Assalammualaikum wbt
Semalam, kereta kawan aku rosak, jadi aku meminta salah seorang sahabat aku teman aku. sahabat lama, kenal sejak sekolah menengah dan sekolah rendah sama, tapi lain musim ( yerk ke? )
seperti biasa, perbualan dimulakan dengan aku, tapi aku tak tanya pun soalan macam nie, cuma aku tanya , " kau bila nak kahwin? awak berkeliling? perut makin besar dari aku? "
lalu kawan aku bukak cerita sendiri. dia kata aku ada awek 2 orang. bagi aku hebat sungguh dia nie, sampaikan ada dua orang awek. aku saja tanya rahsia dia, dia kata biasa saje, awek pertama suruh cari yang lain dan kisah awek yang kedua nie yang membuatkan aku ingin tulis tajuk nie.
kawan aku cerita, sebenarnya dia tersalah tekan nombor telefon, atau lebih tepat bagi dia, saja-saja main tekan nombor. sambil dia bercerita, aku terfikir, ada juga orang macam nie ? dan dia bercerita, tak sampai satu hari, gadis tu ajak dia bercinta ? aku lagi terfikir, tak pernah lagi aku dengar cerita macam nie dan lebih hebatnya, esoknya kawan aku terus jumpa.
Bagi aku, mungkin itu nasib atau takdir dia, tapi tak pernah aku terfikir secepat gile macam tu.
kawan aku bagi tahu kat aku, senang saja, aku manis ? persoalan aku ialah , apa itu ayat manis?
dan bukan jenis aku membuat ayat manis.
tapi aku tak nak bercinta, bagi aku, menambahkan dosa, dan aku dah pun cakap kat kawan aku. tapi aku nasihat kat dia, agar kalau boleh cepatlah kahwin dari terbuat maksiat, seperti berpegang tangan dan bertentangan mata.
perjalanan aku untuk bertemu kawan aku yang kereta rosak masih jauh lagi, sebab jalan sangat sesak pada hari isnin.
jam 9 malam baru aku sampai ke destinasi yang ingin aku tuju, 3 jam tersangkut dalam kesesakkan. akhirnya aku lepak dengan kawan aku seorang lagi , dekat area rumahnya. ada sebuah kedai nasi kukus rasanya bersama ayam goreng ranggup, sedap pula aku makan.
apa-apa pun aku tak fikir banyak pun pasal kawan aku, cuma aku tergelak saja, sebab kes pertama aku terfikir ialah
1. saja-saja tekan nombor telefon
2.tak sampai 24 jam kau berkenalan
3. tak sampai 1 hari dia yang ajak kau bercinta?
4. itu adalah nasib atau takdir dia kan?
aku bukanlah cemburu tapi aku tertanya-tanya ada juga manusia seperti ini dan jenis ini. =) lawak untuk aku berfikir bila bersama sahabat aku.
tak ada cerita menarik untuk aku, cuma jalani hari-hari yang tak tahu bakal terjadi diminit seterusnya
No comments:
Post a Comment