Friday, October 1, 2010

Episode 65 ( Kembali seperti sedia kala)

Pada malam ini barulah Komputer aku dapat berfungsi dengan elok. Setelah aku beli power suply baru yang berharga 40 ringgit kat digital mall. alhamdulilah semuanya elok seperti dahulu.
Sejak akhir-akhir ini perjalanan aku tertangguh sementara waktu. Pelbagai cabaran yang aku sedang lalui dari segi Kemarahan yang mendalam sebenarnya.

Aku sebenarnya bukanlah orang yang bersifat pemarah mahupun pendendam. Aku lebih bersifat melihat dan meneliti. Tetapi ada orang yang cuba ajak aku bermain api. Lalu Syaitan yang selalu bersama dengan aku ada dekat 10 Telah menghasut aku yang lemah ini. Bila aku marah, aku akan sakit kepala. Bila sakit kepala, aku tak akan terkawal. bila aku tak terkawal, semua akan aku lakukan sehingga syaitan berpuas hati dengan tindakan aku.

Selama aku berada didalam keluarga. Aku lihat pelbagai situasi keluarga aku terkena. Daripada orang dengki dan selebihnya. Tapi kami adik beradik tidak dapat berbuat apa. Cuma kami berserah kepada allah swt. Jika ada jalan pun kami akan berusaha dan tawakal.

Aku bersyukur dengan apa yang aku ada. walaupun aku serba kekurangan, tapi aku bahagia dengan hidup aku. Aku sayang adik beradik aku. Jika aku betul aku tetap juga akan dimarahi, jika aku salah lagi akan dimarahi.

sebab apa kita buat didunia ini ada cara untuk selesai dengan cara matang. jika kita betul tapi cara kita salah, orang akan tetap akan menasihati sebab dari situ ada sedikit kelemahan. Manusia Semua lemah dan kuat. semua adalah sama rata, Cuma akal fikiran saja yang menentukan.

Aku tak mahu menulis panjang lagi sebab aku rasa jika betul aku ada buat salah, datang dan cakap dengan aku. Bersemuka. Jika kalau takut dengan muka aku yang bengis. Hantarkan email kat aku.

Manusia mana yang tak pernah buat salah didunia ini? semua buat salah. cuma kita pandai atau tidak untuk menyelesaikannya. Jika kita serahkan semua kepada allah. apakah kita ini sebenarnya pendek akal? kita berdoa agar allah menemukan jawapan untuk kita semua didunia. memang patut berserah tetapi haruslah ada jawapan.

jika kita betul tapi orang fitnah didunia, tak mengapa. Akhirat akan menentukan. Tak payah risau. Kita mati kerana difitnah pun tak mengapa. sebab diakhirat akan menentukannya.
Orang jahat tak akan terlepas di Dunia Akhirat

No comments:

Post a Comment