Setiap hari aku berdoa kepadanya,
agar aku dilindungi dan dirahmati olehnya,
setiap hari aku sujud kepadanya,
kerana aku ingin menjadi hambanya yang taat kepadanya.
Dia menjadikan aku khalifah dibumi ini,
menjadikan sebagai seorang pemimpin yang bakal aku memimpin,
akan tetapi apakah aku layak untuk meminpin mereka?
sedangkan aku tidak tahu sama ada aku ini layak untuk bercinta sesama hambamu?
sesungguhnya aku masih tidak layak lagi untuk menerima semua ini,
sedangkan aku mencari kecintaan aku bersama allah swt dan muhammad saw.
jika yang lalu aku mencari cinta kepada hambanya,
kini aku belajar mencari cinta kepada tuannya,
bila aku berjaya menawan cinta tuannya,
insya allah aku akan berjaya dirahmati oleh tuannya.
akan tetapi aku masih tidak layak lagi,
kerna perjalanan aku jauh,
dan aku harap jauhnya itu ada kesudahan yang aku inginkan,
apakah aku layak untuk mendiami syurganya?
dan layak untuk aku bersama bidadari-bidadari syurganya?
seperti aku terangkan,
apakah aku tuannya akan membalas cinta aku ini?
ya, aku takut jika cinta aku kepadanya tidak berbalas,
walaupun aku tahu,
dia maha pencinta,
maha mengetahui,
maha adil,
maha kasih,
dan maha segalanya.
akan tetapi aku tetap takut jika aku masih tidak layak untuknya,
sedangkan dosa-dosa aku setiap waktu terkumpul,
dan aku berharap taubat aku diterimanya,
namun aku takut juga taubat aku tidak diterimanya,
walaupun dia maha pengampun.
aku tahu,
aku tidak layak untuk menerima beberapa perkara,
tetapi ada perkara yang aku layak diterima,
dan aku layak diterima sebagai hambanya yang telah dia restu untuk lahir didunia ciptaannya,
jika dia tidak merestui,
bagaimana aku masih boleh hidup dan bernafas sehingga sekarang?
alhamdulillah dan bersyukur aku kepadanya.
Dahulu aku pernah menangis kepada hambanya,
tetapi sekali pun aku tidak pernah menangis kepada tuannya,
bila hati dan dada aku bersatu,
aku berasa aku telah menangis kepada bukan yang sepatutnya.
tuannya bernama allah swt,
dan hambanya ialah manusia seperti kita,
kita yang dia cipta dan kita juga yang dia akan menamatkan
ada masanya aku tidak mengerti juga,
namum aku belajar daripada keindahan alamnya,
aku belajar kitab-kitabnya
dan itu layak untuk kita semua mempelajari darinya.
namun aku takut kepadanya,
kerana dia juga mencipta neraka dan syurga,
sedangkan aku tidak tahu sama ada aku layak ke syurganya,
walaupun nerekanya tercipta untuk orang-orang yang engkar kepada perintahnya.
kekasihnya muhammad saw,
menyuruh umat-umatnya seperti aku belajar mencintai allah swt,
akan tetapi sejak akal dihidupkan,
aku tidak pernah belajar caranya,
sehingga aku dapat pendidikan dan kefahaman yang diredhai olehnya.
jika dahulu orang mencari syahid di medan perang,
bergitu besarnya cinta mereka jalan untuk menemui allah swt,
akan tetapi dizaman ini,
apa yang boleh aku lakukan untuk mencari cintanya ialah
sujud dan berzikir kepadanya
agar lidah bersama bibir aku tidak terhenti-henti menyebut namanya
dan sesungguhnya walaupun nafsu meronta-ronta,
tetapi aku masih tidak layak menerima semuanya
sehingga aku layak mendapat cinta daripada allah swt dan muhammad saw.
No comments:
Post a Comment