Kakak aku makan 4 ekor ketam, aku 2 ekor ketam, mak aku setengah ekor ketam. dan yang lain abang aku bedal hehehe!! kalau ada abang aku seorang lagi sure dah habis =). tapi aku suka abang aku punya daging kicap.
ok, habis cerita Hah nieh....yang seterusnya ,
Aku masih tak puas hati kenapa aku terpotong rambut sebenarnya. Bila aku down down down down, perkara yang aku harus buat tanpa berfikir secara rasional ialah nak potong rambut. Aku terkejut dengan satu berita sebenarnya, tapi bagi aku, kalau allah swt telah tetapkan setiap kejadian ini masa kita masih kecil lagi, jadi aku terima dengan redha. Aku ingat 1 tahun itu , aku telah berjaya untuk menjadi hati yang tegar terhadap ini semua, tapi............aku ditumpaskan.
hye, perkataan ini ada disetiap hati orang, nak cakap atau tidak itu hak masing-masing, tapi aku hanya mampu senyum didalam tanpa apa-apa lagi. seperti aku pernah tertulis wall difacebook aku
Aku tulis macam nie pun ada sebabnya, aku bukan nak menyakitkan hati orang, tapi bagi aku, manusia nie bodoh sebenarnya, apa yang mereka mahukan sebenarnya? apakah seorang kekasih itu akan selalu bersamanya ? tanpa ada ikatan sah? kita islam jangan terikut sangat budaya barat atau agama lain. Manusia sering lupa 2 perkara ini, agama dan maruah keluarga.
kenapa maruah keluarga? apa anda rasa bila anda menconteng arang dimuka kedua ibu-bapa? malu ke apa? atau tak ada rasa apa-apa sebenarnya ? hye, memang jodoh itu harus dicari, tapi berwaspadalah dengan cara-cara kamu.
Orang tua-tua selalu cakap macam nie, dan aku pun pernah dengar orang cakap macam nie
masuk akal"
Ayat nie aku ambil dari cerita hantu kak limah, masa pengakhiran ceritanya, tapi lebih kurang je ayat dia. Bagi aku adakalanya betul juga, tapi bagaimana pula kalau kita rindu kat orang tu? apakah orang tu rindu dengan kita juga? oh, rindu tu bukan rindu untuk berharap dia bercinta dengan kita, tapi aku harap dia rindu untuk berjumpa dengan aku, uhuk2~~!
Sejak akhir-akhir nie aku tengok cerita naruto, aku suka dengan semangat dia dengan karektor dia, tapi aku lebih suka karektor bernama itashi dengan cikgu naruto. tapi aku suka sekali ialah itachi uchida. Kenapa aku suka karektor dia ? Bukan sebab dia cool, tapi aku suka dia sebab orang ingat dia nie seperti pendendam, tapi dia bukan pedendam pun. Muka dia nampak tenang walaupun perit dia pikul sebenarnya. Aku baca profile dia kat wikipidia, kalau aku ada adik, aku rasa aku pun nak buat macam tuh, tapi takdelah sampai aku bunuh semua orang hehehe =).
Tapi sayang, dia mati. Tapi dia bagi aku satu karektor untuk aku fikir untuk personaliti tentang cara aku untuk tahun nie, bukan untuk bergaya rileks ke apa, tapi bagi aku seperti aku dapat idea untuk membentuk satu personaliti aku sebenarnya. Hidup nie tak kan nak bawa karektor yang sama kan setiap tahun? seperti orang cakap, manusia sentiasa berubah-ubah. jadi kita kena berubah, tak kisah baik atau jahat, selepas itu kita ada akal untuk pertimbangakannya sama ada baik atau buruk.
tak selamanya orang kejam akan kejam, tapi kalau israel tu memang kejam sampai bila-bila, aku cakap manusia yang dapat lagi mengawal hatinya. aku bukan membuang yang baik dari hati aku, tapi aku cuba mencari yang terbaik.
Tapi bila aku cuba mencari yang terbaik, ramai yang tang tang tang, cakap sana-situ sini apa lah, aku tak kisah, cuma bagi aku, akal ada, berfikirlah.
jadi yang baik kadangkala manusia tak dapat terima, yang jahat pun sama, kadang-kadang orang mempunyai sifat cemburu kalau kita boleh jadi sifat demikian. tapi cemburu tu adalah sifat syaitan sebenarnya. jadi fikirlah sama ada kita ini nak jadi syaitan ataupun manusia.
No comments:
Post a Comment