Tuesday, August 2, 2011

Episode 236 ( Dan aku berkata kepadanya )

Assalammualaikum wbt

Aku bukanlah manusia yang pandang kejayaan bila aku tak berhubung dengan orang, bagi aku aku tidak akan memandang kejayaan seseorang itu melainkan kejayaannya didalam agama. Kalau aku pandang orang tu kerana kejayaannya didunia sedangkan dia tidak celik tentang agamanya, tidak tahu hukum-hukum agamanya, bahkan dia tidak tahu menjaga akidah, akhlak dan ilmunya. buat apa untuk aku mendampingi orang seperti itu ?

ya memang benar, sepatutnya aku juga membimbing mereka kejalan yang benar, akan tetapi aku sendiri pun tidak merasai aku sudah mempunyai ilmu yang mencukupi, walhal anak-anak muda yang seusia seperti aku jarang sekali mahu membukak telinga dan membenarkan hati-hati mereka lebih rapat lagi dengan agama sendiri.

Aku mengaku kesalahan aku, tetapi aku bertanyakan kembali. apakah kamu sedar kesalahan kamu semasa didunia ini sekarang? apa 10 saat yang lepas kamu lihat? berfikir? termenung ? apa 2 tahun lepas yang kamu telah buat dan sebagainya ? itu persoalan aku. apakah kita semua ini mendidik hati masing-masing ke jalan yang benar ?

percayalah apa aku katakan ini, kita hanya riak dan takbur dimasa dahulu. Kita datang ke masjidnya hanya untuk solat kepadanya, sujud sahaja. selepas itu, pelbagai-bagai aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah kita lakukan.

Aku lepaskan semua sebab aku telah sedar kesilapan aku, aku sedar dimana puncanya. apakah aku mahu lakukan sekali lagi? sedangkan tahu di mana puncanya ? kawan-kawan adalah soal utama kita semua berubah yang baik ke nakal lalu jahat. sedar atau tidak, hidup kita ini cepat terpengaruh. Mungkin yang berat kita tak mampu, tetapi yang kecil kita mampu. bergitu juga dengan dosa. yang besar kita tidak mampu, tetapi yang kecil kita mampu melakukan.

Sedarlah kita nie sebenarnya adalah barang pinjaman dari allah swt. sekali lagi aku cakap, memang aku salah, tetapi inilah cara terbaik aku untuk menyekat sementara waktu antara aku dengan kau dan lain. Aku tak mahu perkara lama berulang, Dan tak akan aku hampir dengan kau walaupun allah swt mengkurniakan kekayaan kepada kau, tetapi aku akan sendiri hampir dengan kau, bila aku dapat tahu bahwa kau tahu sesuatu yang aku tidak tahu tentang agama, aku akan hampir dengan kau setelah aku melihat dan mendengar sahabat-sahabat yang lain mengatakan kau sudah tidak seperti dahulu.

Aku tak kisah sedikit pun jika kalau kau berkata aku ini adalah manusia yang beremosi lebih =)) . biarlah saat sekarang ini, aku beremosi kerana allah swt dan aku emosi kerana aku takut kepada larangannya. jika dahulu aku beremosi kerana perempuan , kali ini emosi aku adalah agama aku. Apakah kau emosi juga tentang agama kau juga? harapnya bergitulah =))

Aku memang telah memaafkan setiap kesalahan kamu terhadap aku, tetapi janganlah kamu lupa kesalahan kamu terhadap allah swt. sedarkanlah diri kita sikit kepada allah swt. apakah kita mahu menjadi manusia yang berguna dan baik diakhirat kelak ?

Aku belajar sikit demi sedikit ciri-ciri keperibadian kau. aku serapkan didalam diri aku, aku tahu kau utamakan keluarga kau dahulu. walaupun dahulunya sering kali perbuatan kau itu membuatkan aku terasa muak dengan kau. akan tetapi bila aku ketahui cara kau itu adalah mulia disisi allah dan nabi kita, aku terasa aku adalah orang yang tidak berguna kepada keluarga aku. sedar atau tidak disitu kau telah membuatkan sedikit pengajaran kepada aku?. terima kasih aku ucapkan.

Ya , tetapi kemungkaran dan kemaksiatan didalam persahabatan kita, tidak pernah terputus-putus dengan perkara itu. Aku tahu aku mampu memberi nasihat, tetapi apakah kau dan lain akan menghormati aku dan juga membimbing aku kejalan yang lurus dan benar? jika engkau dapat mengatakan " aku akan bimbing kau juga dengan nasihat " maka aku tidak akan risau seperti aku risaukan disaat sekarang.

Tak ada niat aku untuk putuskan persahabatan yang telah terjalin ini, janganlah kerana aku buang kau dari facebook kau terasa aku telah buang kau dari hidup aku.....

tidak sesama sekali....

aku buang sebab aku takut, aku takut aku akan terjebak kembali sifat lama aku, dan aku takut aku tak mampu lakukan apa yang aku tahu tentang agama kita sendiri. biarlah aku memperbetulkan diri aku kembali yang aku rasa tersesat terlalu lama.

Jangan risau dan sedih, suatu hari nanti allah swt akan tunjuk kan kau jalan yang benar dan lurus =)) , setiap hari aku doakan yang terbaik untuk kawan,rakan,teman dan sahabat aku yang tidak pernah berputus asa terhadap aku. terima kasih atas jasa baik selama ini.....

aku nak inginkan syurga, walaupun aku tahu aku tak membimbing kau dan lain, tetapi biarlah aku membimbing keluarga aku dahulu. aku takut, aku salah membimbing sahabat-sahabat yang lain walhal aku tidak membimbing keluarga aku dahulu. kita semua ada keluarga bukan =) jadi bimbinglah mereka dahulu , kemudian jika rasa mampu membimbing sahabat-sahabat yang dekat, bimbinglah mereka, dan jika kau rasa nasihat aku ini tidak berguna untuk kau tak mengapalah, tetapi aku harap apa yang kau benci sangat kepada aku jangan kau pula yang akan terjadi seperti aku =).

Apa-apa pun allah swt berikan kita semua sifat emosi yang berlainan, tetapi arah jalan tuju tetap sama bila akhir masanya nanti....oleh itu, ini adalah akhir kata aku daripada kau. Aku tak akan pandang harta kau walaupun kau kaya semana pun , tetapi aku pandang dari segi agama kau, agama yang aku rasa dapat membimbing, nasihat aku dalam agama dan mendidik aku menjadi seorang sahabat yang lebih hebat daripada abu bakar as siddiq dan lain.

Walaupun aku tahu kau tak mampu sahut cabaran aku, tetapi aku tetap doakan yang terbaik =)) . aku harap kejayaan kau semua itu datang dari allah swt =) . bila kejayaan yang kau capai, ingatlah , kejayaan itu semua datang daripada allah swt. sujud syujurlah kepadanya =))

No comments:

Post a Comment