Aku kenal dan selalu juga bertegur dengan ibunya. Walaupun aku tak beberapa rapat seperti adam, tetapi selalu bercerita dan memberi nasihat itu adalah wajib untuk aku dan ibunya. Ibunya memang mengalami sakit pinggang, darah tinggi ( itu saja yang aku tahu ). kali terakhir aku dapat bersua dengannya pada raya 2 atau 3 tahun yang lepas, dimana aku bersama rakan-rakan rumah aku lawat rumah kawan-kawan yang dah lama tak jumpa.
Bila aku selalu lalu depan rumah dia, mak dia akan keluar berborak dengan jiran sebelah. Tetapi 2 bulan ibunya telah berada dihospital tanpa aku dan adam tahu. aku dan adam tahu pun selepas aku jumpa balik dengan sham.
Orang kata kebetulan yang terpisah lama kembali jua.
Orang kata kebetulan yang terpisah lama kembali jua.
Susah untuk aku berkata lagi sebab, aku memikirkan mak aku. aku dari kecil lagi telah kehilangan seorang ayah, tak pernah merasa kasih sayang seorang ayah. Cuma aku dapat merasa kasih sayang seorang ibu yang terpaksa berganding bahu ( ayah + ibu ) untuk anak-anaknya.
Terfikir juga akan opah aku suatu hari nanti. Bagaimana pula dengan anak-anaknya ?
jauh sungguh aku berfikir, tetapi cubalah anda duduk dan berfikir, apakah kita sebenarnya telah memberi yang mencukupi ?.
Aku dikejutkan sms bergini pada waktu 9.30 malam baru saja tadi.
Semoga allah swt merahmati roh ibunya bersama orang-orang beriman dan soleh didunia dan diakhirat......amin
No comments:
Post a Comment