Saturday, March 5, 2011

Episode 118 ( Ular dikawasan perumah aku !!! )



Ini bukan main-main, tapi ini adalah kennyataan. Gambar nie diambil oleh jiran depan rumah aku. Sebelum nie aku pernah cerita pasal ular dikawasan perumahan aku, dan inilah gambarnya. Gambar nie aku rasa 1 bulan lepas tak silap. kejadian nie pada pukul 7 pagi, waktu tu ada jiran aku sedang bersenam kat taman area rumah aku. kemudian dia nampak pelik kat dengan longkang seperti yang anda dapat melihat nie.

Bila tengok dengan jelas rupa-rupanya ular. Menjerit dia, jiran aku pun keluar, ingatkan kena ragut. bila tengok macam binatang kata jiran aku, tengok ular.

Asalnya ingatkan ular tedung kata jiran aku, bila tengok secara betul-betul, rupanya ular sawa. bila aku tengok sendiri gambar nie, panjang juga ular nie. patut kawasan perumahan aku yang dulunya penuh dengan tikus-tikus gergasi ( besar tapak tangan aku weh ) hilang mendadak, rupa-rupanya ada ular. masa kejadian tu, aku kat dapur, tolong mak aku masak.

tapi yang aku bingung, jiran aku telefon bomba. Bomba paling dekat area rumah aku kat dengan ss 7 . Memang dekat gile lah senang cerita. Jiran aku heran kenapa tak sampai-sampai. Selepas 2 jam kemudian baru Bomba datang, tapi bomba dari Klang. ( apa kejadah ini semua ? )

dia kata, bomba yang kawal bintang-binatang macam nie bomba dari klang. ?
Dude, kalau seluruh kawasan harap kat bomba klang, macam mana nak tangkap ular nie? kalau satu perjalanan ambil masa 1 jam macam mana? yang dekat tak boleh buat nak buat yang jauh.
Bagi aku kat sini nampak kelemahan sebenarnya.

Tapi ular nie masih lagi berkeliaran dikawasan-kawasan perumahan aku. Jiran aku cerita, selepas dia makan tikus tu, dia cepat-cepat menyorok dibawah longkang yang ada rekahan-rekahan ( lubang yang agak besar dan senang untuk ular itu lari ) .

Walaupun bukan berbisa pun, tapi ia tetap ular dan semua orang risau dan geli ( bukan takut ).

No comments:

Post a Comment