Tuesday, June 28, 2011

Episode 228 ( jika kita nampak dosa kita selama ini )

Orang zaman sekarang, lebih rela melakukan dosa berbandingkan maksiat dan dosa kecil lalu menjadi dosa besar. aku takut untuk ke neraka allah swt yang tercipta sepanjang zaman dari zaman adam hingga kiamat. aku tahu allah swt itu maha pengampun dan maha mengasihi. tetapi aku takut sama ada apa yang aku buat ini diredhai oleh allah swt atau tidak ? atau apa aku buat ini diambil oleh orang lain bila aku mati nanti. nescaya aku aku takut akan kata dan janji allah swt.

seperti orang berkata, apa perasaan kita bila kita dapat melihat dosa kita? aku percaya jika kalau seseorang boleh nampak dosa apa dia buat, nescaya dia akan hindar dan sehindar-hindarnya apa dia lakukan. tetapi allah swt tutup pandangan dosa kerana allah swt mahu menguji sama ada kita mampu hadapi atau tidak.

aku tak dapat bayangkan bila sejak aku lakukan dosa. aku tak dapat fikir bila saat pertama kali aku melakukan dosa kecil dan dosa besar. aku tak dapat bayangkan juga jika kalau aku mati didalam dosa yang allah swt tidak ampunkan jasad dan roh aku.

baru aku sedar tentang kehidupan sebenarnya. alhamdulilah allah swt telah memberi aku hidayah. aku harap hidayah ini tidak hilang dari aku.

kadang-kadang ada masa aku terfikir indahnya jika kalau jadi malaikat sebab siang dan malam ia bertasbih kepada allah dan sujud kepada allah swt. tetapi aku teringat akan satu cerita tentang malaikat dimana ada 2 malaikat turun kebumi dijadikan manusia lalu ia dihukum akibat terbuat perkara yang dilarang oleh allah swt. ( boleh cari digoogle ).

jadi aku fikirkan balik menjadi seorang manusia adalah lebih hebat daripada menjadi seorang malaikat. kerana manusia dibumi adalah khalifah dunia akhirat sampaikan syaitan sangat benci kepada manusia.

jika dahulu aku dengar lagu-lagu nyasid ( yang memuji allah swt dan nabi-nabi ) aku rasakan tak ada perasaan, berbandingkan dengan sekarang. bila aku mendengar lagu yang memuji seperti ini aku terasa kecilnya hidup aku berbanding mereka.

dahulu aku sangat mencari cinta dari hawa. tetapi aku sedar dari sesuatu perkara dimana jika aku mahu cium dan mendiami syurga aku harus sayang mak aku sepenuh hati dan sayang akan kepada nabi muhammad saw dan allah swt. aku teringat akan kisah-kisah sabahat-sahabat nabi yang terdahulu. aku teringat satu cerita dimana dua orang pemuda telah membunuh abu jahal kerana abu jahal sangat membenci akan nabi muhammad saw dan islam. bergitu juga aku dengar cerita bahwa ada seorang perempuan dimana telah kehilangan abang,adik,ayahnya sewaktu mereka berperang. sehinggakan orang berkata " ahli keluarga kamu sudah tiada, janganlah bersedih " . soalan yang ditanya oleh perempuan itu " bagaimana nabi muhammad saw " . bila dia puas hati dengan keadaan nabi maka dia redha apa yang terjadi. jadi aku sedih bahwa aku tidak dapat hidup dizaman rasululllah. tetapi aku tahu cara lain untuk aku sayang kepadanya.

apa gunanya jika aku bertasbih atas namanya dan berdoa untuknya siang dan malam berbandingkan kaum hawa yang aku tidak pasti akan menjaminkan kehidupan aku nanti.
banyak perkara yang aku telah sedar bila aku belajar, dan belajar dan memahami ertinya itu sendiri. aku sayangkan nabi maka aku ikut akan sunnah-sunnahnya yang aku mampu dan aku menyampaikan kata-katanya yang aku takut kepada allah swt dan akhirat yang dicipta oleh allah swt sendiri.

aku tidak dapatkan bayangkan dosa aku dan bagaimana keadaan aku , rupa aku diakhirat bila masanya sampai nanti.

1 comment:

  1. Allahurabbi. Saya terkesan dengan entri ini. Terima kasih kerana sedarkan saya. =((

    ReplyDelete