Wednesday, January 5, 2011

Episode 101 ( ? )

2010 telah menutup tirainya =). 2011 kini dengan penuh misteri. alhamdulilah aku dapat info pada14 haribulan nie ada walk in interview jadi chef. Tak tahu sama ada aku mampu lagi untuk membuat kerja-kerja dapur atau tidak. Jika kalau berbanding dapur dirumah tidaklah seteruk didalam dapur tukang masak sebenarnya.

Gambar diatas ialah gambar aku bersama kawan-kawan aku. Siapalah kami nie nak diajak lepak, zaman sekarang nie, kalau nak ajak lepak kena ajak awek sekali, baru kawan turun. tak pun kalau ada kawan yang sedang keluar pun bukan nak diajak. ini lah gambar kami yang tak ada siapa pun nak ajak keluar. kesian kan? ada kawan aku jumpa salah seorang kawan aku, seperti bermegah dibelakangnya ada 2 orang awek bersamanya. ( sampai bergitu, walaupun hakikatnya aku tahu siapa orangnya =) heheh ) tapi tak payahlah sampai perlu bergitukan? awek bukan boleh bawa sampai mati. takpelah, aku harap suatu hari nanti kesedaran mata dia terbukak.

Gambar nie adalah kawan-kawan yang aku jumpa pada 2011. Ada yang lain aku dah jumpa tapi tak ada gambar bersama mereka kalian. ini adalah kali pertama aku letak gambar diri aku kat blog nie, tapi aku tak akan bagi tahu yang mana aku =). yang siapa tahu ahha. taniah aku ucapkan =). Ini gambar aku bersama kawan aku distudio. Dulu aku kerja disini tahun 2005 kot rasanya? studio nie dah bertahan selama 5 tahun. alhamdulilah. kat sinilah tempat aku berlatih bermain music bersama band aku.

Terima kasih sebab sudi meluangkan masa dengan aku, walaupun aku tak ramai kawan untuk dikenalkan bersama kamu semua =). Dan terima kasih juga sebab kita keluar bukan kerena nak jumpa awek semua =) heheh!!

No comments:

Post a Comment