Masa aku darjah 1. Aku hanya ke sekolah tanpa ditemani oleh mak aku. aku hanya keseorangan diri sahaja, tetapi abang aku yang ke dua ( Akmal ) dia yang menjaga aku dan melindungi aku waktu tu. Siapa tak terasa waktu pertama tanpa ditemani oleh ayah dan ibu. Sejak dari tadika lagi aku tak ditemani, hidup aku sentiasa dijalani keseorangan diri. Sedih tu sedih, tetapi bila dah besar baru aku tahu kenapa sebenarnya. Mak aku malas nak keluar sebenarnya hahaha itulah jawapanya, tetapi tak mengapa sebab abang aku sentiasa menemani aku.
Tetapi seperti biasa, kes buli adalah wajib. aku ingat lagi waktu aku darjah 2 abang aku darjah 4 ke 5. ada senior nie buli aku abang aku dan budak-budak bas yang lain. Dia buli dan buli dan buli akhirnya terdengar cerita kat abang aku yang sulung. masa tu baru dia tahu langit dan bumi masa tu. Siapa tak marah kalau adik dia kena buli. lepas tu kena buat macam-macam kan?
Bila abang aku akmal melonjak kesekolah menengah pula. Hidup aku perlu dijalani seorang diri. Diwaktu itu aku darjah 3 . Zaman kenakalan aku terselah sedikit dimana aku selalu curi-curi keluar, merayau-rayau ke kelas-kelas lain. Paling aku ingat lagi dimana main bola kertas. waktu tu habis satu buku nota disaluti tape-tape hitam, merah dan lain-lain. Nak beli bola nanti kena rampas dengan cikgu. waktu habis sekolah kalau pagi. itulah aktivi aku dengan kawan-kawan
Zaman sekolah naik Bus Intrakota. hahaha aku ingat lagi aku ada seorang kawan yang pandai melukis. Dia lukis karton dragon ball. ya allah !! sebijik , aku kagum dengan dia. pernah sekali dia ajar aku macam mana nak naik bus tanpa bayar. kat situ aku belajar sesuatu. kemudian dia ajar aku minta pakcik tolong hantar satu stesen je. heheh ingat lagi zaman tu. kenangan!
Naik basikal pergi kesekolah. memang best gile! Bawa YOYO pergi sekolah akhirnya kena rampas pun ada ;p. aku pernah panjat pagar sekolah sebab tak dapat nak keluar hehehe!! time tu nak balik. jadi malas nak ikut pintu depan jadi ikut pintu belakang. orang ingat budak ponteng sekolah, pernah kena tahan dengan pakcik polis. dia ingat kami ponteng. sebenarnya tak.akhirnya dia lepaskan sebab makcik kantin terangkan hehe!!
Darjah 6 adalah zaman kegemilangan aku dimana aku dengan kawan-kawan aku jadi macam otai kat sekolah. pernah bergaduh tanpa cikgu tahu, tapi kami tak pernah minta duit kat budak-budak atau suruh buat macam-macam. masa zaman tu aku dengan kawan-kawan aku lebih menjaga reputasi setiap orang. Yang mana selalu kena buli kami tolong, yang mana selalu kena paw kami paw balik orang tu.
Zaman sekolah rendah plak aku jadi wakil Sekolah untuk pertandingan hoki. paling lawak aku ingat, hoki nie sama macam golf. Aku selalu berlatih dengan abang aku danial bermain hoki. Abang aku danial wakil daerah main hoki, dengar cerita dulu main untuk selangor. tapi tak sure pulak sebab aku baru berapa tahun plak tuh. setiap hari belatih main sana sini. bila nak dekat pertandingan daerah, aku boleh plak dapat demam campak. sayang sekali, ketiadaan aku membuatkan pasukan aku kehilangan seorang pertahanan yang hati kering. yelah, aku masa tu gemuk dan kuat berlari tambah plak pukul laju + skill yang abang aku ajar :P .
Aku hanya main untuk wakil sekolah sahaja. Sedih tu tak terkata, tetapi nama aku tetap ada didalam daerah petaling jaya masa sekolah rendah. macam mana boleh dapat? macam biasa siapa menang, sekolah tu jadi wakil daerah ;).
UPSR menjelang. Zaman perpisahan tu tak terkata, kawan-kawan yang 6 tahun bersama. lawak, suka, duka, apa lagi. habis bergitu sahaja. Bila melangkah sekolah menengah, baru kita akan tahu siapa kawan, siapa teman dan siapa rakan.
Sekolah bagi aku adalah tempat yang terbaik sebenarnya. walaupun aku selalu ponteng sekolah, tetapi bila aku sudah berusia seperti ini, sekolah adalah tempat segalanya, bersuka ria, berhibur, kita dapat berteman dan segalanya. Sekolah ini seperti satu base dimana segala perbincangan, perbuatan dan semuanya ada bersama kawan-kawan ;)
No comments:
Post a Comment