Assalammualaikum wbt
Pada hari rabu 7.9.11 , sedara aku , telah meninggal dunia, akibat kemalangan jalan raya. Dia cuba mengelak kenderaannya melanggar lori, tetapi dia terlanggar dinding jalan raya. Usianya baru 19 tahun pada tahun nie. Membuatkan aku terfikir kematian. tahun nie opah aku ( bapak aku punya ibu ) meninggal, kini sedara aku.
Memang benar ajal dan maut itu tidak mengenal usia dan dimana sahaja. Oleh itu, perkara ini sekali lagi aku termenung jauh sambil berdoa kepada allah swt, agar lindungi aku dan ampunkan dosa-dosa aku dan keturunan aku dan saudara mara aku.
Kematian itu wajib, dan bila mati, persoalan daripada malaikat akan bertanya kepada kita. oleh itu, paling aku takut sekali apabila kematian menghampiri aku. aku tidak tahu cara aku mati.
Orang kata tak elok berfikir cara mati , bila mati. tetapi sebenarnya cara itu mendekatkan kita dengan allah swt, sambil berdoa dan menginsafkan diri tentang kematian.
kita nie bukanlah nabi dan rasul yang memang akan dapat syurga allah swt. kita ini hambanya, yang harus berusaha mencari keredhaan allah swt.
Hmmmmmm...aku menangis air mata, kerana aku takut akan azab allah swt, aku takut persoalannya jika aku tidak mampu jawab. sedara aku meninggal diusia 19 tahun, muda lagi dan aku 24 tahun. apakah umur membezakan segala amalan dan keredhaan allah swt?
oleh itu gunalah masa sebaikannya untuk allah swt . aku nasihat untuk diri aku sambil menasihatkan kepada diri aku sendiri.
"al-fatihah untuk sedara aku....yang diusia 19 tahun , allah swt telah memanggil dia kembali "
No comments:
Post a Comment