Assalammualaikum wbt
Pertama kali, Alhamdulillah dan syukur kepada allah swt. Kerana Allah swt telah panjangkan hidup aku sehingga aku dipertemukan bulan ramadhan kali yang ke 25 tahun. Dan kali ini aku tak mahu terlepas dengan beribadat dengan bersungguh-sungguh. Kerana Disaat ini allah swt akan mengampunkan segala dosa-dosa hamba-hambanya, dan segala perbuatan jahat kita tidak akan dicatit selama dibulan ramadhan ini. Tetapi janganlah kita melakukan kejahatan walaupun bulan ini tidak tercatit setiap perkara yang jahat kita lakukan, sebab allah swt tetap akan tahu juga =)) dan bulan ini sesiapa yang melakukan perkara yang baik, perbuatan itu akan diambil kira. Bertuahnya dibulan ramadhan ini.
Dibulan ini kata orang tiada syaitan,iblis dan jin. Jika bergitu, saat berginilah kita patut perbaiki diri kita yang selama ini telah melakukan perkara-perkara yang mendekatkan dosa , maksiat dan lain-lain. Dan dibulan ini juga banyakkan bersabar dan sujud kepada allah swt.
Ya allah, jika tahun yang sesudahnya aku tergelincir, aku harap tahun ini tiada urusan yang membuatkan aku tergelincir. Alhamdulillah, selepas 4 rakaat tadi, ustaz dimasjid memberi tazkirah yang bagus. Apa katanya benar.
Katanya " disaat ini barulah kita ingin mengenal antara satu sama lain, kerana diwaktu-waktu lain semua sibuk dengan urusan dunia sehingga ada yang melupakan perkara yang sepatutnya, tetapi janganlah ambil peluang diwaktu-waktu ini sahaja. tunaikan diwaktu-waktu lain juga " ya aku faham dengan maksud-maksudnya.
Masjid hanya akan dipenuhi dengan tibanya bulan ramadhan ( itu pun hari pertama dan 3-4 sahaja ) di bulan Syawal ( solat hari raya ) , hari raya haji , Solat jumaat , dan yang berkaitan dengan sesuatu perkara yang memberi faedah cuti kepada setiap orang. Dan tidak seperti solat-solat 5 hari yang biasa.
Kenangan aku bersama ramadhan tak akan pernah lupa =))) sebab bulan ramadhan ini adalah bulan yang menguji kesabaran dan tahap nafsu kita ditahap mana =))).
Kenangan aku bersama ramadhan tak akan pernah lupa =))) sebab bulan ramadhan ini adalah bulan yang menguji kesabaran dan tahap nafsu kita ditahap mana =))).
Cerita disaat bersama kawan :
Setiap kali ramadhan, kawan-kawan mesti akan ajak berbuka diluar bukan ? =) . kali pertama aku berbuka puasa luar bersama kawan-kawan aku ketika aku lepas habis SPM . Itulah saat-saat pertemuan yang aku rasa, bermesra seperti disaat sekolah, selepas itu langsung tiada jawapan dan sebagainya. Tetapi alhamdulillah , ada juga 2 4 5 kerat kawan aku yang waktu itu tidak lupa kepada aku dan aku pun tidak lupa kepada mereka.
Jika dahulunya bulan Ramadhan aku banyak menghabiskan masa bersama mereka, tetapi kali ini aku menghabiskan masa dengan keseorangan diri. Bila aku melihat ramadhan aku yang lepas-lepas, banyak aku berhibur tanpa melakukan ibadah kepada allah swt. Ada waktunya aku pergi ke karoke , walhal orang sedang bertarawikh dimasjid, ada masa aku keluar dengan kawan dari 9 malam ke 4 pagi. Ya , aku dapat melihat kerugian aku diwaktu itu.
aku bukan menuduh mereka sebagai punca, tetapi aku menuduh diwaktu itu kami semua tidak pernah terfikir akhirat sebenarnya. Menginsafi akhirat hanya untuk 10 minit sahaja, kemudian huha huha huha balik. Terkutuknya iman aku waktu itu. Akan tetapi tak mengapa, itu zaman jahiliyah aku, zaman aku yang tak menghayati agama sesungguhnya.
Ya, Bila aku diwaktu kerja dahulu, Zaman nak beli juadah berbuka adalah masa yang aku gemari =)) . diwaktu itu , aku rasakan gembira , gembira sebab aku waktu itu tengah usha seorang perempuan, ya , setiap kali rehat , aku dia dan lain pasti akan ke pasar ramadhan bersama-sama. Tidak aku lupa seorang Sahabat aku yang rupanya gempal seperti aku. Pada hari itu, dia telah menghabiskan 40-50 ringgit untuk juadah berbukanya. Tetapi dengan makanan yang banyak itu, kami berkongsi-kongsi bila tiba waktunya berbuka. Jawab panggilan daripada pelangan, sehingga pelangan bising sebab kami cakap sambil makan sedangkan makanan mereka tidak sampai lagi =)) .
Aku teringat diwaktu aku kerja, aku jawab seorang pangilan dari makcik nie, dia maki hamun aku dibulan puasa, dan aku terus berkata " mak cik , ini bulan puasa, tak elok cakap macam tu, nanti kurang pahala, dan boleh menjadi batal puasa kalau terlajak kata sesuatu " eheheheh makcik tu angin dengan aku, jadi aku terus letak telefon dia. Ya pengalaman aku berkerja diwaktu ramadhan banyak aku tahu dimana, kebanyakan mereka yang telefon itu adalah daripada orang islam kita sendiri, Ada lelaki yang menyamar suara perempuan dan ada juga perempuan dan ada juga kanak-kanak =)) . Faham-faham sahaja lah kan =)))...
ya , aku juga pernah bersedih dibulan puasa juga, dimana awek yang aku usha itu telah dilamar oleh orang lain. diwaktu itu, aku hanya ada kawan aku. 2 orang kawan aku disaat itu membantu aku. terima kasih aku ucapkan kepada mereka, kerana membantu aku diwaktu itu. walaupun disaat itu aku langsung tak pernah terfikir kepada allah swt dan fikirkan orang lain. Ya darah muda dan bodoh disaat itu nampak terserlah dibulan ramadhan yang mulia itu hahahahhahahaha!!! lawak benor kisah aku pada waktu itu heheheh !!!
Dizaman kuliah aku atau bahasa orang putihnya zaman kolej. Aku lakukan tarawikh hanya sekali sahaja. Aku banyak habiskan masa aku pada waktu itu dengan bermain guitar, lepak dengan kawan-kawan, baca buku dan lepak kedai makan.
Paling aku tak akan lupa dimana lagi 2 minit nak azan, kawan aku 3 orang gegas makan, sampai tercekik-cekik waktu tu. nasib baiklah tak mati tercekik. hahah !!! . ya diwaktu itu, teringat kawan aku , aku selalu memesan kat dia nasi itik . rupanya macam nasi ayam tetapi ayam ditukar kepada itik. ya ampun, mahal fikirkan balik. sebungkus RM 5 ringgit . sehari perbelanjaan aku waktu tu, ada dekat dalam Rm 10 ringgit sehari untuk bulan ramadhan, tetapi tak adalah sampai Rm 10 ringgit , ada lebih, untuk sahur =)) .
Dan diwaktu rumah sewa kuliah aku, aku dan kawan-kawan pasang panjut =)) ada waktu itu, salah satu panjut rumah aku terbakor, dan disaat itu kami kebosanan, sabut kelapa menjadi permainan kami. fikir-fikirkan balik indahnya disaat itu, berjauhan dengan mak aku dan keluarga aku. Paling aku cuak sekali apabila ticket untuk pulang ke kuala lumpur, kawan aku cakap ticket dah habis. Waktu itu aku ingat dia main-main, rupanya benar. saat itu, hanya allah swt saja tahu kekecewaan aku. Kakak aku dah gelak besar, dia kata tahun nie raya seorang diri kat pahang. Aku ingat nak beli ticket terus ke kampung aku, tengok-tengok tak ada. tetapi alhamdulillah, disaat lagi 7 hari menjelang raya, aku dapat ticket bus untuk ke kuala lumpur. tetapi aku terpaksa ponteng kelas, sebab tarikh-tarikh yang lambat semua dah habis.
Alhamdulillah perjalanan aku selamat.
Paling menarik waktu aku ialah waktu bersahur bersama rakan-rakan 7 ke 8 orang. diwaktu itu seorang kawan aku belanja kami bersahur, waktu itu dia belanja kami sahur dengan makanan yang enak-enak. terima kasih dan aku bersyukur kepada allah swt kerana ada kawan sepertinya. tetapi tak naklah aku kawan dengan dia semata-mata rapat dengan kerana dia belanja dan macam-macam lagi. Dia kata " makan lah sampai muntah-muntah " dan akhirnya, aku pun makan sampailah termuntah. aku termuntah sipi sipi waktu imsyak. lepas mutah mesti rasa air banyak keluar, jadi aku pesan air sahaja. Lepas bersahur dan dah tamat waktunya. aku dan kawan-kawan buat kerja gila, kami cari jamming studio. selama 2 jam kami jamming bersama. Bila habis, semua rasa haus dan menyesal hahahahah !!
Disaat bersama keluarga :
Setiap kali ramadhan, mak kita semua akan bersibuk disetiap penjuru rumah, tetapi paling sibuk sekali ialah didapur =))) . kuih muih banyak nak disediakan. walhal orang yang datang rumah tak seperti yang dijangka =)) , melainkan kalau buat rumah terbuka. Aku didik oleh mak aku sebenarnya kes masak-masak nie, waktu itu mak aku menyuruh aku tolong-tolongnya didapur. Ada masa kakak aku, ada masa abang aku.
Sekarang, kakak aku telah melanjutkan pelajarannya di jepun, kini aku tiada berteman untuk ke pasar ramadhan mahupun membeli belah. aku ingat kali terakhir aku , kakak aku dan abang aku yang kedua. kami membeli belah di pusat bandar raya kuala lumpur. mak aku tinggal dirumah sebab tak larat. Disaat itu aku bersama mereka bergelak ketawa bersama-sama, cerita bersama-sama, tolong memilih antara satu lain sama-sama. tetapi kini tinggal aku dan abang aku.
Kakak aku tiada , memberi sedikit kesan kepada aku, kesan dimana, apa kalau jika dia tiada? sedangkan aku hanya ada seorang kakak? masa dia ada, dia yang menjaga mak aku, wal hal aku boleh keluar berhibur siang dan malam bersama kawan-kawan. Kini aku pula yang mengambil alih sepenuh masa.
Aku kesian, bila melihat mak aku berbuka puasa seorang diri, walhal dia kata tidak mengapa. apakah tak apa sebenarnya ? nabi sudah menyuruh berbakti kepada ibu bapa, bergitu juga kepada allah swt. Dan nabi pun berkata, tidak elok jika kalau makan berseorang diri bukan ? ya , walaupun aku tahu tiada setan dibulan puasa, akan tetapi tidak eloknya juga jawapannya bukan?
Jadi aku lebih rela berbuka puasa bersama orang aku tersayang jika kalau tiada sesiapa menemani mereka diwaktu itu. Tahun nie, aku yang membuat kuih raya aku sendiri. harap rasanya seperti air tangan kakak aku dan mak aku. Hidup aku banyak habiskan masa bersama keluar belah mak aku. Belah bapak aku, hmmmmmmmm entahlah.
Alhamdulillah, belah mak aku. masih mengeratkan silaturahim antara kami, tetapi apa-apa pun biasalah dalam keluarga , ada yang kena dan tak kena bukan ? apa-apa pun bila diakhir-akhir puasa, adik beradik mak aku, pulang ke kampung, raikan puasa bersama opah aku. Ya ampun, opah aku ada 9 orang anak dan 30+ cucu. bila waktu sahur, aku terasa macam dibangunkan untuk makan, aku terasa seperti di asrama penuh =))))) yelah, bersahur ramai-ramai =)).
Dan selepas itu yang paling kurang enak untuk dicerita kalau seterusnya =)) faham kan sendiri sahaja. Apa-apa pun juadah berbuka pula, semua sangat menyelerakan sehingga syukur apa yang ada.
Tetapi aku ingatkan Ramadhan tahun ini, sempatlah untuk aku membuat lemang aku sendiri, ternyata allah swt seperti tidak mengizinkan aku lagi, kerana tahun in aku dikurnakan anak buah yang kedua =)))))))))))))))))))).. kakak ipar aku sedang mengandung anak yang kedua. tahniah kepada abang aku kerana anak yang kedua dan aku bersyukur kerana dia lahir di bulan ini =)))). aku pun tak tahu sama ada dapat melihat wajahnya atau tidak, mana tahu 2 3 hari nanti aku mati dipanggil oleh allah swt.
ya, inilah cerita ramadhan aku yang lepas. sebenarnya panjang lagi tetapi cukup dengan apa yang ada ini =))) . aku bersyukur dan bertuah kepada aku diberi peluang sekali lagi dibulan mulia SEPANJANG TAHUN =)))))) .....
Kepada kawan-kawan , rakan-rakan yang yang terbaca nie, aku ucapkan selamat menyambut puasa. harap kita dapat teguhkan iman,akidah,akhlak,hati,dada,rohani dan jasmani kita kepada allah swt dengan sempurna =)).. amin
No comments:
Post a Comment