Thursday, October 21, 2010

Episode 78 ( Oh no Oh Yea !! )

Sekali lagi aku terbaca artikel kat laman facebook " hari-hari saya sayang awak, hari-hari saya tengok profile awak " aku tak ada usha siapa-siapa pun seperti aku pernah tulis diblog aku disini.
(nak tahu bacalah kenapa =) ). Aku baca sebab aku suka mengetahui sesuatu perkara. kadang-kadang aku perlu menonton video untuk ilmu sesuatu seperti Nat TV dan lain-lain sepertinya.

Dan ini ada beberapa post yang aku terbaca diNota yang tertera. (sebenarnya aku dah lama baca tetapi aku nak kongsi)




Sukar untuk mengenali hati budi seseorang namun kamu mungkin boleh meramal sifat atau perangai seseorang menerusi perlakuan hariannya. Ruangan kali ini memberi peluang kepada pembaca untuk menilai dan memahami ciri-ciri lelaki tertentu sekadar untuk panduan agar kamu lebih memahami kehendak dan kemahuan insan yang bergelar lelaki. Mungkin ada yang sedang memerhati rentak lelaki idamannya dalam diam... ha, kaedah ini mungkin boleh membantu kamu menilainya!


LELAKI TAKUT KOMITMEN

Personaliti: Bukan tiada teman istimewa, ada kalanya hubungan yang terjalin antara dia dan teman istimewanya bertahun-tahun lamanya! Namun keinginan untuk membina sebarang ikatan rasmi tidak pernah wujud dalam dirinya. Karier dan kehidupan sosialnya sering menjadi keutamaan dalam hidup. Tidak hairanlah sekiranya individu yang tergolong dalam kategori ini memiliki ramai teman.

Kesimpulannya: Sekiranya dia mempamerkan antara sikap begitu, dia dikatakan seorang yang tak boleh dipercayai sangat apa yang diucapkan pada kamu. Mungkin hari ini dia melafazkan kata suka pada mu tapi beberapa minggu kemudian, dia seolah-olah tak mengenali kamu selama ini! Dalam erti kata yang sebenarnya, dia masih belum bersedia untuk menjalinkan komitmen dengan mana-mana gadis buat masa itu.


LELAKI RASIONAL

Personaliti: Keperibadian mereka tergambar menerusi penampilan luarannya. Semangat yang tinggi dan komited terhadap kerja memperlihatkan sikap rajin mereka itu. Ramai yang beranggapan lelaki dalam kategori ini berpewatakan serius dan sukar untuk diajak bergurau kerana sikap tekun yang wujud dalam dirinya itu. Selain itu mereka suka memendam perasaan dan kerana sikapnya itu kadangkala dia berubah menjadi seorang yang agak pemarah.

Kesimpulannya: Biarpun kelihatan seakan dibebani dengan pelbagai tugasan namun lelaki yang tergolong dalam kategori ini sentiasa bersemangat dan gigih berusaha demi mencapai kejayaan. Pemikiran rasional menjadikan mereka individu yang positif. Percayalah, lelaki rasional ini boleh diharap dan bersedia melaksanakan tanggungjawab mereka itu tanpa sebarang halangan. Keluarga adalah segala-galanya bagi mereka ini.


LELAKI KONSERVATIF

Personaliti: Pemikiran dan perwatakannya konservatif memperlihatkan dirinya serba sederhana. Sikapnya yang gemar memerintah dan sentiasa berfikir bahawa seorang lelaki perlu dihormati dan disanjung memperlihatkan sifat egonya yang agak tinggi. Dari sudut positif yang ada pada diri individu yang tergolong dalam kategori lelaki konservatif ini, mereka bijak mengatur perbelanjaannya.

Kesimpulannya: Berfikiran matang dan bersedia memikul tanggungjawab menjadikan diri mereka mampu bertindak sebagai pemimpin dan ketua. Bagi lelaki konservatif ini, mereka sering mencari pasangan yang mampu memberikan ketenangan dalam hidupnya.


LELAKI HIPOKRIT

Personaliti: Ego dan gemar mementingkan diri sendiri adalah sifat utama yang ada dalam diri mereka. Berlakon dan gemar berpura-pura menjadi mainan rasmi dalam hidupnya. Mereka juga gemar mengambil kesempatan atau menindas orang lain demi untuk kepentingan dirinya sendiri. Awas!

Kesimpulannya: Sememangnya lelaki sebegini harus dijauhi. Sikap hipokrit dan gemar berpura-pura membuktikan bahawa dia juga seorang penipu! Jangan mudah terpengaruh dengan rupa paras dan kemewahan yang dimiliki!


LELAKI ANTI PEREMPUAN

Personaliti: Sering memberi kritikan terhadap golongan wanita dan beranggapan wanita sering menyusahkan dan membebankan mereka! Sikap tidak gemarkan kanak-kanak juga boleh dilihat dengan jelas dalam diri mereka. Sebaliknya mereka gemar menghabiskan masa dengan mengumpul sesuatu benda sebagai koleksi peribadi.

Kesimpulannya: Jangan salah tafsir terhadap individu yang sedemikian. Hakikatnya mereka juga mempunyai teman istimewanya sendiri, namun di sebalik sikapnya itu tersembunyi suatu perkara yang sukar untuk dijangka. Mereka mempergunakan wanita untuk kepentingannya sendiri! AWAS dengan lelaki sebegini kerana mangsa mereka adalah wanita yang mampu menuruti segala kehendaknya.


LELAKI PLAYBOY

Personaliti: Sentiasa berpenampilan menarik dan peka terhadap perkembangan dunia fesyen semasa. Secara tidak langsung mereka bijak mengguna kelebihan yang mereka miliki itu untuk memenangi hati individu yang mereka suka. Karisma yang ada dalam diri menjadikan mereka sering mendapat perhatian! Bukan itu sahaja, malah mereka memang bersifat romantis dan mulut ‘manis'.

Kesimpulannya: Menyentuh soal komitmen, itu adalah isu yang paling digeruni oleh individu dari golongan ini. Sebaliknya mereka lebih gemar berseronok dan mendampingi ramai wanita dalam satu masa kerana bagi diri mereka ia adalah satu kelebihan istimewa yang ada dalam dirinya.


LELAKI BERWAWASAN

Personaliti: Biarpun dia seorang yang pendiam namun individu di sekelilingnya mudah tertarik dengan sikap itu. Lelaki sebegini sering melahirkan idea yang rasional dan logik. Fokus utama dalam hidupnya adalah kerjaya dan ada kalanya ada yang beranggapan lelaki sebegini terlalu mementingkan kerja dari yang lain. Dia juga pentingkan kesempurnaan termasuk dalam memilih pasangan hidup. Kebanyakan mereka juga tidak suka terikat dengan komitmen terlalu awal.

Kesimpulannya: Wajar kamu cuba menghampiri individu sebegini. Sikapnya yang berwawasan dan berfikiran jauh ternyata mampu menjamin masa hadapan. Pasangan yang paling sesuai untuk individu sebegini adalah wanita yang bijak berdikari kerana kesibukannya memaksa pasangannya untuk berdiri di atas kaki sendiri, namun ini tidaklah bermaksud dia akan melupakan terus tanggungjawabnya sebagai seorang lelaki.




Sebentar: aku cuma sedikit terkeliru dengan orang anti perempuan. bagi aku ia tak seperti yang tertera diatas sebenarnya. Lelaki yang anti perempuan ada sebabnya. Salah satu sebabnya ialah mereka selalu dikecewakan + mereka melihat perempuan-perempuan didepan mereka tidak seperti perempuan yang terletak didalam fikiran orang yang berfikir "adakah itu perempuan namanya?"

Bagi aku, aku adalah salah seorang yang anti perempuan. Tetapi aku tak pernah berfikir perempuan itu membebankan. Yang membebankan disini ialah perempuan yang tidak tahu untuk berdikari didalam sifat lelaki ANTI perempuan sebenarnya. Sering saja sikit-sikit suruh buat macam-macam yang tidak munahsabah langsung. Bagi aku barang peribadi tidak langsung ada. sebab kawan aku juga ada yang anti perempuan tetapi tak ada pun menyimpan koleksi peribadi macam permainan semua? what a hell dude? ghah!! ini semua dusta untuk menjatuhkan image seorang lelaki yang anti perempuan..

Dan ini adalah orang kata tanda-tanda kita tergolek didalam longkang haahah!! mari kita selidik betuk ke tidak ..




1. Anda tidak akan marah terlalu lama dan akan berusaha untuk mengawal kemarahan anda terhadapnya. ( maybe )

2. Anda akan sentiasa merindui dia. ( yeargh )

3. Apabila berjalan dengan dia, anda akan berjalan dengan perlahan. ( yeargh )

4. Anda akan tersipu-sipu malu apabila bersama dengannya. ( salah nie )

5. Apabila anda berfikir tentang dirinya, jantung anda akan berdegup pantas. ( berdegup dengan pantas itu tak pasti tetapi fikir akan dirinya sudah pasti ia )


6. Hanya dengan mendengar suaranya, anda akan tersenyum tanpa sebab. ( ini adalah tanda-tanda orang tak waras. tetapi ia sebenarnya )

7. Apabila anda melihat dia, anda tidak akan peduli orang di sekeliling anda. Anda cuma melihat dia seorang. ( melihat sesuatu ada sebab sebenarnya. jaga-jaga kepada kaum wanita )

8. Anda akan mula mendengar lagu yang berirama balada.( pada awalnya ia dan jika berakhir dengan kekecewaan orang akan dengar lagu ROCK heavy atau Black )

9. Dia sentiasa di fikiran anda. ( sure ke? )

10. Anda akan sentiasa terhidu baunya. ( tak )

11. Anda menyedari bahawa anda akan tersenyum apabila memikirkan tentang diri dia. ( ia sebenarnya )

12. Anda akan lakukan apa sahaja untuk dirinya. ( semestinya )

13. Apabila anda membaca ini, pada masa yang sama, ada seseorang di dalam fikiran anda. ( hah? tak faham ?

Jadi para yang melihat blog aku. buatlah andaian sendiri. ini cuma apa aku fikirkan. apa yang baik buruk terserah kepada anda =)

Have a nice day

No comments:

Post a Comment