Wednesday, December 9, 2009

Episode 5


Aku penat, semalam aku main futsal, aku jaringkan gol sebanyak 4 atau 7 gol macam tu. biasalah kalau orang macam aku nie main curi ayam. pancit lagi aku rupanya didalam gelangang futsal. Awalnya memang aku rasa tak pancit, tapi tiba-tiba aku rasa haus, lepas tu aku rasa semput. susah gile nak bernafas. Tapi nasib baik aku tak pengsan kat dalam gelangang.

Aku main dengan budak-budak CSC pizza hut. Dulu aku kerja kat sana, tapi tak dah.Aku ada masalah kat sana,tak apalah, bukan rezeki aku kat sana. Lepas je aku balik dari main futsal, aku keluar minum. Kononnya nak dekat-dekat, sekali cadangan aku gerak ke andalus. Tapi sharil adik aku plak tak nak. cadangan seterusnya afiq (adik fifi) cakap ada satu kedai makan sedap kat sri gombak.

Aku , faizal , afiq dengan sharil naik kereta aku. aku tak bawa, malam tadi mood aku murung entah kenapa. secara tiba-tiba aku terfikir balik akan sesuatu yang aku rasa patut aku lupakan saja. bila sampai je kat kedai makan tu, TUTUP . jadi aku cadangkan lepak kat malis conner je lah. Dari pukul berapa aku tak ingat sampai pukul 4 baru gerak. afiq ajak pergi ke karoke, aku tiba-tiba rasa nak karoke. tapi sayangnya faizal dengan sharil tak larat, jadi diorang tidur kat dalam kereta, hanya aku bersama afiq sahaja.

Dalam pukul 5 pagi baru selesai arah tuju. Akhirnya diorang semua tidur kat rumah aku. aku faizal dengan afiq tidur bawah. sharil tidur atas katil empuk aku.faizal pulang awal sebab dia nak hantar nenek dia buat medical chek up kat UM dalam pukul 7 atau 8 gitu, sharil dengan afiq pukul 11 tadi. Dengan itu , kononnya aku nak sambung tidur balik, tapi tak boleh.

Aku secara tiba-tiba terfikir seseorang. Dan didalam bilik aku yang gelap nie, membuatkan aku murung seketika waktu. setiap hari tanpa jemu aku memikirkan. bunyi macam agak jiwang dan karat. tapi inilah lumrah kehidupan seorang manusia seperti aku. Didalam kegembiraan sentiasa ada kesedihan.

Mungkin bagi dia, salah aku besar untuk dia. memang patut aku terima keadaan macam nie. Walaupun hari ini ryota balik ke malaysia , aku gembira. tapi aku masih lagi terasa kekurangan didalam diri aku nie. apa yang aku kekurangan tu biarlah aku sendiri saja yang rasa. sebab aku rasa banyak yang perlu aku betulkan sebelum aku terlambat.

No comments:

Post a Comment