Tuesday, June 21, 2011

Episode 226 ( anda buat atau tidak ? )

Aku mula rasa tertekan. tertekan sebab disekeliling aku. Yang tahu seperti tidak tahu, yang tidak tahu lagi tak nak ambil tahu. jadi apa yang perlu mereka tahu sebenarnya ?

salah satu lagi ialah tentang kata-kata semangat. Contoh macam orang selalu berkata " jika anda berani sahut kegagalan maka ada kejayaan untuk anda " . aku tanya kepada orang selalu bagi kata-kata nasihat kepada orang lain. Apakah mereka amalkan dalam hidup harian mereka ? seperti hadis-hadis rasulullah saw dan sunnah-sunnahnya ? aku tanya kenapa manusia yang selalu tulis bergitu....

suatu ketika dahulu aku pun selalu juga tulis seperti itu, tetapi sejak suatu peristiwa. aku mula bertanya kepada diri aku, " hari-hari dia tulis seperti itu apakah dia serapkan didalam dirinya untuk berubah menjadi lebih baik dari semalam? atau hanya sekadar untuk memerli orang atau mahu tunjuk pandai kepada orang? "

kita ambil ayat orang maka kita haruslah mengamalkannya. Seperti kata-kata nabi muhammad saw, Apa yang disampaikannya harus disampaikan kepada orang lain dan harus diamalkan. Bergitu juga dengan kata-kata orang lain.

tetapi aku nampak manusia yang pandai copy paste ayat orang, tapi masih lagi seperti dirinya sendiri.

Suatu ketika dahulu memang aku pernah cakap seperti itu. Sebab aku mahu kawan-kawan aku dan orang-orang disekeliling aku sedar dari tidur. tetapi bila aku cuba berubah pelbagai tamparan yang hebat berlaku kepada aku.

Aku mula sakit kepala bila memikirkan perkara seperti ini. aku mula sakit bila cuba memikir diri sendiri dan orang lain. Sebab aku percaya kerana manusia ini tak suka akan perubahan untuk kebaikan walaupun kebaikan adalah kebenaran tetapi mereka merasakan kebenaran itu adalah kesakitan hidup harian.

macam mana aku nak katakan lagi? aku seperti sudah putus asa untuk menolong manusia-manusia yang sedang tidur dialam duniawi nie dan aku pun seperti sudah putus asa untuk diri sendiri. sebab aku rasakan kebenaran dunia adalah kesakitan dan memilih. memilih yang aku sendiri tak tahu apa yang mereka mahukan.

Duit, kuasa, perempuan , kebendaan dan macam-macam. Dan aku tak mahu seperti itu. aku hanya mahukan ia semua bila aku mati nanti.

No comments:

Post a Comment