Thursday, October 21, 2010

Episode 77 ( baru ? )

Akhirnya aku dan abang aku berjaya juga memiliki benda nie akhirnya. Penantian abang aku dengan aku rasanya agak lama jugalah. Sebab kita orang tunggu harga yang mungkin rasa berbaloi sebenarnya. Playstation 2 semua orang nak kalau beberapa tahun yang lepas. jika orang kata X-box ke Wii ke apa ke, itu terpulang kepada ciri cita rasa masing-masing.

Aku beli dengan abang aku Jumaat yang lepas. Aku beli kat Digitalmall. Harga ada yang tawarkan 490-530 ( game tak boleh pilih ) jadi aku dengan abang aku usha harga kedai ke kedai. Ada kedai penjaganya orang kita melayu. Tetapi bagi aku sombang yang teramat. Jadi aku dengan abang aku malas nak berdeal dengan mereka. Akhirnya abang aku memilih harga yang 530 ( siap dengan original control 2 + 10 game dia pilih + 8 GB memory ) ok lah abang aku tertarik.

Hari ini aku ke kedai yang aku selalu beli game PS 1 dan harga dia jual 450. ADUH!! aku memang tak suka kalau dah beli, aku tanya harga balik, harganya lebih murah berbanding aku dengan abang aku beli. Jadi aku tak kisah. kedai kebiasaan aku dulu nama dia yuki apa kejadahlah kat amcorp mall. Dulu aku rasa aku dah habiskan duit untuk game macam rokok. setiap hari boleh tahan ada saja game baru. Kini bila ada ps2 game aku rasa tak seberapa seronok seperti dulu cuma harga game ps2 aku boleh dapat 4 ringgit 1 keping kalau 3 keping 10 ringgit kat kedai amcorp mall.

jadi kesimpulannya kalau kita dah terbiasa dengan kedai kita beli. Tanya betul-betul, kemudian bandingkan kualiti tempat ke tempat =)

(aduh!!) ehhehehe

No comments:

Post a Comment