Monday, August 23, 2010

Episode 62



Puasa pun telah 2 minggu berlalu. hanya tinggal lagi 2 minggu saja lagi. tiada apa pun persiapan yang aku harus buat, sebab tahun ini, dikampung aku tidak ramai yang ada. jadi let it be. aku baru sembuh daripada batuk kering + sesema yang ditahap X , demam yang pelik huhuhu. tapi aku tak pergi ke klinik pun. sebab tiada siapa yang boleh nak bawa aku. Mak aku tak dibenarkan membawa kereta walaupun dia kata dia mampu, tapi aku adik beradik tidak berani sebab mak aku dah berusia. abang aku pula setiap pagi pergi kerja dengan menaiki LRT, Dan setiap hari dalam pukul 7.30 pagi aku akan hantar dia. walaupun aku sakit macam mana pun aku rasa aku mampu tempuhi. melainkan kalau dah kerja hahaha!! semua orang mesti malaskan.

tetapi aku rasa, aku boleh buat. baju rasa tahun ini ialah warna hitam yang telah ditempah masa kenduri kakak tahun nie. buat masa sekarang ini aku tak mahu keluar berbuka puasa diluar sebab tak ada siapa yang akan jaga mak aku. jadi aku jadikan pelbagai-bagai alasan walaupun kawan band aku ajak. hati rasa nak berbuka ramai-ramai mestilah ada tapi macam blog aku sebelum ini, aku akan jaga mak aku. kini aku tidak keluar lewat malam. aku sudah dapat kawal keadaan mahu atau tidak. sebab orang kata " apa juga perasaan itu , semua terletak pada diri kita " jadi aku tahu apa yang aku mahu atau tidak, subahat atau tidak subahat, baik atau buruk untuk aku.

bukan untuk menunjuk, tapi ada masanya kita akan terdesar apa baik dan buruknya keluar malam setiap hari. satu lagi ialah bila kita bercakap bersama rakan-rakan, itu tak dapat kita lari sama ada baik atau buruk, dan selalunya buruk yang akan terkeluar. aku akan pastikan aku akan ubahkan cara itu. sebab bagi aku, walaupun buruknya orang itu tetapi ada kebaikannya.

Bangun pagi dengar motvasi pagi amat memberangsangkan minda sebenarnya. jika tidak pada waktu pagi pada tengah lewat malam pukul 12 pun ada usrah ditv 9 ( tanyalah ustaz ), banyak ilmu yang aku dapat bila menonton tanyalah ustaz, daripada aku menonton cerita-cerita yang tak memberikan aku faedah walaupun hanya gelak itu sementara tetapi ilmu daripada rancangan tv9 selama 1 jam tidak silap aku , dapat memberikan aku pengetahuan agama, Dimana buruk dan baik aku pernah lakukkan.

mungkin selama ini aku rasa aku telah membawa jahil terhadap diri aku, bergitu juga dengan rakan-rakan disekeliling aku.bukan aku cuba untuk menjadi ketua diantara mereka, tetapi mereka juga adalah khalifah dimuka bumi allah swt ini. aku tak salahkan rakan-rakan yang selama ini disisi aku, cuma aku salahkan diri aku, kenapa baru sekarang aku tersedar daripada semua ini? adakah antara kawan-kawan aku perasan seperti aku jua perasan? hanya allah swt saja yang tahu.

allah swt sediakan 24 jam untuk aku, 8 jam untuk tidur dan baki yang lainnya ialah bekerja, ada yang masa lainnya hanya bersuka ria. tetapi aku dan rakan aku 24 jam adakah kami bersujud kepadanya? tepat pada waktunya walaupun aku dan rakan aku selalu menepati masa dan waktu? aku rasa tidak. jawapan untuk itu aku tak dapat jawab untuk diri aku.

seminggu aku tak ke terawikh sejak aku sakit dan menjaga mak aku.insya allah, jika hari ini allah swt kuatkan semangat aku, akan aku lakukan. sejak beberapa bulan ini telefon bimbit aku telah menjadi sunyi. aku rasakan senyuman untuk aku, kerana tiada lagi panggilan diwaktu malam untuk keluar kesana-sini.walaupun aku rindukan waktu-waktu seperti itu. aku kena kawal keadaan aku. bukan tak mahu angkat panggilan diwaktu malam. tetapi aku tidur awal. memang sudah menjadi diri aku. aku dan kugiran aku juga sudah berapa lama tidak berlatih bersama-sama. bagi aku jika ada kawan-kawan aku yang terasa dengan tindakan aku ini. bukan niat aku tak mahu jawab telefon tetapi adakalanya aku malas untuk dengar bunyi telefon. jangan paksa orang kalau dia tak mahu dengar apa-apa perkara. sms juga boleh memberi tahu bukan? tetapi jika kalau sms pun aku tak balas, janganlah terasa juga. buatlan jawapan sendiri sama ada ia atau tidak untuk aku. orang selalu kata , kalau dia diam maksudnya dia mahu bukan? tetapi bila didalam situasi macam ini, diam dalam erti sms tidak mahu sebenarnya. jika kalau dia mahu. dia akan jawab panggilan yang tidak dijawab mahukan dia akan balas sms. tiada ertei lainnya sebenarnya jika kalau dia mahu tetapi tiada jalan. apa gunaya jika kalau ada public phone yang kerajaan berikan. tipulah jika kalau semua public phone semua rosak.

sepanjang perjalanan aku sampai ke ramadhan ini, aku rasa banyak yang sakit aku rasakan.walaupun aku diam untuk tidak mahu berikan apa sebabnya. aku mahu belajar fikir akan jalannya.

jika kalau aku mati, tempat yang aku harapkan kat tanah suci mekkah. abaikan cerita aku yang ini.

No comments:

Post a Comment