Sunday, January 30, 2011

Episode 108 ( Senyum didalam keperitan,kesedihan dan macam-macamlah )

Manusia lagikan? biasalah, manusia sering mementingkan diri, serta membangakan diri dan macam-macam lagi. Aku tulis nie bukan nak menjatuhkan maruah orang, tetapi aku tak nak jadi seperti seorang ah long yang setiap kali nak duit atau dah tiba bulan, aku terpaksa hantar SMS atau telefon dan cakap " bulan nie dah bank in ke belum? ".

Memang aku tahu bunyi macam tak elok, tetapi akhir katanya aku terpaksa kata sesuatu bahwa, bukan niat aku nak menyusahkan orang. Hye , Semua orang kalau boleh tak nak menyusahkan orang bukan? tapi bila kita dah buat perjanjian, atau kita duduk disuatu tempat dan orang itu telah memulakan satu perjanjian, kita harus ikut bukan? Ia sama seperti undang-undang yang telah sedia ada bukan?

Aku sedih sebab kerja ini adalah kerja aku, terpaksa meminta, entah orang dapat merasa perasaan aku atau tidak itu aku tidak tahu, tetapi aku cuma ingin berkongsi apa aku rasa. Aku sedih jika kalau aku ada adik ( yang sudah bekerja ) tetapi dia tidak dapat membantu aku yang terpaksa bayar sana sini ?. jika kalau aku bergaji dalam Rm 1,800 . katakan sewa rumah pertama aku dah kena bayar 600, bill bulan2 untuk air,elektrik, kos makan agak2 dalam Rm400. kemudian kena bayar lagi Rm 400 untuk sewa rumah untuk mak aku ? katakanlah macam tu. Tak sengkek ke poket aku?

walaupun aku masih lagi tidak dapat sebarang pekerjaan, tetapi janganlah kita lari daripada tanggungjawab yang telah kita berjanji, aku cuma dapat bersenyum didalam keperitan, semua orang macam tu jika didalam masalah. Mak aku semalam dah bertanya, "duit dah masuk kebelum? mak bulan nie tak ada duit langsung, abang akmal dapat gaji pun bulan 3" aku hanya mampu cakap ada, dia dah masukan duit tadi.

sampai bila aku nak menipu mak aku pun tak tahu, sebab aku hanya pakai duit tu nak bayar Bill Sahaja =) Bill Sahaja. Dengan dapat duit sewa rumah Rm 400 sebulan, aku dan abang aku hanya mampu cadang duit itu kami bayar Bill rumah yang aku sedang duduk nie. Sewa rumah Rm 400 disekitar kuala lumpur bagi aku amat rendah, rumah tu ada 3 bilik, walaupun tak seberapa, tetapi orang zaman sekarang, sewa rumah kalau kat Kl paling murah pun dalam 600-700 paling murah. tetapi aku dan adik beradik aku hanya kata Rm 400 sahaja.

Bukan nak mengungkit, tetapi aku manusia, semua orang pun manusia, ada hati,akal untuk menilai perasaan. Bila cakap pasal perasaan, Aku banyak yang perlu untuk dijaga perasaan. Jika kalau aku berhutang dengan orang pun, aku harus menjaga perasaan. tak kisah jaga hati kawan, kekasih, ibu bapa atau pun keluarga.

jadi jika anda faham apa aku alami nie, marilah kita sedarkan diri kita nie, berapa lama lagi kita dapat bertahan dengan situasi macam nie. Bayar duit untuk ke konsert mampu, untuk berhiburpun kita mampu,tetapi bila kita telah berjanji nilai dengan orang kita tidak mampu untuk melaksanakannya.

Aku pun cakap untuk diri aku, jika suatu hari nanti ia terjadi kepada aku. maka aku berharap agar sifat ini tidak akan terjadi kepada aku....

apakah aku nak susah beban atau senang beban.aku bercakap dengan akhirat dunia ini.

No comments:

Post a Comment