Kalau sedari, tulisan aku sebelum ini seperti suatu keraguan dan satu timbul perasaan yang didalam kekeliruan. Tetapi alhamdulilah aku berasa apa aku fahami untuk diri aku, kembali seperti apa aku takutkan dan aku gentarkan.
Sejak peristiwa aku tidak akan percaya dengan setiap perbuatan manusia dan manusia yang baik boleh menjadi jahat. Aku mula berfikir kepada suatu kisah dimana aku pernah menasihati seorang perempuan dimana dia tidak percaya dengan apa yang dia percaya bahkan dia menghadapi apa yang agama menyuruh tetapi rakan-rakannya endahkan saja. Sampaikan dia seperti kurang yakin dengan pegangan hidupnya.
Sejak peristiwa aku tidak akan percaya dengan setiap perbuatan manusia dan manusia yang baik boleh menjadi jahat. Aku mula berfikir kepada suatu kisah dimana aku pernah menasihati seorang perempuan dimana dia tidak percaya dengan apa yang dia percaya bahkan dia menghadapi apa yang agama menyuruh tetapi rakan-rakannya endahkan saja. Sampaikan dia seperti kurang yakin dengan pegangan hidupnya.
Beberapa hari yang lepas aku hadapi pelbagai soalan yang aku sendiri pun berasa apakah sebenarnya ? tetapi alhamdulilah, apabila aku berfikir secara rasional dan aku cuba memahami sikap orang dan aku cuba sekali lagi memahami perjalanan islam yang sempurna ini, aku berharap allah swt tidak akan sekali lagi membiarkan aku hanyut sekali lagi tentang ini semua.
Iman adalah penting dalam setiap diri, bak kata orang jangan main-main dengan iman kerana iman itu adalah yang mengetahui sama ada kita ini tahu akan islam atau tidak. Apabila akidah dimasukan sekali gus, iman dan akidah akan berkocak semasa sendiri dan lantas fikiran akan berubah. Seperti aku fikirkan sebenarnya.
Aku berfikir " orang yang taat kepada islam dan ajaran allah swt, boleh menjadi 10 saat dia tidak taat " inikan pula orang yang jarang taat kepada allah, dia boleh cuba untuk taat kepada allah selama 5 minit. Apa-apa pun aku tulis sebenarnya, iman mainkan peranan dan cara kita pun juga mainkan peranan.
Aku tahu apa yang aku hadapi beberapa hari lepas adalah salah dari dia, tetapi aku cuba juga berfikir secara rasional dan berfikir secara positif dalam islam. aku cuba ingat tentang kisah-kisah nabi yang dihadapinya dan rakan-rakannya.
Apa pun aku dan kita semua harus ingat tentang prinsip diri manusia, mereka telah mengsetkan diri mereka untuk tidak mendengar ceramah-ceramah agama melainkan jika kalau ada kenduri, hal-hal kematian, kesakitan, ataupun upacara-upacara tertentu.
Aku cuba menjadi hamba allah swt yang taat kepadanya, tetapi aku percaya disaat itu juga aku akan dihadapi pelbagai cabaran, seperti sekarang ini. Orang kata hidayah atau nur telah diberikan. tetapi percayalah jika tiada pembimbing atau motivasi diri yang tinggi ia boleh hilang kembali.
Aku cuba menjadi hamba allah swt yang taat kepadanya, tetapi aku percaya disaat itu juga aku akan dihadapi pelbagai cabaran, seperti sekarang ini. Orang kata hidayah atau nur telah diberikan. tetapi percayalah jika tiada pembimbing atau motivasi diri yang tinggi ia boleh hilang kembali.
Kawan aku pernah kata " kau jaga iman kau aku jaga iman aku " bagi aku apa yang disampaikannya adalah tidak munahsabah langsung, kadang-kadang disitu juga boleh membuatkan iman seseorang jatuh akan kata-katanya. tetapi aku sayang akan rakan-rakan aku dan aku percaya akan kata nabi muhammad saw dan kata-kata allah swt. maka aku tidak akan jaga jatuhkan iman aku walaupun iman kawan aku jatuh, akan aku cuba tingkatkan imannya sekali seperti aku juga.
Dari segi lagu pula sebenarnya, memang benar kata orang yang fahami sebenarnya. Apabila kita membuat lagu cinta, hati akan lupa akan tentang allah swt dan cuma akan ingat kepada cinta kepada hawa dan adam. Seperti sebuah lagu dari padi - hitam . aku cuba memahami kembali diri aku dari lagu itu. sekian lama aku terasa hilang nur dan hidayah dari allah swt.
aku cuma bayangkan apabila aku mati suatu hari nanti, aku lupa akan siapa allah swt, siapa itu nabi aku dan apa tujuan aku. aku tak mahu aku disaluti duniawi yang aku rasakan setiap hari semakin aku kurang pasti apa orang-orang lakukan terhadap diri mereka sedangkan mereka tahu apa benar apa salah didalam harian mereka. bayangkan jika allah swt tidak terima kita bila kembali kepadanya ? apa yang akan terjadi kepada kita akhirnya ? aku tahu allah swt sayangkan hamba-hambanya, tetapi allah swt juga tidak mahu hamba-hambanya melupakannya setiap waktu.
Mungkin benar juga kata kakak aku, mungkin aku belajar dikuantan dahulu, telah memberi aku sedikit gambaran tentang hilangnya maruah dan seperti hilangnya agama. Masa aku belajar dahulu, aku rakan dengan seorang sahabat bermana istiq. aku kagum dengan pendirian dia terhadap agam, senang cerita jika aku dengan dia bagaikan langit dan bumi. Dari pandangan dia apa dia ketahui dari situ aku belajar sikit-sikit apa dia memahami, sambil itu kawan berbangsa lain agama. Dia sendiri tidak percaya apa dia sembah. tetapi bukan dari situ sebenarnya aku cuba memahami agama.
Selepas aku habis belajar aku praktikal disebuah hotel, pada masa itu katanya ada jais ingin datang membuat spot check barang-barang. Sama ada halal atau haram. Apa yang mereka suruh aku lakukan ialah sorok beberapa barang yang tiada tanda halal. Dalam kejadian itu, membuatkan aku berfikir akan tentang islam sebenarnya dan tentang kisah aku nak solat jumaat. Seorang chef menghalang aku untuk solat jumaat dan dia berkata " jika kalau ada orang datang siapa nak masak ? sekarang nie tugas kamu "
Didalam hati aku, apakah aku mahu jual agama aku hanya kerana orang bernama pelangan ? sedangkan solat jumaat? lain kalau solat zohor. kalau solat zohor mungkin aku boleh lewatkan sedikit dan boleh disambung oleh orang lain, tetapi ini soalnya jumaat.
apa aku hadapi disaat itu memberi impak sedikit aku tentang agama sendiri tentang orang lain. apakah mereka memang peduli atau tidak? seterusnya apabila aku melihat diri aku, apakah aku ini benar-benar seorang islam atau ic sahaja bertulis islam? aku ada rakan perempuan dan aku secara jujurnya aku layan dan anggap mereka seperti lelaki yang tiada maruah dan tiada hala tuju seperti aku. Disaat itu, aku terjaga dari tidur aku sendiri, apabila aku telah tersilap langkah dengan apa aku buat. Aku tidak sepatutnya layan seorang perempuan seperti itu, dan aku cuba berubah dan cuba memahami tindakan aku. Tidak lupa juga disaat itu seorang hawa yang aku didalam kekeliruan pun aku layan seperti itu.
Disaat itu hanya allah swt saja yang tahu apasalah aku dan aku fikirkan. Disaat itu jugalah aku kehilangan kesemuanya bahwakan aku terfikir apakah aku telah tersalah memilih kawan? apakah aku tidak membawa mereka sekali dan membiarkan mereka? hidup aku ada pendirian dan pandangan, aku telah pun membuat keputusan untuk diri aku, meninggalkan apa yang aku hadapi dan mulakan kembali apa aku telah lama tahu tapi aku tidak amalkan.
Dan dari sejak itulah aku sedikit dan demi sedikit aku cuba memahami agama sendiri dan cuba menanamkan sifat untuk sayangkan allah dan nabi. tidak juga cuba selamatkan umat-umat muhammad saw yang kembali terlena sejak........aku sendiri pun tidak tahu bila.
Aku sedar aku tidak layak untuk menasihati orang lain dan sebagainya. tetapi aku adalah umatnya dan aku cuma ingin melaksakan apa yang dia berkata dan ingin mencari keredahaan
allah swt. tidak aku lupa aku juga ingin selamatkan setiap keturunan aku. Apa gunanya jika aku berdoa untuk selamatkan keturunan aku tetapi aku tidak berdaya untuk selamatkan keturunan aku? walaupun itu anak sedara aku ? adik sedara aku ? pakcik makcik aku? opah atuk aku ?
apakah aku lebih rela melihat mereka dineraka ? dan aku pula disyurga? katakan itu berlaku ?
apakah mereka tidak menyesal dengan perbuatan dahulu mereka? Jika kalau aku boleh, aku mahu orang-orang disamping aku masuk ke syurga bersama aku, jejak pelbagai keindahan syurga bersama aku.
aku pun tidak tahu sama ada layak atau tidak, oleh itu aku mencari keredhaan allah swt untuk syurga dan akhiratnya. setiap hari memikirkan kematian, kematian itu boleh datang bila-bila masa. oleh itu aku tidak mahu satu perkara yang baik aku boleh terlepaskan bergitu sahaja.
Dan mungkin salah satu punca juga apabila aku menonton sebuah cerita dari indonnesia. Para pencari tuhan. Menang lawak, dan disitu aku memahami setiap rintangan-rintangan yang setiap golongan manusia hadapi dan cara untuk menghadapinya macam mana.
Aku tahu, adakalanya apa aku cakap ini seperti tidak masuk akal langsung. tetapi apa yang disampaikan oleh cerita itu benar-benar berkesan untuk aku untuk mengenal erti perubahan, kesabaran, keikhlasan, ketabahaan, ketaatan dan erti setia kawan yang mencari keredhaan allah swt.
No comments:
Post a Comment