Yang bagusnya, setiap kali macam orang tak ambil sampah ke ada benda-benda yang teruk dia akan laporkan kepada pihak yang bertanggungjawab. Setiap pagi aku siram pokok aku selalu juga cakap dengan dia. Tapi aku tak berani melawan cakap dia pasal, dia jenis panas baran. Kadang-kadang dia boleh menjadi luar kawalan.
Paling aku terkejut pasal dia apabila dia tanya kat mak aku pasal islam, dan dia dengar radio pasal islam, dan dia tahu apa itu islam. Sampaikan dia bagi tahu kat aku yang "bila masa azan, adakah kamu tahu , bahwa kamu tidak boleh bercakap " ? aku secara jujurnya, aku sudah terlupa pasal itu.
Serius aku cakap, dia tahu apa yang aku tidak tahu, dia tahu apa yang aku tahu tapi cuba menyampaikan balik. Dari segi kerajaan pula, banyak dia cakap yang rasa tak patut. aku sokong dia. sebab pandangan dia terhadap sesuatu perkara bagi aku diluar pandangan aku. Tak pernah dalam hidup aku terdengar dia cakap " tanah ini tanah orang melayu, jadi kamu ada hak untuk membuat apa saja " masa aku sedang siram pokok bunga hanya mampu senyum dan cakap " hehe, nak buat macam mana "
Tapi sejak kemalangan tadi, aku betul-betul tak sangka, pagi tadi aku siram pokok jam 10 pagi macam tu aku dengar dia menjerit-jerit, aku dah biasa dengar dia menjerit, kadang-kadang dia tanya aku " hye kamu dengar ke saya menjerit? " aku cakap " eheheh tak mengapa saya faham " , tapi jeritan dia pagi tadi jeritan kesakitan rupanya. Dia meninggal semasa hendak ke bilik air, lalu dia terjatuh dan kepalanya terhentak. hmmmmm sedih juga aku dengar, sebab aku baru saja nak tunjuk gambar ular dikawasan perumahan aku nie kat dia. sebab dia tak percaya sebenarnya.
Aku tahu satu lagi cerita bahwa dia adalah anak tunggal didalam keluarganya. sedih untuk aku dengar ibubapanya. Aku terfikir siapa yang akan jaga mereka bila usianya telah lanjut usia. Kita yang beragama islam pun kadang-kadang tak pernah terfikir nak jaga mak atau adik beradik.
haish~~!!
No comments:
Post a Comment