Assalammualaikum wbt
Jika dahulu aku pernah mencari apakah hukumnya dan dosanya? walaupun aku sudah ketahui jawapannya, tetapi aku tetap ingin bercerita dan memberi tahu apa yang aku tahu . Apa yang aku tahu ialah haram , bagi seorang perempuan bernyanyi. Sebab suara mereka adalah aurat, dan apa saja yang melodi mereka keluarkan untuk bernyanyi adalah berdosa. itu yang aku tahu dan faham .
Adik sedara aku pernah berkata " kalau perempuan tak boleh bernyanyi, jadi nyasid kalau dinyanyikan oleh perempuan juga adalah berdosalah eh? kenapa tak ada siapa nak halang ? " ya persoalan yang bagus. Pertama sekali aku katakan, faham undang-undang agama. tak salah kalau mereka nak bernyanyi. tetapi biarlah suara mereka untuk ahli keluarga mereka, iaitu muhrim untuk mereka, pasal soal nyasid pula, siapa yang nak halang mereka? sedangkan setiap apa yang bangkitkan tentang hukum-hukum, semua tidak suka =) . jadi tahulah sebab apa sebenarnya =).
Apatah lagi perempuan bermain guitar =) . ada orang kata, saja-saja, tetapi apakah disebalik saja-saja itu ada hati untuk menunjuk didepan orang ramai? niat tidak salah, tetapi biarlah niat itu tunjukkan kepada muhrim sahaja =).
Seperti aku, dahulu aku pernah mengubah lagu. ya lagu cinta kepada si bidadari dunia, lagu kecewa, lagu kegembiraan dan sebagainya. tetapi pada waktu itu sedikit pun aku tak pernah berfikir apakah dosa sebenarnya. Aku selalu berfikir aku buat lagu untuk buat orang gembira dan suka. Ternyata bila aku tahu sebenarnya, cara aku ada berdosa.
Apa yang aku takut selama ini, yang aku akur selama ini, menjadi satu dosa kepada aku. kerana aku lupa kepadanya. walaupun aku tidak tahu apa dosanya diawal pertama aku membuat lagu, disaat-saat terakhirnya, otak dan hati aku bertanya kepada aku setelah aku rasa terlalu lama sesat dengan diri aku.
alhamdulillah, aku temui jawapan. dan aku tahu bertapa jahilnya aku dan bodohnya aku, kerana dirumah aku, abang aku telah hadiahkan kepada aku tafsiran al-quran, tetapi aku hanya baca sampai surah al-baqarah sahaja. sedangkan aku tidak ambil tahu tentang hadis-hadis yang telah ada, bergitu bodohnya aku dengan agama aku sendiri. Ya aku mengaku kesilapan aku, dan aku harap yang diluar sana yang mencari apakah hukum dan dosanya membuat lagu dan muzik, aku harap gunakanlah kesempatan yang ada bertanya kepada orang-orang yang pandai agama dan pandai hukum-hukumnya.
Dan ini adalah salah satu video yang aku ingin kongsi bersama............
No comments:
Post a Comment