Monday, April 23, 2012

Episode 254 ( leceh betul ............)


Assalammualaikum wbt

Hidup.........orang kata macam roda, macam udara, macam api dan tanah. ada naik ada turun. ya itu benar sebenarnya .

secara amnya, aku agak bosan apa yang terjadi , tapi , yang aku tahu dan pasti , apa jua aku hadapi dalam hidup nie, aku masih ada allah swt , nabi muhammad saw yang selalu doa untuk umatnya dan sayang kepada umatnya walaupun aku tak pernah jumpa dia, mak bapak aku, dan adik beradik aku.

senang cerita ada perkara yang aku rasa dah lali dengan kehidupan aku, bagi aku , aku hidup nie harus terima apa yang terjadi. Daripada kau tak mahu ia terjadi sehingga kau yang minta ia terjadi. oleh itu aku sentiasa berwaspada dalam erti kehidupan.

aku hidup didunia bersama bermillion-million orang, dan yang ada disekeliling aku hanyalah beberapa orang sahaja, tapi aku belajar daripada setiap kesilapan aku pernah hadapi.

Sebelum aku jadi seorang manusia, aku sering dimarahi atas perbuatan aku, dan diatas kesilapan aku. tapi aku cuba fahami kenapa. tapi ada sesetengah orang dia tidak mahu cuba. hakikatnya ia cuba membentuk dirinya yang angkuh.

aku bukanlah manusia yang ada harta , cuma harta yang aku ada ialah lidah dan hati. sebab andai lidah aku terhunus diri sendiri, maka pelbagai akan terjadi, dan andai hati aku tidak kebal dan hitam busuknya, maka harta apa yang aku ada untuk dipertunjukkan suatu hari nanti?

Dalam kehidupan nie, manusia susah sanggat nak minta maaf. ya aku pun dulu seorang yang agak susah rasanya nak ucap minta maaf kepada orang, TETAPI , aku belajar dari kesilapan dahulu. Aku belajar untuk diri aku, jangan sombong dan angkuh untuk tidak ucap minta maaf atau terima kasih kepada orang.

Biarlah orang nak cakap kau nie lurus ke, bodoh ke sial ke , tapi ada yang lebih tahu kenapa kau buat bergini. Sebelum aku tahu " jangan rasa penat untuk berterima kasih atau minta maaf kepada orang " aku rasa aku adalah manusia yang agak susah juga nak ucap perkataan macam nie, dan aku hanya lihat daripada beberapa sudut saja kalau perlu ucap perkataan nie.

Apa gunanya aku ada agama ? dan nabi yang dulu telah ajar kepada umat-umatnya? pengajaran disetiap perkara yang terjadi? sama ada kita dengar atau baca disurat khabar? ada orang baginya berat sangat untuk ucap. tetapi dia tidak tahu pahala diberi kepadanya.

Senang cerita orang yang selalu minta maaf dan berterima kasih adalah orang yang rendah diri terhadap orang yang dia ucapkan. hormat dan teguran yang disampaikan kepadanya itu dia terima seredhanya dan seandainya. Seperti aku cakap, hidup ini seperti roda, kita nak orang hormat kita , dua perkara nie harus tanamkan diri dulu. Andai rasa diri ini terpijak atau dipergunakan, seperti aku katakan, ada orang lebih memahami kita.

masa zaman aku tak tahu agama, aku selalu rasa diri aku nie hina dan sangat bangsat aka sial dalam kehidupan. tapi bila aku tahu dua perkara dan setiap kali aku terasa situasi macam nie, aku cepat-cepat cakap dalam hati aku ada allah swt dan nabi muhammad saw . Dan aku tahu ada neraka dan syurga.

walaubagaimana pun kesabaran aku ada hadnya dan caranya dan situasinya . tapi sejak akhir-akhir nie, aku rasa beberapa suis kehidupan aku seperti tercabut daripada sebelum ini. Dan aku sedang berfikir dimana silapnya, aku tidak marah kepada qada dan qadar aku, cuma aku terfikir kenapa sebelum nie aku rasa alhamdulillah ok, tetapi sejak akhir-akhir nie aku rasa syaitan menguasai diri aku?

siapa lagi yang memahami diri sendiri melainkan diri sendiri bukan?

paling aku tak suka dalam diri aku ialah bila aku marah, bila aku marah, aku tahu aku bukan akan jadi diri aku walaupun jasad adalah diri aku. Maksud aku, aku paling tidak suka bila pemikiran aku berkecamuk dicampur dengan kemarahan.

Dan disitu kesakitan aku mula merasa, kepenatan mula menguasai diri, siapa suka orang marah sebenarnya? dalam kehidupan nie, paling orang tak suka ialah bila kena marah atau buat orang marah atau kita marah orang.

bahagian tu lah yang paling leceh sebenarnya, dah lah aku cuba bina iman aku, bina akhlak dan akidah aku. tapi aku tahu bila , aku dapat mengawal setiap keadaan aku yang lampau dahulu, dan syaitan yang pertama tidak berjaya, dia menghantar pangkat yang lebih tinggi, dan aku rasa aku tewas disalah satu pangkat syaitan dengan hasutannya.

bayangkan kau dapat kawal marah kau, kawal keadaan kau, kawal mata kau, paling penting lidah kau. tapi bila disatu saat, bila jiwa , hati termelayang entah kenapa, satu perkara yang kita nak terjadi ia terjadi, apa yang kita tidak harapkan, ia memang akan terjadi sebenarnya.

aku rasa aku telah berjaya belajar mengenali diri aku, tapi sayangnya masih ada beberapa yang aku rasa aku tak mampu untuk kawal situasi.

dan itu lah yan paling leceh sekali.......................................................................................

tapi bagi aku, kalau apa yang dah terjadi, nak buat macam mana? hadapi saja untuk hadapi hari esok dan bakal terjadi yang kita tidak diduga............ sama ada maut , atau terkena balik , tak kisah daripada pihak mana-mana............ sebab itu aku tahu, hidup adalah roda, dan kita tidak tahu siapa yang akan terkena tapi aku harapkan ia terjadi kepada aku , sebab aku rasa lebih layak untuk aku . bukan daripada pihak yang rasa rendah keyakinan diri, bukannya aku cakap anguh, tapi aku rasa kau lebih layak, sebab aku akan belajar menghadapi situasi lebih teruk daripada sebelum nie.

Saturday, April 21, 2012

Episode 253 ( Hebat )

Assalammualaikum wbt


Siapa sangka sebenarnya dari bawah naik terus macam nie. ya Documentari video band yang aku tengok agak menyentuhkan perasaan juga lah. Dari dia band nirvana dan buat band sendiri Foo fighter , kemudian masa nak record lagu sendiri, main alat-alat sendiri. tapi sayangnya, dimalaysia tidak seperti dinegara luar.

secara peribadinya, aku memang dah lama letak guitar aku. tapi pasal aku terdengar lagu foo fighter - walk ... dia membuatkan aku terasa nak pegang guitar balik, dan akhirnya aku pegang guitar balik dan sesi jamming pun bermula, tapi tak ada niat nak buat band , cuma main lagu foo fighter sahaja.

kali pertama jamming dengan wannoq dan hafiz, lagu foo fighter - all my life , dan aku main bass sambil bernyanyi, dan akhirnya lagu tu tak sampai separuh dah hancur, tapi lagu walk main sampai habis, tapi lirik berterabur.

senang cerita semua lagu hancur sebenarnya, tapi penjaga studio tahu kita orang main lagu walk.

akhirnya berlatih dan berlatih, jamming disuatu tempat, dapat juga habiskan lagu yang nak dimain. tapi sekarang lagu foo fighter macam jadi lagu wajib kalau main, terutama sekali lagu -my hero kemudian walk dan time like these...

apa-apa pun kalau yang siapa minat dengan Ff nie aku rasa patut tengok lah. aku dah tengok dari awal hingga habis. bagi aku menarik dan pergh lah.

Tuesday, April 3, 2012

Episode 252 ( gini-gini-gini-gini )

Assalammualaikum wbt

Hari yang sangat.....Pergh!! kesana dan kesini, macam budak penghantar surat, walaupun takdelah banyak sangat kena buat. tapi bulan nie, banyak aku menolong orang. itu yang paling penting sebenarnya.

Hari rabu malam khamis, aku ada sesi jamming dengan wannoq, hafiz dengan kawan wannoq kot. takde lah buat band, cuma main biasa-biasa saja walaupun wannoq cuba ajak aku, tapi perkara silam pasal aku dengan band, agak kurang lagi, dan aku tak mahu buat lagu jiwang-jiwang dah melainkan yang tidak ada kena mengena dengan perasaan lah. ( sedang cuba )

contoh lagu yang aku sedang selalu dengar macam Foo fighter - hero , walk, time like these, burning bridge . Tapi lagu fav gile aku, lifehouse -spin , seperti aku pernah kata dalam blog sebelum nie, melodi dia menarik dan lirik dia ....................................

Dan hari rabu nie juga lah, aku dengan adam nak usha rim motor dan ambil motor baru adam kat kedai. sangat memenatkan,

minggu terakhir aku kelas jepun, kemudian study apa yang lepas-lepas, 21 nie exam bahasa jepun, dan aku dapat rasakan, memang aku akan gagal, sebab aku langsung tak tahu bahasa kanji jepun, cuma sekarang aku faham apa orang cakap, dan nak balas, aku agak kaku dan tidak teratur ayat dia. =)


Tuesday, March 27, 2012

Episode 251 ( yang lepas-lepas )

Assalammualaikum wbt



Beberapa hari lepas, kini abang ipar aku telah pun ke jepun bersama kakak aku, kini abang ipar aku sambung belajar disana, sambil menemani kakak aku. rasanya kakak aku akan berada dijepun selama 6 - 7 tahun, kalau abang ipar aku sambung phd. mungkin kakak aku akan berada disana selama 8-9 tahun, dan aku pun tak tahu lagi bila lagi nak ke jepun.

Aku memasuki kelas bahasa jepun, tapi pergi jepun tak lagi, buat masa sekarang nie, aku faham apa orang cakap, tapi aku agak sukar sikit untuk membalas cakapan, tapi ada masanya aku memang tak faham langsung apa yang dicakapkan. sense aku memang orang pure jepun, dan kahwin orang malaysia islam. agak kecewa, hahaha!! , tapi seronok apabila sesetengah bahasa jepun tu agak melucukan, contohnya macam perkataan mcd, kita akan sebut mcdonal atau mcd, tapi dalam jepun dia akan sebut, makurodoranodol, macam tu lah, kalau kfc , dia akan sebut kentucky .

jadi dalam setiap negara ada caranya tersendiri bukan? kelas aku setiap hari sabtu , dan akibat minggu lepas aku tak hadir sebab ada doa selamat, makanya sabtu nie ada kelas ganti, dan kini sense lama aku dah letak jawatan sebab dia kena ikut suami dia pergi mana tah aku pun tak tahu, jadi minggu depan aku dapat sense baru, tapi agak cuak sebab aku memang dah blur skit.

makin lama makin pening dengan bahasa jepun, contohnya E , mo , No , gitu lah, shita, damedesu, gitu lah, aku masih lagi blur-2 , dan macam ayat hari nie, tarikh, memang blur gile untuk ingat. mungkin aku kena banyak makan kismis .

menghantar borang untuk bekerja sudah, tapi selanjutnya terserah kepada yang masa esa. kita dah berusaha, jadi terserah kepadanya.

alhamdulillah, ada juga aku dapat motor, sebab abang ipar aku kata motor dia akan beri aku...tapi kategori " jaga motor tu eh " jadi aku diwajibkan menjaga keadaan motor tu dan keselamatan motor tu.

dan pasal keadaan rumah setapak aku, alhamdulillah, kini didalam renovation, rasanya dalam minggu nie siap, tapi tak tahu siap berapa peratus.

ada motor, jaranglah aku bawa kereta. tapi semalam aku dan kawan-kawan bekas kerja aku, pergi ke karoke, uhmmmm, teringat aku, lagu terakhir aku , tempat terakhir.. (hohoho abaikan)


kini kawan aku seorang lagi ajak buat band, jadi aku follow je lah dia, apa plan dia, cara dia aku follow, dan kalau aku rasa tak kena dengan jiwa aku, insya allah aku cuba belajar dan memahami, dan aku telah sebut "cuba" kan? .

keadaan bilik aku semakin hari semakin berubah, dan game di ps2 aku nie, rasanya semuanya dah habis main dalam tempoh 2 hari . rasa bosan . nak main game balik, rasa penat dan leceh, sebab kena ikut langkah-langkah.

kini aku tak ada buat apa-apa aku sedang membaca buku bertajuk mustapha kamal artartuk yang ditulis PTS rasanya, kakak aku bagi aku baca muka surat 307, dan aku tergamam membacanya, kalau nak tahu kena lah baca buku tu , pergi ke kedai buku, kalau rajin nak tahu cerita dia, beli.

bukan aku nak kesian dengan kematian dia, tapi aku terkejut dengan cara dia, tapi aku cerita sedikit je lah eh, bapak dia orang yahudi yang kononnya ikut islam, dan mak dia memang islam.

beza bapak dengan mak dia 20 tahun...bapak dia ada kawan baik, orang yahudi gitu lah, so , orang yahudi munafik nie, ada satu pesta, nama pesti dia, malam kambing hitam gitu, dia buat acara sex bebas, dan diorang kata, siapa yang mengandung pada malam itu, anak itu dianggap suci dan akan jadi ternama gitu lah. mak dia nie tak tahu apa-apa follow dan terminum, lalu pengsan dan kena main. jadi anak yang dia lahirkan tu bukan anak hasil perkahwinan, jadi bila dia dilahirkan, bapak dia jaga dia 100% pelindungan, nak tahu kena baca.

itu pasal lah kita dalam islam, salah satu pendidikan awal ialah anak-anak, jangan tersalah didik, kedua, iman seorang ayah dan ibu.

Dan sangat paling penting, apabila sebelum nak kahwin tu, apakah calon suami dan isteri itu betul-betul akan ikut cara islam, dan memahami, dan takwanya kepada allah swt itu tinggi?
aku setuju juga ada orang kata, nak kahwin dengan seseorang, tahu dahulu asal usul keluarganya, tengok sama ada dari kelompok yang baik-baik atau tidak.

sebab bagi aku mungkin ada potensi anak-anak kita akan ikut kembali perangai-perangai moyangnya+atuknya+dan bapaknya.


Saturday, February 18, 2012

Episode 250 ( shiro putih )


Assalammualaikum wbt

dan ia beraksi.

Wednesday, February 15, 2012

Episode 249 ( jaga hati pun jaga hati, tapi siapa nak jaga hati saya? )

Assalammualaikum wbt

Berkenaan dengan blog yang sebelumnya, beberapa minggu yang lepas, akhirnya ada juga orang yang ingin datang melihat keadaan yang sebenarnya. Aku cukup geram sebenarnya, tapi yelah, seperti kata dari seseorang " itu rumah buruk , kereta buruk , motor buruk dan semuanya buruk " ok lah , aku mengaku, aku berikan semuanya buruk ketika suatu masa dahulu keadaan rumah itu sangat cantik dan teratur.

Bagaimana akal aku yang bodoh dan bengap ini dapat ingat apa yang pernah setiap orang katakan dulu. jadi aku malas nak bertekak, cuma aku kecewa dan pasrah lah. Disebabkan kesakitan dia, aku mengerti dimana puncanya.

aku masih ingat, suruh aku masuk rumah dengan memakai kasut? ... "kasut?" kita sebagai orang islam, dan bangsa melayu, apabila memasuki rumah sendiri atau rumah orang, lebih baik kita membuka kasut atau selipar, cuba fikirlah, dimana tempat untuk kamu solat 5 waktu sehari ? selipar / kasut kita nie setiap hari memijak benda-benda yang kita tak nampak, adakalanya terpijak najis, kalau pijak najis, orang sekarang tak samak balik, dia cuma gesel kat dinding dah lah.

aku cuma terkilan sangat-sangat. sebenarnya tak kisah sama ada lelaki atau perempuan, kalau dah ada rumah, kita tetap kena bersihkan juga, kena cucikan juga. bukan membiarkan dalam keadan yang sangat-sangat.....hmmmm tengok gambar bawah, fikirlah nak cakap dalam keadaan yang sangat-sangat apa..terpulanglah kepada anda.

Sebenarnya pun, tak salah kalau nak jaga 10000 ekor kucing, belalah banyak mana anda mahu, tapi jangan buatkan bau tu melekat sana sini.

Sejenak aku lalu dikawasan rumah tersebut, aku sempat menjenguk rumah-rumah orang lain, ada orang , rumahnya sama seperti rumah aku disetapak, tapi sayangnya perbezaan jagaannya lebih baik dari rumah aku.

seperti aku cakapkan sebelum nie, kalau bagi rumah kat orang miskin, insya allah dia akan jaga rumah itu sebaik-baiknya, sebab dia tahu itu akan jadi tempat tinggalnya, tempat berteduhnya daripada hujan dan panas, jaga tempat najisnya, agar dia tahu kebersihan tempat utama.

dan terima kasih atas sesiapa yang datang melawat , tetapi akhirnya menjadi pertolongan angat barang-barang yang dikatakan sikit je . dan kepada yang tak nak datang dan rasa menjaga hati, well, heheheheeh =) i see i see i see ... saya berpegang kata-kata saya semasa di the curve , sayalah orang yang ingin menyatukan balik dan orang yang ingin mengajak, dan akulah juga orang yang pecahkan zaman kegemilangan aku hanya untuk perkara ini. dan inilah yang aku dapat.. apa-apa pun mereka...well done...dan aku tersilap langkah dan tak apa , tak touching walaupun ayat nampak touching, cuma aku harap fikir je lah.. =)

Sunday, January 29, 2012

Episode 248 ( dimana adab kita sebagai penyewa rumah? )

Assalammualaikum wbt

Rujukkan gambar dibawah......Sebenarnya....walaupun kita ada rumah sendiri....andai katalah kan....yang anda melihat gambar dibawah ini, ada rumah anda....apakah anda akan membuat rumah anda bermuka sedemikian?

Mungkin bagi jiwa yang tahu erti mengjaga harta sendiri atau harta orang, untuk membiarkan sesuatu barang menjadi rosak atau jahanam, agak kurang sekali. mungkin bagi orang yang rasa tak perlu menjaga, ini lah rupanya sebenarnya.

Aku tak boleh nak cakap panjang atau banyak.....cuma aku harap, siapa yang duduk rumah sewa, sebelum ANDA nak keluar dari rumah tersebut. Sila lah cuci rumah yang kita duduki.

walaupun yang kita duduk itu, hanya sebuah pondok buruk, rumah buruk. tidak bererti kita perlu burukkan lagi bekas tempat berteduh kita. kalau bergitu, lebih bagus dan baik kita bagi orang-orang yang miskin tiada rumah, duduk rumah seperti gambar dibawah. jadi anda ada hati dan perasaan.

fikirkanlah sendiri....malas nak comment lebih-lebih...ada akal ada hati ada perasaan, ada matlamat semua...ada ada ada ada semua sebaris dengannya...bak kata nabil ... lu fikirlah sendiri.