Monday, December 21, 2009

Episode 13 ( Dan akhirnya ........)

Dan akhirnya aku dapat mendengar suaranya dan aku dapat berchating dengannya. Tapi dia kata kat aku, bahawa "kita tak akan rapat seperti dulu" aku pun tak faham kenapa dia perlu cakap macam tu.

Dan aku rasa tersentap sementara waktu bila dia cakap macam tu. Aku tak faham kenapa? , dan dia cakap antara aku dengan dia sekarang ada "dinding"? aku tak faham apa dinding yang dia cuba maksudkan kat aku.

Mungkin maksud "dinding " bagi dia adalah jurang persahabatan itu rengang. Tapi aku tak faham kenapa?

Tak mengapa untuk aku, walaupun aku seperti tidak puas hati dengan jawapan yang dia berikan kat aku, tapi aku faham kot, kenapa dia buat macam nie semua kat aku.

Dan aku rasa, mungkin ini adalah yang terakhir untuk aku. Maybe .

Dan nampak gayanya, aku terpaksa lepaskan dia dengan keputusan yang dia mahukan. aku bukan siapa-siapa lagi didalam hidup dia. aku hanya manusia kosong untuk dia.

Dulu "seperti daun-daun gagah bersama ranting-ranting, tapi kini gugur bersama ranting-rantingnya".

Semoga dia selalu di lindungi oleh allah swt

aku tak akan menyesal dengan setiap apa aku buat kat kau,
dan aku rasa gembira kalau kau ada disini,
aku cuba gembirakan kau diwaktu kau sedih,
walaupun aku sedih dan duka.
kini aku hanya kosong
itu yang kau minta



No comments:

Post a Comment