Thursday, February 24, 2011

Episode 114 ( kebenaran adalah kesakitan, kebohongan adalah kegembiraan )

kita manusia memang pandai bercakap, memang pandai memberi nasihat paling hebat sekali ialah menyakitkan hati orang. Orang kata " lidah adalah senjata" Dengan itu fahami isi maksud tersebut.

Manusia sememangnya tidak dapat menerima kennyataan sebenarnya. Jika kalau orang itu berkata benar pun, hatinya tetap mahu mengatakan tidak dan seboleh-bolehnya dia mahu menunjukkan belangnya. Tapi hakikatnya kennyataan itu adalah kesakitan. Kalau tak percaya tak mengapa, tapi itulah setiap daripada kita lalui sebenarnya.

Ada perkara yang kita perlu tahu, kenapa kennyataan itu harus dikatakan. Bagi diri aku, kennyataan itu lebih baik dan elok berbanding daripada kebohongan manusia. Apa aku sedar daripada diri aku, aku ini adalah manusia yang suka berfikiran logik dan cakap atas daripada kejadian disekeliling aku. tapi itu pun orang tidak dapat menerima. aku suka bila orang itu berkata, lalu aku cepat-cepat fikir sama ada ia benar atau tidak, jika tidak benar, aku akan membetulkan keadaan, bukan lagi mengeruhkan keadaan.

Aku tak pernah nak sakitkan hati orang sebenarnya, tapi orang disekeliling aku sendiri yang menyakitkan diri sendiri kerana aku. kalau dah tahu aku ini akan memberi jawapan yang sememangnya berlandaskan logik, kenapa harus sampai ada sifat dendam,ego,angkuh dan lain-lain? apakah itu menunjukan isi sebenarnya dia ini sakit hati dengan aku? dan sudah pasti jawapannya benar.

kita manusia, boleh menjadi pelbagai watak untuk kehidupan nie, tapi apabila kebenaran datang mengcungkil rahasia kita atas kebenaran, lantas suara lantang itu kita keluar dan kalau di internet pula, dari segi cara kita tulis, kita akan dapat tahu orang tu marah ke tidak. apabila A bagi jawapan yang benar, Si B ini akan memberi soalan+jawapan lain, dan si A ini akan terus memberi jawapan dan jawapan.

tapi itulah, kebenaran dan kebohongan tidak dapat kita lari daripada kehidupan seperti ini.

No comments:

Post a Comment