Tuesday, October 5, 2010

Episode 68 ( semalam + hari ini + esok + lusa )

Bila semalam yang aku fikirkan akan semua terjadi,
aku harapkan hari ini akan menjadi perubahan untuk aku,
esok harinya aku jadikan pedoman untuk aku,
lusanya hanya tuhan saja yang tahu......

Semalam aku diberhentikan kerja,
hari ini aku gembira bila berada dirumah dan keluar bersama rakan,
esok aku mula bosan dengan semuanya,
lusa pula aku dapat rasakan kehilangan semuanya.

kalau boleh semua orang ingin patah balik masa semalam,
tetapi aku fikirkan biarlah hari ini ubahkan semuanya
agar esok menjadi tenang sehingga lusa...

mungkin semalam adalah kegagalan hidupku yang paling teruk dalam hidupku,
hari ini kurang sedikit daripada semalam
namun esok apakah ia akan sama seperti yang lepas?
aku hanya harapkan lusa dan selanjutnya tidak sama seperti yang kemarin.

semalam aku fikirkan masalah,
hari ini aku fikirkan bagaimana untuk selesaikan,
esok aku harap sesuatu keajaiban,
lusa aku harapkan keindahan

Saturday, October 2, 2010

Episode 67 ( Oh kenapa wahai siddiq )



Lyrics to The Love From A Dead Orchestra :
The black sea traces the howling of the wind
In these intervals
The memories, changed into roses, started to follow the present

Inside the picture, the beasts hurt each other
And they hand the memories over to the darkness

Why do these days refuse to stop like this
And turn people into something ugly?
This melody will turn into a blue tranquility
They should disappear

I’m alienated from the connection
From fascination to expectation
I can’t divide the phrases
The historical facts are drawn

Those fingertips will turn into a blue tranquility
People pierce their hearts with loneliness
While I’m staring at the roses, the melody of death flows
Ah… should it fall down

Disappear Burn The ugly me
No matter how often I kill it, my body returns from the dead
If these thoughts reach I’ll get rid of everything
I just want to bloom like the flawless rose

I’ll come through, in the midst of this snow

The god of death is now born

Disappear Burn The ugly me
No matter how often I kill it, my body returns from the dead
If these thoughts reach I’ll get rid of everything
I just want to bloom like the flawless rose

Disappear Burn The ugly me
I just want to bloom like the flawless rose


Bila aku dengar melodi macam nie sekarang, aku rasakan sesuatu yang aku tak dapat terkata sebenarnya. apatah lagi jika kalau aku kata daripada lirik dia. pun sebenarnya tidak. hidup aku seperti telah terasing daripada hidupnya. seperti tak bererti lagi. apakah aku sendiri yang masih termimpi-mimpi ini semua?

semua orang ada jalan ceritanya sendiri, orang cerita pada aku, dan aku harap adakalanya apakah hidup aku akan jalani seperti cerita-cerita mereka. tapi sayangnya tidak untuk manusia seperti aku. berbulan-bulan telah aku kosongkan jiwa aku, hapuskan ingatan aku ini. tapi kenapa masih tertinggal saki-saki yang aku rasa tak dapat? mungkin nampak seperti bodoh yang aku hadapi.

apa itu cinta sesama wanita dan lelaki aku pun tak faham. Cuma aku faham setelah berkahwin. mungkin aku akan hidup seperti manusia kosong tanpa bayangnya sendiri. takut untuk melihat kembali apa yang telah terjadi . tetapi ada yang masih tak faham. ada yang kata " ah lupakan saja" , ada yang juga rapat dengan kawan-kawannya. Bagi aku itu seperti aku mahu teringat dan mahu bertanya khabar tentang dia. jika betul aku usha kawannya, apa aku telah ganggu hidup orang yang aku rasa aku tidak ganggu? dan apakah aku meminta bantuan daripadanya? satu peratus pun tidak aku meminta.

tapi itulah manusia. aku masih tak tahu kenapa harus bersikap bergitu. Kini jika aku pegang guitar, ilham aku kosong untuk seterusnya. aku tak pernah rasakan bergitu besar kesan ini terhadap aku. kerana selalunya jika aku dikecewakan daripada wanita, dengan senangnya aku akan mendapat ilham dan melodi. tetapi setelah terputusnya aku dengannya. aku seperti sedar bahwa dia seperti kunci yang membawa aku sebenarnya. tapi apakah itu betul sebenarnya?
hanya allah swt saja yang tahu semua ini.

apakah sebenarnya aku telah membunuh jiwa aku sendiri untuk semua ini?
apakah sebenarnya aku masih terasa kesannya hingga kini?
apakah sebenarnya aku masih lagi memikir semua perkara yang berlalu walaupun sepatutnya tidak memikirkan?

kenapalah aku dijadikan seperti ini...hummm

Friday, October 1, 2010

Episode 66 ( Timbul sedikit kekesalan )

Secara tiba-tiba aku terasa sedikit kekesalan tentang recording aku yang lama nie. Sebab aku boleh terlupa lirik sendiri. Bila aku dengar balik Melodi yang Ryota main, aku rasa wargh! kenapalah aku terlupa lirik, campurkan pula slide guitar sikit ( lagu akanku kejar ), Bunyi bass yang lone pegang pula, dah chantek, fix yang main dengan wokey. Cuma aku saja yang hancur.

Bila aku dengar balik bagaikan mahu kembali sebelum aku buat recording. Sekarang nie aku dah ada sofware untuk buat Recording. Cuma barang aku tak cukup untuk membuat proses. aku suka buat. tapi bila aku tengok balik apa nak kena buat. Sumpah sakit kepala sebenarnya.

Lagu dah banyak tapi yang betul-betul record punya tak ada. Live Record banyak, tapi semua macam tungang langang. suara kucar-kacir, guitar bunyi tengelamlah. Bass bunyi bedegunglah. Drum ketuk tak dengar masa record. Itu semua akan terjadi kalau buat live record. haih!!!

Tension dan tension sebenarnya... Bila nak keluar satu karya yang terhebat pun tak tahu sebenarnya.

hmmmm

Episode 65 ( Kembali seperti sedia kala)

Pada malam ini barulah Komputer aku dapat berfungsi dengan elok. Setelah aku beli power suply baru yang berharga 40 ringgit kat digital mall. alhamdulilah semuanya elok seperti dahulu.
Sejak akhir-akhir ini perjalanan aku tertangguh sementara waktu. Pelbagai cabaran yang aku sedang lalui dari segi Kemarahan yang mendalam sebenarnya.

Aku sebenarnya bukanlah orang yang bersifat pemarah mahupun pendendam. Aku lebih bersifat melihat dan meneliti. Tetapi ada orang yang cuba ajak aku bermain api. Lalu Syaitan yang selalu bersama dengan aku ada dekat 10 Telah menghasut aku yang lemah ini. Bila aku marah, aku akan sakit kepala. Bila sakit kepala, aku tak akan terkawal. bila aku tak terkawal, semua akan aku lakukan sehingga syaitan berpuas hati dengan tindakan aku.

Selama aku berada didalam keluarga. Aku lihat pelbagai situasi keluarga aku terkena. Daripada orang dengki dan selebihnya. Tapi kami adik beradik tidak dapat berbuat apa. Cuma kami berserah kepada allah swt. Jika ada jalan pun kami akan berusaha dan tawakal.

Aku bersyukur dengan apa yang aku ada. walaupun aku serba kekurangan, tapi aku bahagia dengan hidup aku. Aku sayang adik beradik aku. Jika aku betul aku tetap juga akan dimarahi, jika aku salah lagi akan dimarahi.

sebab apa kita buat didunia ini ada cara untuk selesai dengan cara matang. jika kita betul tapi cara kita salah, orang akan tetap akan menasihati sebab dari situ ada sedikit kelemahan. Manusia Semua lemah dan kuat. semua adalah sama rata, Cuma akal fikiran saja yang menentukan.

Aku tak mahu menulis panjang lagi sebab aku rasa jika betul aku ada buat salah, datang dan cakap dengan aku. Bersemuka. Jika kalau takut dengan muka aku yang bengis. Hantarkan email kat aku.

Manusia mana yang tak pernah buat salah didunia ini? semua buat salah. cuma kita pandai atau tidak untuk menyelesaikannya. Jika kita serahkan semua kepada allah. apakah kita ini sebenarnya pendek akal? kita berdoa agar allah menemukan jawapan untuk kita semua didunia. memang patut berserah tetapi haruslah ada jawapan.

jika kita betul tapi orang fitnah didunia, tak mengapa. Akhirat akan menentukan. Tak payah risau. Kita mati kerana difitnah pun tak mengapa. sebab diakhirat akan menentukannya.
Orang jahat tak akan terlepas di Dunia Akhirat

Wednesday, September 8, 2010

Episode 64




Lagu nie ada sedikit cacatnya, tapi aku buat dari apa aku rasa masa tu. walaupun aku tak tahu bagus atau tidak.aku perlukan orang yang sudi nak memberi pandangan. dulu dia kata, aku tak pernah buat lagu untuk dia. kini apa dia minta dari aku. telah aku tunaikan walaupun aku rasa dia tak tahu

Monday, September 6, 2010

Episode 63 ( Hari raya yang semakin hampir )

Hampir sudah tibanya menjelang hari raya, dan pada tahun ini aku tidak dapat mentafsirkan apa-apa lagi. abang aku dah kahwin dan ada anak, jadi, pada tahun ini dia beraya dirumah ibu mertuanya buat pertama kali. Kakak aku pula berada dijepun melanjutkan pelajarannya disana. kini hanya tinggal aku dan abang aku seorang saja. Bagi mak aku raya tahun ini dia merasa kesunyian sedikit, kerana yang ada hanya 2 orang anaknya daripada 4 orang.

Aku juga bergitu, merasa sunyi apabila dulu sebelum raya, aku dan adik beradik aku akan balik raya bersama-sama, membuat lawak yang tak disangka didalam kereta. macam abang aku akmal, dia jarang bercakap dan membuat lawak. tapi bila didalam satu kereta semua akan terkeluar, kakak aku daliza pula, dia kadang-kadang suka ketuk kepala aku, abang aku danial seperti biasalah. dia yang bawa kereta dan aku bersama dia akan usha-usha awek yang didalam kereta sebelah. kini dia pun dah berkahwin dan ada anak.

bagi aku itu semua perkara yang lepas, aku dapat juga merasa kebahagian adik-beradik didalam kereta menuju ke kampung aku yang terletak di perak kuala kangsar padang asam batu 18. tabiat aku dan adik beradik aku sebelum balik ke kampung mesti akan berbuka diluar , kali terakhir aku dan adik beradik aku berbuka diluar beberapa tahun yang lepas. masa aku tingkatan 3 atau 4. waktu itu di one utama. kita orang berbuka di kenny rogers.

selepas itu , kami semua berbuka di lebuhraya yang ada KFC. setiap tahun bergitu. ada juga pada tahun bila, hanya aku adik beradik didalam kereta. mak aku dah kami hantar awal ke kampung bersama pakcik dan makcik. jadi selama 4 tahun selepas kali terakhir itu. kami adik beradik sentiasa akan berbuka di kfc lebuhraya utara.( bukan dijejantas ok )

jika cerita pasal hari raya aku yang dulu, aku rasakan diri aku ini hina sangat, sebab aku rasa aku ini seperti kuli. setiap tahun menjelang hari raya. aku yang akan dipaksa balik ke kampung awal. dan akhirnya aku dipaksa oleh seseorang membuat macam-macam. apa gunanya jika kalau ada sedara tetapi tidak membantu? sampai sekarang masih sama, tetapi aku telah berjaya melarikan diri untuk balik ke kampung awal, sebab aku tahu, aku ada saudara yang ramai, jadi kenapa aku juga?

tetapi ada juga menyakitkan hati ini sebelum hari raya, tetapi aku redha saja dengan tingkah lakuannya itu. tetapi jangan sampai aku melepaskan api didalam diri ini.

jika itu cerita aku,ada juga cerita aku. mungkin aku pernah cerita diblong lepas aku. dulu penjualan bunga api tidak seketat seperti sekarang. dulu aku rasa senang untuk mencari bunga api. aku rasa setiap tahun aku akan bawa sebanyak 2 atau 3 kotak tamiya untuk stock bunga api. aku habiskan sebanyak RM 100 untuk bunga api sahaja.

bagi aku tak salah jika kita bermain bunga api daripada mercun. sebab bunga api tiada apa-apa masalah melainkan yang membelinya ialah orang tua yang tahu untuk menjaga keadaan bunga api. Kanak-kanak zaman sekarang mungkin sedikit ketinggalan dengan kemeriahan bunga api. tetapi aku heran, jika kalau bunga api diharamkan, kenapa cerita drama atau movie ada tunjuk bunga api? sebab bagi aku, ini juga mengalakkan anak-anak muda cuba untuk dapatkan seperti mana ia ditunjukkan didalam drama atau movie, jadi pihak kerajaan, fikirkan jika sesuatu tindakkan itu adalah betul atau tidak. sebab apa yang ditunjukkan didalam TV, semua orang mahu cuba, seperti rancangan masak-masak. walaupun cerita itu tidak ada tips ke apa. tapi bila orang tengok dia akan cuba untuk membuat sampai menjadi.

bila aku melonjak dewasa, aku keluar berbuka puasa ramai-ramai bersama kawan-kawan sekolah menengah aku. aku rasa perjumpaan ini hanya kekal selama 2 atau 3 tahun saja. pada awalnya semua seperti sekepala. bila masuk tahun ke 2 sudah nampak mula bezanya dan pada tahun ke 3 aku rasa ada yang segelintir akan berhijrah ke negara orang. jadi itu perjumpaan yang terakhir jika kalau masa ini panjang untuk kami. selepas tahun ini tiada lagi sampai sekarang sebab masing-masing ada haluan sendiri dan kerja-kerja yang harus diselesaikan.

dizaman kolej aku, aku rasa zaman paling lawak juga sebab aku bersama kawan baik aku disana kami terlupa nak tengok jam waktu bersahur. kami sahur pada pukul 6 pagi. semua mamai. yang tahu kami dah beli makan awal-awal sejak pukul 12.sebab kedai makan tutup pukul 3 atau 4 pagi. Ada juga segelintir kawan-kawan aku yang tidak berpuasa, biasalah budak-budak remaja kalau duduk asrama macam inilah jadinya, apatah lagi jika ada kawan agama lain. aku tak salahkan diorang, tetapi aku salahkan kawan-kawan aku. tapi itu cerita diwaktu zaman kolej.

diwaktu itu aku terlupa nak beli ticket balik ke selangor. kawan aku buat aku cuak, dia kata ticket balik selangor dah habis. memang aku tak percaya asalnya. aku buat cool. aku balik ke selangor 4 hari sebelum raya. dimana aku dengan tak beli ticket bas. aku selumber ke kaunter ticket nak ke kuala lumpur. asalnya semua memang dah habis. tapi alhamdulilah ada hamba allah nie nak tolak ticket dia.asalnya aku ingat ulat ticket sebab dia jual murah. jadi aku tak berapa pasti aku ajak dia ke kaunter bas. dan ticket tu memang sah halal dia beli dari kaunter. kalau jual balik kat kaunter harganya jatuh 50%. jadi dia tolak kat aku mahal skit daripada harga kalau dia tolak kat kaunter.aku tak fikir panjang.aku pun ambil.

didalam perjalanan aku aku bertolak dalam pukul 2 atau 3 petang macam tu. akhirnya aku sampai pada pukul 5 nak dekat 6 petang. Ya allah, ajaibnya aku dengan golongan manusia ini, julung-julung pertama kali LRT STAR kosong bagaikan aku boleh guling-guling. aku rasa tak mengapa, bila aku transit tukar kereta api naik LRT pula, itu memang aku sukar gile nak percaya. aku rasakan aku macam hidup didalam dunia lain. KOSONG gile. selalunya nak duduk punya susah.kalau aku dapat duduk pun hanya 1 perhentian saja, ini dari awal hingga akhir. aku sampai rumah dijemput oleh abang aku yang pertama danial.

bila tentang cinta pula.aduhai, teringat aku masa aku diwaktu csc. dimana aku kenal dengan seorang perempuan nie.tak sangka aku boleh termenitiskan air mata aku sebab dia. aku ingat lagi dimana aku rasa ditipu oleh seorang budak nie, jika kalau aku rasa aku tak ditipu oleh budak nie tak mungkin akan jadi macam ini. aku ingat juga dimana aku tawakalkan diri aku untuk memberi tahu perasaan aku dibulan puasa. aku buat keputusan untuk telefon terus dia dimalamnya esok dah raya. awalnya memang aku terkaku juga. sebab dia tanya kenapa dengan aku hari itu. aku buat keputusan yang susah. jadi aku pun bagi tahu, seperti biasa kalau orang macam nie. awalnya tak percaya. dan akhirnya percaya dan dia malu, dan aku rasa dia tahu kelemahan aku. Akhirnya dia bersama lelaki yang keluar bersama dengan dia. Budak Csc juga dengan aku. Sejak peristiwa tu, Budak lelaki tu macam cuba berbaik dengan aku. dan budak-budak csc aku panggil dia sebagai adik aku. walaupun hati aku sebenarnya sukar untuk berkata apa-apa tetapi hanya tuhan saja yang tahu.

Dan sejak itu, pelbagai cerita aku dengar dari orang tentang mereka berdua. ada yang suruh aku selamatkan perempuan itu. sebab laki tu suruh macam-macam. tidak seperti mana aku rapat denganya. bagi buat bodoh saja dengan orang yang berkata itu. aku hanya kata, itu pilihan dia, itu yang dia mahu, jadi biarkan. masa tu semua orang tak tahu perasaan aku kat dia. tetapi bila lama dan lama baru orang nampak, sampaikan officer kat atas tanya kenapa aku tak rapat seperti dulu dengan dia.

bukan aku tak nak tegur dia atau orang kata kenapa aku ego. tapi fahamkah apabila perasaan kita yang kita suka orang tu bersama dengan orang lain? apatah lagi jika orang itu yang tinggalkan kita , kita masih lagi mencari dia? aku biarkan dia dengan apa saja tindakkannya.

Aku rasakan setiap tahun dihari raya aku, ada pertistiwa disetiap hari aku. sama ada yang aku sendiri aku ukirkannya mahukan aku sendiri yang tinggalkannya =).

Aku harap sesiapa yang baca episode yang ini, aku ucapkan selamat hari raya adilfitri maaf zahir dan batin. jika ada yang terasa mahupun yang terseksa dengan aku. aku minta ampun dan maaf dari anda semua. aku manusia seperti manusia lain juga, punya hati dan perasaan, punya jiwa punya sifat, punyai tindakan sendiri mahupun alasan sendiri. kita manusia berbeza-beza. jadi fahamlah antara satu sama lain dihari yang akan datang.

Apa aku tulis kemarahan disini telah aku hilangkan dari diri aku, cuma mungkin aku segelintir daripadanya aku masih lagi terluka disini, dan masih lagi merasakan perit dengan sikapnya yang tidak bergitu matang dalam erti maksud kawan atas kawan.

Monday, August 23, 2010

Episode 62



Puasa pun telah 2 minggu berlalu. hanya tinggal lagi 2 minggu saja lagi. tiada apa pun persiapan yang aku harus buat, sebab tahun ini, dikampung aku tidak ramai yang ada. jadi let it be. aku baru sembuh daripada batuk kering + sesema yang ditahap X , demam yang pelik huhuhu. tapi aku tak pergi ke klinik pun. sebab tiada siapa yang boleh nak bawa aku. Mak aku tak dibenarkan membawa kereta walaupun dia kata dia mampu, tapi aku adik beradik tidak berani sebab mak aku dah berusia. abang aku pula setiap pagi pergi kerja dengan menaiki LRT, Dan setiap hari dalam pukul 7.30 pagi aku akan hantar dia. walaupun aku sakit macam mana pun aku rasa aku mampu tempuhi. melainkan kalau dah kerja hahaha!! semua orang mesti malaskan.

tetapi aku rasa, aku boleh buat. baju rasa tahun ini ialah warna hitam yang telah ditempah masa kenduri kakak tahun nie. buat masa sekarang ini aku tak mahu keluar berbuka puasa diluar sebab tak ada siapa yang akan jaga mak aku. jadi aku jadikan pelbagai-bagai alasan walaupun kawan band aku ajak. hati rasa nak berbuka ramai-ramai mestilah ada tapi macam blog aku sebelum ini, aku akan jaga mak aku. kini aku tidak keluar lewat malam. aku sudah dapat kawal keadaan mahu atau tidak. sebab orang kata " apa juga perasaan itu , semua terletak pada diri kita " jadi aku tahu apa yang aku mahu atau tidak, subahat atau tidak subahat, baik atau buruk untuk aku.

bukan untuk menunjuk, tapi ada masanya kita akan terdesar apa baik dan buruknya keluar malam setiap hari. satu lagi ialah bila kita bercakap bersama rakan-rakan, itu tak dapat kita lari sama ada baik atau buruk, dan selalunya buruk yang akan terkeluar. aku akan pastikan aku akan ubahkan cara itu. sebab bagi aku, walaupun buruknya orang itu tetapi ada kebaikannya.

Bangun pagi dengar motvasi pagi amat memberangsangkan minda sebenarnya. jika tidak pada waktu pagi pada tengah lewat malam pukul 12 pun ada usrah ditv 9 ( tanyalah ustaz ), banyak ilmu yang aku dapat bila menonton tanyalah ustaz, daripada aku menonton cerita-cerita yang tak memberikan aku faedah walaupun hanya gelak itu sementara tetapi ilmu daripada rancangan tv9 selama 1 jam tidak silap aku , dapat memberikan aku pengetahuan agama, Dimana buruk dan baik aku pernah lakukkan.

mungkin selama ini aku rasa aku telah membawa jahil terhadap diri aku, bergitu juga dengan rakan-rakan disekeliling aku.bukan aku cuba untuk menjadi ketua diantara mereka, tetapi mereka juga adalah khalifah dimuka bumi allah swt ini. aku tak salahkan rakan-rakan yang selama ini disisi aku, cuma aku salahkan diri aku, kenapa baru sekarang aku tersedar daripada semua ini? adakah antara kawan-kawan aku perasan seperti aku jua perasan? hanya allah swt saja yang tahu.

allah swt sediakan 24 jam untuk aku, 8 jam untuk tidur dan baki yang lainnya ialah bekerja, ada yang masa lainnya hanya bersuka ria. tetapi aku dan rakan aku 24 jam adakah kami bersujud kepadanya? tepat pada waktunya walaupun aku dan rakan aku selalu menepati masa dan waktu? aku rasa tidak. jawapan untuk itu aku tak dapat jawab untuk diri aku.

seminggu aku tak ke terawikh sejak aku sakit dan menjaga mak aku.insya allah, jika hari ini allah swt kuatkan semangat aku, akan aku lakukan. sejak beberapa bulan ini telefon bimbit aku telah menjadi sunyi. aku rasakan senyuman untuk aku, kerana tiada lagi panggilan diwaktu malam untuk keluar kesana-sini.walaupun aku rindukan waktu-waktu seperti itu. aku kena kawal keadaan aku. bukan tak mahu angkat panggilan diwaktu malam. tetapi aku tidur awal. memang sudah menjadi diri aku. aku dan kugiran aku juga sudah berapa lama tidak berlatih bersama-sama. bagi aku jika ada kawan-kawan aku yang terasa dengan tindakan aku ini. bukan niat aku tak mahu jawab telefon tetapi adakalanya aku malas untuk dengar bunyi telefon. jangan paksa orang kalau dia tak mahu dengar apa-apa perkara. sms juga boleh memberi tahu bukan? tetapi jika kalau sms pun aku tak balas, janganlah terasa juga. buatlan jawapan sendiri sama ada ia atau tidak untuk aku. orang selalu kata , kalau dia diam maksudnya dia mahu bukan? tetapi bila didalam situasi macam ini, diam dalam erti sms tidak mahu sebenarnya. jika kalau dia mahu. dia akan jawab panggilan yang tidak dijawab mahukan dia akan balas sms. tiada ertei lainnya sebenarnya jika kalau dia mahu tetapi tiada jalan. apa gunaya jika kalau ada public phone yang kerajaan berikan. tipulah jika kalau semua public phone semua rosak.

sepanjang perjalanan aku sampai ke ramadhan ini, aku rasa banyak yang sakit aku rasakan.walaupun aku diam untuk tidak mahu berikan apa sebabnya. aku mahu belajar fikir akan jalannya.

jika kalau aku mati, tempat yang aku harapkan kat tanah suci mekkah. abaikan cerita aku yang ini.