Monday, June 14, 2010

Episode 51 ( Pandangan aku )

Jika ada orang yang sedang membaca blog aku, dari keturunan darah daging aku ataupun sebaliknya. aku tulis dari pandangan aku sebagai seorang manusia. ini adalah cerita benar yang ingin aku kongsikan, Apa-apa pun jangan abaikan saudara anda jika baik buruknya dia, pandai atau bodohnya dia, kaya atau miskinnya dia, sebab kerana orang suka melayan kaum-kaumnya sendiri ada orang yang merasakan dia keseorangan bila ramainya saudaranya ada, malah kadangkala ahli keluarganya sendiri pun tak melayan dirinya.

aku ada seorang kawan yang situasinya seperti ini. Aku faham apa yang dia alami walaupun aku sendiri yang malas nak layan karenah saudara aku, yang aku rasa ---------------- , sebab bagi aku tak ada gunanya jika terjadi seperti ini.

Pakcik dan makcik hanya memandang kepada anak-anak saudaranya yang Pandai dan kaya, kepada yang bodoh dan kurang berharta mereka hanya memandang sebelah mata. aku tak faham kenapa perkara seperti ini boleh terjadi.bukan aku nak jadi seorang ahli motivasi tapi bagi aku usahlah ada sifat-sifat macam nie.

walaupun aku sudah mempunyai anak buah ( masih kecil lagi ) tapi jangan adakan sempadan. kita kena tahu setiap situasi mereka. Ada yang pakcik saudara yang nak kita tegur mereka dulu, tapi macam mana kalau nak tegur kalau pakcik saudara pun tak ada soalan yang nak dituju?

bila ada masalah baru tanya, sama seperti seorang kawan yang hilang tiba-tiba muncul mencari bantuan. Makcik saudara pun sama juga situasi mereka. Anak-anak mereka lebih mementingkan pangkat, perangai, dan lain-lain sealiran dengannya.

seperti kawan aku pernah berkata "kalau aku balik kampung pun seperti orang asing dikampung sendiri walaupun ramai saudara-mara, tapi aku rasa seperti pendatang asing"

Orang balik kampung hanya pada musim-musin tertentu, tapi macam mana pula dengan hari raya? oh hanya cakap " selamat hari raya,kalau ada salah maafkanlah " tapi sekejap saja, kemudian kembali seperti dulu kala.

ada yang juga saudara seperti ini, jika kepalanya dia. dia datang mencari orang yang rasa boleh membantunya, tapi bila kepalanya ada, dia tinggalkan apa yang dia selama ini cuba dekat. bagi aku manusia seperti nie seperti sampah masyrakat. hanya mementingkan diri sendiri.

kata kita satu darah dari keturunan yang sama? tapi kalau macam inilah sifat-sifat dirinya aku pun tak mahu ada saudara macam nie walaupun sebenarnya ada.

tapi apa pun kadang-kala pendirian orang adalah teguh walaupun pelbagai nasihat telah kita nasihati. tapi semua itu terserah kepada tuan punya badan dan akal.

jika nak dikatakan pasal keluarga, banyak yang aku tak puas hati. tapi biarlah mereka dengan hidup mereka. bila sampai satu masa harap-harap allah swt bukaklah minda mereka yang
naifffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffff
gila itu

amin


No comments:

Post a Comment