Monday, June 14, 2010

Episode 51 ( Pandangan aku )

Jika ada orang yang sedang membaca blog aku, dari keturunan darah daging aku ataupun sebaliknya. aku tulis dari pandangan aku sebagai seorang manusia. ini adalah cerita benar yang ingin aku kongsikan, Apa-apa pun jangan abaikan saudara anda jika baik buruknya dia, pandai atau bodohnya dia, kaya atau miskinnya dia, sebab kerana orang suka melayan kaum-kaumnya sendiri ada orang yang merasakan dia keseorangan bila ramainya saudaranya ada, malah kadangkala ahli keluarganya sendiri pun tak melayan dirinya.

aku ada seorang kawan yang situasinya seperti ini. Aku faham apa yang dia alami walaupun aku sendiri yang malas nak layan karenah saudara aku, yang aku rasa ---------------- , sebab bagi aku tak ada gunanya jika terjadi seperti ini.

Pakcik dan makcik hanya memandang kepada anak-anak saudaranya yang Pandai dan kaya, kepada yang bodoh dan kurang berharta mereka hanya memandang sebelah mata. aku tak faham kenapa perkara seperti ini boleh terjadi.bukan aku nak jadi seorang ahli motivasi tapi bagi aku usahlah ada sifat-sifat macam nie.

walaupun aku sudah mempunyai anak buah ( masih kecil lagi ) tapi jangan adakan sempadan. kita kena tahu setiap situasi mereka. Ada yang pakcik saudara yang nak kita tegur mereka dulu, tapi macam mana kalau nak tegur kalau pakcik saudara pun tak ada soalan yang nak dituju?

bila ada masalah baru tanya, sama seperti seorang kawan yang hilang tiba-tiba muncul mencari bantuan. Makcik saudara pun sama juga situasi mereka. Anak-anak mereka lebih mementingkan pangkat, perangai, dan lain-lain sealiran dengannya.

seperti kawan aku pernah berkata "kalau aku balik kampung pun seperti orang asing dikampung sendiri walaupun ramai saudara-mara, tapi aku rasa seperti pendatang asing"

Orang balik kampung hanya pada musim-musin tertentu, tapi macam mana pula dengan hari raya? oh hanya cakap " selamat hari raya,kalau ada salah maafkanlah " tapi sekejap saja, kemudian kembali seperti dulu kala.

ada yang juga saudara seperti ini, jika kepalanya dia. dia datang mencari orang yang rasa boleh membantunya, tapi bila kepalanya ada, dia tinggalkan apa yang dia selama ini cuba dekat. bagi aku manusia seperti nie seperti sampah masyrakat. hanya mementingkan diri sendiri.

kata kita satu darah dari keturunan yang sama? tapi kalau macam inilah sifat-sifat dirinya aku pun tak mahu ada saudara macam nie walaupun sebenarnya ada.

tapi apa pun kadang-kala pendirian orang adalah teguh walaupun pelbagai nasihat telah kita nasihati. tapi semua itu terserah kepada tuan punya badan dan akal.

jika nak dikatakan pasal keluarga, banyak yang aku tak puas hati. tapi biarlah mereka dengan hidup mereka. bila sampai satu masa harap-harap allah swt bukaklah minda mereka yang
naifffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffff
gila itu

amin


Saturday, June 12, 2010

Episode 50 ( Kesakitan )

Sejak beberapa hari ini, tubuh aku rasa sesuatu, jantung aku rasa sakit.bila aku angkat tangan aku dapat merasakan jantung aku cucuk-cucuk.tapi aku tak bagi tau kepada sesiapa, walaupun kepada mak aku , adik beradik aku sendiri. bagi aku, cukup aku dah menyusahkan mereka.

dan hari ini paru-paru aku rasa sesak untuk bernafas. mata merah semacam bila aku melihat dicermin. apakah tanda ini semua?

kadangkala kita tak boleh belagak menjadi seorang hero didalam kehidupan kennyataan ini. kena kena pasrah apa yang kita lalui. jangan kita marah kepada takdir kalau kita sendiri tak tahu kenapa kita dilahirkan.

dalam islam telah mengatakan bahwa kita dilahirkan didunia ini untuk sujud kepada allah swt,beriman kepadanya.

hidup kita ini juga telah ditentukan sama ada panjang atau pendek, kaya atau miskin, tua atau muda. yang kita pasti sebenarnya ialah mati sentiasa menanti.

apa-apa pun jangan fikir macam-macam bila kita lalui keadaan ini. seperti mak aku selalu cakap kat aku kalau aku sakit " allah swt sayang kita " ayat yang penuh mendalam untuk insan manusia seperti aku nie.


Saturday, June 5, 2010

Episode 49 ( Video Dilepak cafe Bulan lepas )








Minta maaf jika kalau instrumentnya kurang menarik sebab aku dan lain semua tengah cuak sebab ramai sangat orang dan kami rasa sound dia tak keluar sangat ( guitar aku ) hanya video ini saja yang aku dapat letak diblog aku , sebab video yang lain tak dapat dimasuki kerana tak tahu kenapa..... Maaf


Episode 48 ( Dunia gelapku yangku cipta )


ku bancuhkan kegelapanku,
ku lepaskan kekejamanku,
ku tunggukan kematianku,
dan itu adalah aku,

jika masa menghilang,
harapanku telah musnah
semua hayalanku menjadi satu

tahukah kamu?

bahwa kau kau kau kau kau
telah musnah mimpiku harapanku.

ku bancuhkan cahaya malam
agar kuasaku menjadi satu
mampukah ku bertahan?
tuk teruskan perjalanan ini.

mana kata matamu,
mana kata akalmu
mana kata harimu

Saturday, May 29, 2010

Episode 47 ( Cara aku main Final Fantasy 8 diPc dan cara aku download )

Final Fantasy 8 , Dan akhirnya aku berjaya Menamatkan game nie. 7 Hari aku main game nie sejak aku download kat internet. Masa dulu-dulu main game nie kat playstation. mau aku main 7 hari tak tidur sebab main game nie dan 1 bulan lebih rasanya baru lah sampai Disc 4 lawan bos dia, tapi akhirnya aku dan abang-abang aku give up sebab tak tau macam mana nak kalahkan jadi kita orang teruskan dengan final fantasy 9 barulah menang.

( Peta penuh )

tapi kali ini aku hanya ambil masa selama 7 hari hanya untuk habis main game nie, 7 hari pun aku rasa lama sebab aku banyak dah lupa jalan dan aku habiskan masa main card hanya untuk dapatkan satu card untuk membuat pedang terakhir ( lion heart ) , aku perlu dapatkan 20 card tu dan aku mengambil masa selama 10 jam saja main card. gile tak gile , tapi aku puas hati, aku dapat pedang tu masa disc 2, ada orang dapat masa disc 1. tapi apa-apa pun memang best. http://www.youtube.com/watch?v=hG0qdsJ4Sig

( Squall )

dalam game nie aku hanya focus kepada Squall, Zell dan Irvine. limit break Squall kalau pakai lion heart boleh cecah anggaran dalam 5 ratus ribu tak silap.http://www.youtube.com/watch?v=diZqA3JnmvA


( zeLL)
kalau zell , pandai setting dia limit break boleh cecah 1-juta ? tak percaya? pergi cari kat youtube serius aku tak tipu. http://www.youtube.com/watch?v=tXWB5jQ_nuY

( irVinE)

kalau Irvine aku suka pakai dia sebab peluru dia dark ammo boleh keluarka pain, silent,blind. kalau gune Ap ammo mau dekat dalam 4 kali tembak dalam seratus ribu, kalau 6 kali tembah dah berapakan?http://www.youtube.com/watch?v=N55g4ok1U4Y&feature=related
Perjalanan game nie agak panjang dan nak lepas setiap halangan tu kena fikir betul-betul. apa-apa pun game kalau baru main ataupun dah lama tak main tapi nak main balik mesti kita akan termati bukan? sama juga dengan aku. perjalanan yang sangat jauh setiap pemain game final fantasy dan lain-lain

Walaupun Game nie Ganas dan sebagainya,sebenarnya game nie adalah touching,maksud aku game jiwanglah. hahhahah!!! kalau rasa nak selamatkan awek main lah game nie, walaupun didalam reality kita tak boleh buat seperti ini, tapi kita buat dalam game.... walaupun nama hero dia aku tukar kepada aku, tapi nama heroin dia aku tak tukar, sebab im single dude... well game aku suka final fantasy 8 sebab hero dia EGO dan akhirnya kecundang juga perasaannya.
Tak percaya, tengok apa hero dia cakap untuk heroin dia


Just nice.............. =)

Cara-Cara nak download Final Fantasy 8 ........




Untuk permulaan, pertama sekali kau harus ada power iso. power iso nie
untuk amount game CD yang kau nak main. power iso nie tak payah pakai CD
kalau kau download game kat internet. Macam Final fantasy kita tahu dia ada
4 disc. jadi kau download power iso kat sini .. power iso version 4.7

http://download.cnet.com/PowerISO/3000-2646_4-10439118.html?tag=mncol

Bila dah habis download kau Taip nie pula...

Username: TEAM EXPLOSiON
Registration code: GLZYY-983YI-IE5U8-EWFKX-3IQYZ


Aku download game pakai u-torrent. aku tak tau pakai torrnent lain.
torrent nie ada banyak jenis..jadi aku cadangkan kau pakai u-torrent

kalau kau tak ada masuk website nie untuk download u-torrent
version 2.0.2

http://www.utorrent.com/downloads


lepas kau dah download torrent, kau masuk website nie pula

http://thepiratebay.org/torrent/4431079/final_fantasy_8_full_install_1_2_3_4_fixed

lepas kau bukak kau ada nampak perkataan DOWNLOAD THIS TORRENT

kau bukak Torrent kau cari ADD TORRENT (Benda tu kat bawah perkataan FILE)

bila kau dah bukak , tekan file Final Fantasy 8... kau kena tunggu dalam 3-4 hari untuk download
,tengok kesanggupan kau nak open PC macam mana dan speed internet kau...

bila dah habis download 100% tekan right click kat file FF8 Tekan

Open Containing Folder...Bila kau dah bukak kau akan nampak FFinstal..

kau download dulu ........

dah habis download kau Pergi Start - RUn - TUlis macam nie... REGEDIT ..
katakan kalau dia tak open apa-apa, kau taip benda nie

REG add HKCU\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\System /v DisableRegistryTools /t REG_DWORD /d 0 /f

katakan ada FIle terbukak bila kau taip REGEDIT atau kau tulis benda nie..

sekarang nie kau cari

HKEY_LOCAL_MACHINE - SOFWARE - Square Soft, Inc - 1.00

bila sampai kat 1.00 kau cari DATADRIVE kat tepi, kemudian kau right click
Cari MODIFY .. lepas tu kat VALUE DATA tu kau Letak lah apa-apa..kalau PC kau
dia letak kat D: kau letak kat D: , kalau F: letak kat F:

bila dah selesai....

kau bukak balik File Final fantasy kau...
kau clik DISK 1 FF ... Right CLick

power iso - MOUNT IMAGE TO DRIVER ...SElesai ...

lepas tu kau boleh main ..

tetapi kalau disc kedua kau tak boleh main..

kau Pergi kat CD disc 2 .. Open File dengan POWER iso ....

kau nampak tulisan nie
FIELD .FI
FIELD .FL
FIELD .FS

kau rapatkan noktar dia...
FIELD.FI(semua sekali rapat)

lepas tu jangan lupa save untuk kesemua File DISC....

kalau kau kau nak masuk disc 2 tapi tak boleh nak keluar kau tekan macam nie...

ALT +F4 ... dia quit terus..lepas tu kau nak insert disc 2.. kau buat macam mana
aku ajar kau nak masuk kan power iso disc 1 ..

aku dah ajar kau 100% ....
kalau kau tak faham juga aku tak tau nak cakap apa dengan kau....
aku dah ajar kau step by step ...

Selamat berjaya
( tetapi jika ada sebarang pertanyaan boleh comment disini, jika saya dapat membantu saya akan cuba sedaya upaya saya )

Monday, May 17, 2010

Episode 46 ( duniaku dan duniamu )


Duniaku sama juga Duniamu,
Kita berjalan dan berlari,
tak perlu kata berlainan
kerna kita adalah khalifah dunia

Pilihanku bukan pilihanmu,
mungkin kita sama irama,
tapi kita berlainan jiwa warna,
semoga kita tetap sama pada yang satu

Namun namaku adalah sifatku
tapi aku mampu jadi sesiapa saja
yang aku mahu
diatas dunia ini

Tuesday, May 11, 2010

Episode 45 ( Minta maaf )

Sudah lama aku tak update blog aku.. Aku hidup seperti manusia biasa, Yang tahu tidur, makan ,buang air dan sebagainya.

Beberapa bulan yang lepas, aku dan band aku telah membuat persembahan dilepaq Cafe untuk band opening band member aku. Band aku menjadi penyelamat sebab aku dan band aku terpaksa bermain seberapa banyak lagu yang ada dan aku rasa seperti aku yang menguasi pentas itu walaupun hampir semuanya daripada penonton dari band member aku. tapi aku rasa aku sudah lakukan yang terbaik. ada dalam 6-7 lagu sendiri aku main.

maaf tiada gambar sebab aku tak tau siapa yang ambil gambar pada malam tersebut.

pasal recording pula. sudah tersangkut sebab banyak sangat masalah. bagi aku, kes macam nie salah kedua-dua pihak . apa-apa pun kedua-duanya patut fikir.

sekarang nie 1 lagu Rm200 damn.. aku dah pening kepala untuk cari RM 200 untuk satu lagu.

tutup cerita nie..

minggu lepas, aku dan budak-budak sekolah lama aku telah membuat reunion. alangkah indahnya berkumpul ramai-ramai 1 kelas. Ramai yang telah berubah dengan identiti sendiri. cuma aku seperti dahulu. apakah daya, nampak sangat aku orang lama heheh!!!

jadi sampai disini saja cerita aku. jika ada gambar akan aku letak disini.

Selamat membaca dan selamat dalam segalanya-galanya =)