Monday, September 17, 2012

Episode 258 ( perjalan ke sg chilling di kuala kubu )

Assalammualaikum wbt

Sudah lama aku tak menulis blog. tapi kali nie aku ada cerita menarik untuk dikongsikan bersama walaupun sebenarnya ramai yang dah naik dan menikmati pandangan sg chilling di kuala kubu .
Al-kisahnya bermula apabila Syafiq , x drummer band aku , ajak mandi sungai katanya tempat nie pernah dilawati seorang rakan lama iaitu asyrul. aku secara terfikir, oh gambar yang dia pernah post..menarik dan tertarik..kan kononnya rancangan pada pukul 6 pagi gerak dari rumah seorang rakan lagi iaitu wannoq. tetapi fix tertidur dan perjalanan terlewat 1 jam.
Sementara perjalanan ke sana, fix ada cakap kat aku , ada sebuah kedai kat tepi nie, aku pernah makan dengan family yana ( gf dia ) ...serius aku cakap kedai tu memang sedap!! dia ada 4 menu, mee + rojak , mee rebus , mee kari dan laksa . paling sedap ialah laksa dia dengan mee kari dia. malangnya aku terlupa kawan aku hafiz ambil gambar kedai tu untuk jadi runjukan. tapi kedai tu memang dekat juga dengan nak menghala ke sg chilling nie.
sebelum sampai ke sungai chilling, kita orang singgah dulu kat empangan. ( gambar dibawah)
luas dan cantik, tak banyak kereta lalu disana.



Perjalanan mengambil masa 1 jam rasanya dari pj ke sana . sampai sana kena bayar 1 ringgit , tak tahu apa sal kena bayar, tapi bayar jelah sebab nak mandikan.. asalnya aku ingat perjalanan dia hanya mengambil masa 10 minit dan redah seperti hutan biasa yang pernah aku redah sebelum-sebelum nie, tapi kali ini ia diluar jangkaan aku sebenarnya. Maklumlah, aku bukanlah seorang lelaki yang kurus dan berstamina kuat, itu cerita aku beberapa tahun yang lepas boleh lah , dengan stamina yang terjaga walaupun berbadan besar. aku tanya kepada abang yang menjaga pintu , katanya dari sini ke puncak mengambil masa 45 minit................45 MINIT ????

dalam hati aku, oh , abang nie saje nak kenakan aku..hahaha aku takde masalah kalau orang nak kenakan aku..tapi sekali aku masuk, tiada jalan untuk kembali ...ekhekehkehke!! Tapi jalan dia, betul-betul lasak gile lah. kalau siapa yang suka aktivi lasak, ini salah satu kepuasan dan menikmati alam flora diatas sana .

Sebelum sampai ke puncak, ia kena lalui 7 anak sungai.( gambar seperti dibawah) Tapi kalau ikut kiraan aku, 8 setelah campur dengan air terjun nie. Aku cadangan pakailah kasut yang tidak kedap udara dan kasut yang mengikut keselesaan kaki, sebab nak redah anak sungai tu, paling dalam pun paras lutut aku, tinggi aku ialah 182cm jadi fikirlah dalam mana nak redah sungai untuk sampai ke sini.


Seperti aku katakan, jalan dia benar-benar mencabar jiwa dan raga, jadi sediakan air sebagai bekalan..Oh satu lagi tips aku ialah, kalau korang rasa fikir memang nak mandi kat atas, tak usahlah bawa beg berat-berat, bawa sehelai pinggang dan air sudah mencukupi =p , tapi kalau nak bawa juga takde hal. pilihan masing-masing.




Setiap kali sampai anak sungai, kasut aku akan dimasuki pasir, jadi untuk keselesaan tapak kaki aku untuk menghadapi rintangan yang seterusnya, lepas saja anak sungai, buang pasir-pasir yang ada.




Dan ini ialah sg chilling tapi bukan puncak lagi, tapi kat sini je orang larat nak pergi =)

Mungkin ada yang terfikir , orang seperti aku boleh panjat batu nie ? =) ada trick dia nak panjat batu nie



Ketinggian dalam dia, aku rasa 2 kali tinggi aku + separuh tinggi aku rasanya =p



Sepanjang sungai nie, kita akan jumpa ikan... =) sampai ke puncak nie pun akan jumpa ikan =)




Jadi selamat mendaki ke sana =)


p/s: nak naik tu memang perlukan banyak tenaga, kalau orang size macam aku, dan ikut cara jalan kawan aku , mau dekat 1 jam lebih, lebih tu tak sampai 30 minit . cuma dalam 10 minit gitu ..tapi bila turun...memang 45 minit seperti abang tu kata =)..apa-apa pun best..air dia sangat sejuk walaupun dan waktu tengah hari =)

No comments:

Post a Comment