Thursday, March 3, 2011

Episode 117 (apa hukum menulis lagu dalam islam?)

Soalan nie dah lama bermain didalam fikiran aku, selepas aku tahu guitar ada ulama cakap haram, makruh dan ada yang kata boleh main? aku masih lagi didalam persimpangan dalam hal-hal ini, maksud aku persimpangan dengan persoalan aku.

Aku masih tak dapat temui jawapan sebenar apa hukumnya jika kita membuat lagu cinta kepada perempuan, erti kata lain lagu kecewa dan lagu menagih cinta kepada kaum hawa. Soalan nie terkeluar apabila aku baca sebuah majalah tempatan dimana orang tu diwawancara, katanya dia terjumpa lembaga seseorang dan dia berkata " kalau boleh janganlah kau nyanyi lagu aku, terseksa aku" bila aku fikirkan balik, apakah sebenarnya?

lalu timbul persoalan aku sebenarnya, " apa hukum membuat lagu " ? kita semua tahu bahwa haram bagi perempuan mengeluarkan suaranya bukan muhrimnya. jika kalau pennyanyi perempuan maka Haram dalam islam, kalau lelaki tak apa. Cuma persoalan ini sering bermain didalam fikiran aku.

Orang tak faham dengan maksud aku. mereka selalu bagi perbezaan yang aku rasa tak masuk akal langsung. aku cuma nak tahu apa hukumnya membuat lagu? bukan membagi jawapan yang aku sendiri pun sudah tahu.

ini adalah soalan yang paling rumit aku pernah fikirkan.

No comments:

Post a Comment