"kalau bercinta tu, kalau sakit hati,kecewa itu adalah adat. kalau tak berani kawal emosi jangan nak bercinta"
JENG JENG JENG!!!
Dulu orang selalu cakap aku nie emosi emosi. Tapi aku emosi aku cuba mengawal sebenarnya. Cuba lihat orang-orang yang anda kenal. ada yang tidak dapat mengawal emosi, lalu apa yang dicapainya, itu adalah kekalahannya. seperti macam kecewa minum arak, bawa kereta laju-laju dan mati terbabas, tak pun pukul orang, ganggu orang tu balik dan sebagainya.
aku kawal dengan mendiamkan diri dan berfikir. aku berfikir apakah langkah-langkah seterusnya. bagaimana aku untuk kembali masa yang asal dengan cepat? untuk pulihkan keadaan harus dibuat dengan lancar. tapi apa yang aku dapat, tak ada siapa pun yang membantu aku atau memberi nasihat. Ada manusia, senang berkata, itulah kau, bla bla bla dengan dia. Dia tak faham apa setiap orang lalui. apa kata kalau dia yang rasa dan aku cakap macam tuh?. Nampak sangat dia suka hidup didalam kesenangan dunia sendiri. Ada pula yang yang tahu, tapi akhirnya dia seperti menalam mukanya sendiri.
Dulu aku pernah juga berkongsi sesuatu, mungkin juga aku pernah tanyakan cadangan. tetapi kini hidup aku harus dibuat dengan keputusan sendiri. walaupun aku ada mak,abang dan kakak, kadang-kadang keputusan mereka membuatkan aku takut untuk berbicara sebenarnya. Soalan aku sebenarnya diluar jangkaan fikiran keluarga aku. aku harus seseorang yang dapat berfikir untuk soalan-soalan aku. tapi kini aku sendiri, bila aku rasa semua jawapan aku yang cari.
Aku rasakan hidup aku ini seperti sempurna. keputusan ditangan aku, persoalan aku yang aku cipta. aku rasa sempurna, tapi aku pasti bila tiba masanya nanti aku akan kecundang juga akhirnya seperti lagu padi-angkuh nie.....
Aku adalah seorang yang keras hati
Yang tak pernah merasakan kelembutan hati
Hingga di sini... di penantian terakhir
Ku berjumpa dengan engkau
Terpikat aku jadinya
Engkaulah sang mentari yang menyinari bumi
Dan akan menghangatkan gairah hatiku oh.. oh...
Engkaulah embun pagi yang membasahi tanah
Dan akan menyegarkan setiap lelah jiwaku
Lama sudah aku sendiri
Dituntun langkah-langkah kaki
Mencoba menentang kerasnya hantaman hidup
Aku akui aku tak mampu menahan semua
Meruntuhkan kerasnya... angkuhnya dinding hatiku
Engkaulah sang pelangi yang mewarnai langit
Dan akan memayungi gelisah hatiku oh.. oh...
Engkaulah angin malam yang menebarkan wangi
Dan akan mengharumi hari-hari bahagiaku
Cuma aku tak pasti bila masanya sebenarnya. Tapi betulkan aku cakap? aku sebenarnya nampak je macam angkuh dengan apa aku lalui. tapi sebenarnya aku dah bersedia untuk masanya aku kecundang semua ini nanti. tapi tak mengapalah mungkin kesilapan yang lalui mengajar aku satu peristiwa yang sangat istimewa untuk aku. aku dapat memahami hati dan jiwa seperti ini. Aku bukanlah doktor cinta, tapi aku seorang pendengar dan seorang yang sedia membantu.
mungkin inilah hasil pertama jiwa baru yang aku fahami sebenarnya. manusia belajar daripada kesilapan dan kesalahan. bagaimanapun sebenarnya kita harus memberi peluang kepada setiap orang untuk memberi yang terbaik dan terbagus sekali.
aku suka ayat dari sebuah cerita anime naruto, ayat daripada itachi
"If you think im just a foolish kid ruled by his emotions, thats fine. following your own path would be childish,the whispering of fools who dont know hatred. If anyone else tries to ridicule the way i live, i slaughter everyone they ever cared about and then maybe they understand what its like to taste...a little of my hatred"
dan ayat keduanya
"If you want to kill me, despise me, hate me, and live in an unsightly way... Run, and cling to life, and then some day, when you have the same eyes as I do, come before me."
dan ayat ketiganya
"people live their lives bound by what they accept as correct and true. Thats how they define "reality". But what does it mean to be "correct" or "true"? Merely vague concepts . their "reality" may all be a mirage. Can we consider them to simply be living in their own world, shaped by their beliefs?"
Dan ini adalah ayat daripada Albert Einstein
"Try not to become a man of success but rather to become a man of value"
Aku tulis nie bukan marah atau benci, tapi cuma aku nak tergelak je. kenapa terciptanya persoalan seperti ini sebenarnya. Kerana mulut orang binasa, kerana mulut juga hilang semuanya. Tapi
"apabila akal datang menyambut, semua persoalan boleh dirungkaikan dengan sempurna daripada kebencian"
dan ini ayat daripada aku
No comments:
Post a Comment