Friday, December 11, 2009

Episode 6 ( Hajat )


Kereta proton saga aku tak siap angkara sebab benda yang aku tunjukkan nie lah. nama benda nie brake shoes , tah macam mana sebut dia pun aku tak mengerti. benda nie fungsi dia brake. aku punya masalah brake belakang, aku kena tukar 1 set dan aku nak tukar suspension. jadi tak nak rugikan duit kena bayar 2 kali , jadi aku ambil penyelesaian, tukar balik barang. Berharap tak ada masalah nanti kalau aku dah tukar. kalau masih lagi masalah aku tak tahu lah nak cakap apa.

handbrake aku bila tarik pergh!! sampai ke atas sekali. memang maut betul aku nak tarik, cuak gile rasanya.



Lepas aku solat jumaat, aku jumpa dengan kawan lama aku , Zamzuri. Dulu dia pernah pinjam dum bell aku masa dia form 5. Dia muda aku setahun, dan hari ini baru aku dapat balik. Just nicelah sekian lama aku menunggu baru sekarang aku dapat balik. Aku nak benda nie sebab aku nak jaga badan aku. kalau aku tak pergi ke Gym , aku boleh bersenam dengan benda nie. walaupun kecil tapi bagi aku perlahan-lahan kayuh. aku dah setkan barang-barang senaman aku. cuma aku nak kasi lengkapkan lepas nie.

insya allah aku tak akan lupakan hajat aku yang sebenarnya apa alasan aku untuk semua ini.Esok atau malam nie aku nak repair kereta, tapi malam nie plak aku nak jamming dengan ryota. sekian lama band aku pinguin mendiamkan diri sebab nak cari guitarist baru, kini dia dah kembali.

harapan aku lepas nie ialah agar dia , aku , fix dan yang terlibat dapat jayakan impian aku dan lain. harapan satu band aku ialah kami mainkan lagu yang kami suka dan bebas.
=)

No comments:

Post a Comment