Bila aku tengok dia, aku terasa " masa berlalu dengan cepat dan pantas " bulan 6 atau 7 tahun nie aku akan dapat anak buah yang kedua. =) bertambah lagi darah keturunan aku. Banyak aku fikirkan, apakah aku nie mampu juga mendidik anak buah aku? apakah anak buah aku akan menjadi seperti adik beradik aku , dan adik beradik aku menjadi pakcik-makcik aku?
orang kata dunia akan berpusing balik. yang bawah akan naik, yang naik akan turun. siapa tak sayang anak sedara walaupun ada anak sendiri. tapi ada juga orang yang tak sayang bukan? lihat saja drama-drama malaysia. tapi aku bertuah ada juga yang sayang, walaupun ada juga yang tidak menunjuk. tapi aku berdoa untuk anak buah aku agar hidupnya diberkati dan dirahmati, semoga allah swt memberi dia hidayah untuk seluruh alam, juga suatu hari nanti temukan dia dengan orang-orang yang mampu membimbing dia.
Mungkin suatu hari nanti aku mati, tanpa aku dapat melihat anak buah aku menlonjak dewasa, aku sentiasa berdoa agar selamat sejahtera dan paling penting apa saja buat, ingat !!! kerana allah swt. jika kurang pasti dengan sesuatu perkara, bukalah hadis dan al-quran, jika tidak tahu akan maksudnya tanyalah kepada orang yang lebih mengetahui.
No comments:
Post a Comment