Thursday, March 3, 2011

Episode 116 ( dan aku rasa......)



aku rasa, aku hidup untuk menipu diri aku.
tapi aku tak menipu orang,
maksud aku disini
ialah,
aku menipu diri aku dengan sifat aku yang sebenarnya.
Kadang-kadang aku rasa,
aku bukan diri aku yang sebenarnya,
aku rasa,
aku masih lagi mencari identiti diri aku,
aku tak boleh cuba menjadi pelbagai sifat,
walaupun pendirian aku telah tetap,
tapi aku takut segelintir orang takut,
takut dengan pendirian aku seperti ini.

Manusia memang senang berkata-kata,
tapi senang hati terluka,
aku takut dengan itu,
aku lebih rela hidup seorang diri daripada ramai orang,
walaupun aku tahu ada yang mampu menahan,
tapi aku dapat merasakan disebaliknya.

disebalik muka yang misteri,
aku cuma menghuraikan jawapan......Kenapa ?
perkataan kenapa,bagaimana, mengapa,seperti mana, macam-mana
sering bermain didalam fikiran aku.
hidup adalah misteri,
orang juga adalah misteri,
sifat dan perangai juga adalah misteri,
tapi kadang-kadang misteri itu dapat dihuraikan juga akhirnya.

Sepanjang hidup aku jalani seorang diri tanpa teman,
aku rasa kosong,
erti aku kosong ialah,
bebas,
aku rasa bebas tanpa harus memikirkan masalah orang,
aku bebas tanpa cuba menyelesaikan soalan yang orang berikan,
aku rasa hidup aku sempurna,
akal aku,
jiwa aku,
diri aku,
seperti sempurna,
keangkuhan membina diri,
cuma aku tunggu bila sifat ini akan dimusnahkan,

yang pasti aku islam,
bukan islam atas dasar nama islam
dan nama aku ialah muhammad as siddiq,
aku janji atas nama aku yang bermaksud benar

No comments:

Post a Comment