Monday, September 5, 2011

Episode 240 ( Dari pandangan aku )

Assalammualaikum wbt


Teringat aku kembali, kisah nabi dan perempuan habsyah menari didalam masjid. Aku tahu cerita nie melalui sebuah rancangan arab Iaitu " andai rasulullah saw masih ada " .

Dahulunya, pemikiran aku tentang masjid ialah, apabila masuk ke masjid haruslah diam, tidak boleh buat kecoh, tidak boleh bernyanyi dan menari, yang hanya boleh buat ialah solat , berzikir dan beribadah sahaja. Namun pemikiran aku selama ini salah sebenarnya.

Namun dengan usia aku 24 tahun seperti ini, banyak kisah rasulullah saw yang aku tidak tahu sebenarnya. Seperti kata orang tua " belajarlah selagi mampu " , dan tidak silap aku, Belajar agama tidak pernah habis untuk diketahui dan mendalami sehingga kita mati.

Terima kasih kepada rancangan tersebut kerana selama ini, pernah aku tertanya-tanya apa kegunaan masjid. Walaupun aku tahu kisah rasulullah saw dan sahabat-sahabatnya, tetapi kisah ini belum pernah aku dengar lagi ditelinga aku. Satu lagi yang aku tahu kegunaan masjid dizaman rasulullah saw ialah, menyampaikan sesuatu cerita, masjid dijadikan seperti pejabat untuk mentadbir, tempat beribadah, berdakwah, dan apa yang kita tahu. kalau ada yang tak tahu boleh cari lagi maklumat tentang kegunaan masjid dan perbezaan masjid dizaman rasulullah saw dan masjid sekarang.

Dari rancangan itu, dia mengatakan seperti ini ( atas dasar fahaman aku sebab rancangan tu dah beberapa minggu berlalu jadi aku tulis apa yang aku ingat, dan harap kalau aku salah tolong betulkan )

"suatu hari , rasulullah saw dan aisyah datang ke masjid, lalu mereka terlihat sekumpulan perempuan habsyah menari lalu, rasulullah saw bertanya kepada aisyah " apakah kamu mahu melihatnya? " aisyah berkata " mahu " , lalu Aisyah meletakan kepalanya dibahu rasulullah saw. Lalu rasulullah saw tanya kepada aisyah "apakah kamu sudah menghiburkan hati kamu wahai aisyah? " jawab aisyah " belum lagi wahai rasulullah saw " . Rasulullah saw tanya sebanyak 3 kali kepada aisyah.... Lalu datang Umar al-khatab , lalu Umar baling batu kepada perempuan habsyah yang sedang menari itu. Umar berkata " disini adalah tempat beribadah, bukan tempat untuk berhibur " lalu rasulullah saw menghampiri umar , Rasulullah saw berkata kepada umar " wahai umar, mengapa engkau baling batu kepada mereka ? . Umar berkata " wahai rasulullah saw, mereka sedang menari didalam rumah allah swt wahai rasulullah saw. lalu Rasulullah saw jawab kepada umar al-khatab " Islam bukan agama yang menyusahkan,tetapi menyenangkan, agar yahudi tahu bahwa dalam agama kita (islam) ada keluasan. sesungguh aku diutuskan dengan agama yang lurus lagi mudah?. Lalu umar al-khatab menyedar akan kesilapannya. Lalu meminta maaf kepada perempuan habsyah tersebut.


bergitulah cerita yang aku tahu dan masih ingat apa yang disampaikan oleh rancangan tersebut, ya aku lihat masa tu di saluran tv al-hijrah, setiap 5.30 pagi masa bulan ramadhan. Lepas makan aku tonton, banyak sirah nabi , sunnah nabi yang aku tidak tahu menjadi tahu.


Tetapi ada juga aku dapat beberapa artikal mengenai cerita ini.............


Ulama syafie berpendapat asal kepada hukum menari adalah harus. Ini adalah berdasarkan hadis berikut yang diriwayat oleh Aisyah:“Orang-orang habsyah datang menari pada hari raya di Masjid. Aku pun mengajak baginda saw melihatnya bersama. Aku meletakkan kepala di bahunya sambil melihat permainan mereka sehingga aku berpaling dari melihat mereka.” (Hr Muslim – sahih)

petikan dari laman : http://www.loveloveislam.com/2010/08/hukum-wanita-menari-di-khalayak-ramai.html


Banyak lagi mengenai kisah pasal nie, dan ramai yang samakan kisah nie dengan kisah poco-poco. dari pandangan aku dan aku baca sebuah artikal pasal poco-poco, langkah-langkah cara dia menari, seperti langkah-langkah salib? Seperti sebuah petikan ini berkata


"sebenarnya tarian poco-poco ini berasal dari filipina dan bukan dari indonnesia.Ia ditarikan oleh masyarakat yang beragama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka. Dan lihat cara bagaimana pergerakan mereka yang membentuk salib "

Apa-apa pun rujuk balik kefahaman kita tentang agama kita, apa yang rasulullah saw telah ajar kepada kita dan apa yang rasulullah saw kata dan kelakuan rasulullah saw.

Ada orang kata kalau gitu, taichi , karate tak boleh lah.... jangan tertutup sangat tentang perkara seperti ini. Itu pasal ahli ulama suruh kita faham dan ikut apa yang rasulullah saw telah ajar kepada kita, apa yang allah swt turunkan kepada nabi kita. Rasulullah saw pun suka bersukan, seperti mana kita tahu rasulullah saw suka berlumba lari dengan isterinya aisyah dan pernah bergusti. zaman dahulu tiada cara-cara karate, silat, apa lagi? to moi dan sebagainya, dahulu yang ada gusti, gusti bukan seperti gusti macam WWF, gusti macam olimpik kot... aku pun tak pasti., seperti aku katakan, aku tahu daripada orang kata dan kalau aku salah tolong betulkan.

Balik kepada bicara awal aku. Jadi janganlah guna masjid sebagai kegunaan terhad. Pada zaman sekarang, masjid tidak hidup seperti zaman rasulullah saw. Tidak semegah dizaman rasulullah saw. Jangan kata arus permodenan, bukan sebenarnya, sebenarnya dimana pemahaman kamu tentang islam sendiri. Orang kafi takut kalau kita umat islam Selalu menghadiri masjid dan ada saja amalan-amalan yang dibuat oleh masjid. Jadi fikirlah.

Aku rasa, andai rasulullah saw masih ada, pasti ada kelab-kelab perkemahan, kelab-kelab hijrah kenderaan permotoran? dan lain-lain lagi, agar masjid tidak sepi ... aku cakap apa aku faham tentang kegunaan masjid. kalau aku salah betulkan.

Akhir kata aku, insya allah , aku akan cuba hidupkan masjid seperti dahulu, siapa pernah tengok cerita para pencari tuhan ( cerita dari indonnesia ) . ya ada serba sedikit cara itu juga telah menghidupkan masjid.

Wallahualam ....

No comments:

Post a Comment