Thursday, July 7, 2011

Episode 230 ( Dan aku malu dengan mereka )

Assalammualaikum

Dan hari ini aku merasakan sangat malu dengan apa yang aku ada terhadap orang yang tiada pada mereka. Maksud aku disini adalah fizikal mahupun mental mereka. Aku malu dengan apa selama ini aku belajar dan tahu, sedangkan mereka apa mereka tahu dan tidak belajar terhadap sesuatu perkara, mereka tetap sujud kepada allah swt.

Aku sangat malu dengan mereka sampaikan aku tidak tahu nak berkata apa. Aku berfikir kenapa aku tak mampu menjadi seperti mereka? sedangkan aku cukup sifat, tiada cacat untuk rukuk, sujud dan tahiat akhir. inikan mereka yang cacat kaki, boleh berdiri untuk solat bahkan duduk tahiat akhir, ya allah !!! aku terpegun melihat kesempurnaan dia duduk. aku merasakan allah swt memberi dia kenikmatan walaupun kehidupan harinya seperti itu.

Aku cuba sedar setiap kesilapan yang aku telah lakukan. walaupun cacat, bagi aku dia tetap sempurna disini allah swt. Ada yang fikirannya tidak seperti kita, tetapi tetap tahu solat dan bersujud. masya allah !!! orang seperti ini juga aku sangat teramat malu sedangkan fikiran aku mampu fikirkan baik dan buruk. tetapi dia tidak dapat bezakan baik atau buruk, tetapi dia tetap tahu bilanya telah masuk waktu solat.

Aku cakap untuk kesedara kita sebagai hamba allah swt dan umat muhammad saw. aku sangat malu dengan keadaan dunia sekarang. Aku tidak tahu sama ada aku ini layak untuk kesyurga allah swt atau tidak, bahkan Nabi kita pun yang telah dijanjikan oleh allah swt ke syurga, tetapi takut jika kalau dia layak ke neraka juga.

Kita bukan nabi yang telah layak untuk kesyurga allah swt. kita adalah hambanya yang tidak tahu apakah tempat yang kita akan tiba bila akhirat nanti. Aku terbayang jika kalau aku didalam neraka Jahanam allah swt yang siksa itu. Aku tak dapat bayangkan siksanya. Jika kalau 1 hari bagaikan 1ribu hari. Masya allah !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Sungguh penyesalan aku terhadap perkara itu.

Melihat pakcik-pakcik tua yang ke masjid, aku tetap malu dengan mereka sebab diusia lanjut mereka, mereka masih mencari keredhaan allah terhadap dunia bahkan aku yang muda ini pergi ke masjid boleh dikira seminggu sekali pada hari jumaat, tetapi alhamdulillah aku sedang berjinak diri aku untuk solat dimasjid. walaupun tidak 5 waktu sehari tetapi dalam sehari aku cuba pergi dalam 1 atau 2 kali. insyallah lama-lama itu akan menjadi sebahagian tabiat aku yang mencari keredhaan allah swt.

aku juga malu jika kalau orang yang kurang ilmu tetapi dia menasihati aku perkara yang benar. Aku pernah alami seperti itu. asalnya memang tidak ada rasa malu. tetapi lama kelamaan aku malu sebab orang yang kurang ilmu menasihati aku akan perkara yang aku tahu tetapi ditutupi oleh syaitan akibat kemarahan yang melanda-landa.

Sekian aku hidup ada perasaan yang sepatutnya menjadi malu , aku menjadikan ia satu kebiasa asas kehidupan sampaikan aku menghancurkan iman dan akidah aku yang selama ini aku mendapat hidayah allah swt, tetapi aku hancurkan sendiri akibat terpengaruh dan tiada guru teguran terhadap sesuatu perkara.

dan aku harapkan generasi aku yang akan datang, dapatlah memupuk rasa malu. walaupun kita rasa tak payah rasa malu. tetapi malu itu adalah sebahagian daripada perubahan untuk mencari keredhaan allah swt. aku malu terhadap allah swt dan aku malu terhadap nabi kerana aku tidak laksanakan tugas-tugasnya yang senang tetapi aku laksanakan tugas-tugas larangannya dengan cepat dan cekap sekali.

No comments:

Post a Comment