Wednesday, June 30, 2010

Episode 54 ( Pengiraan sebelum dan selepas kahwin )

Usia semakin meningkat dan salah satu untuk dicapai setiap manusia ialah KAHWIN. ramai yang kata tanggungjawab yang penting dan kata belum bersedia, seperti aku selalu kata kepada kawan-kawan aku, jika kau melakukan sesuatu perkara adakah kau perlu bersedia? adakalanya tidak. kerana kahwin dapat menghindari melakukan zina dan pelbagai lagi.

bagi umur seperti aku ini, masih belum puas dengan apa yang aku ada, tetapi aku tetap berfikir pasal kahwin. Untuk kahwin kita perlukan persediaan. Maksud persediaan ialah Duit atau wang yang cukup

Ramai yang berfikir " oh 10 Ribu cukup untuk Kesemuanya " tetapi apakah ia sebenarnya cukup?
bagi aku 10 ribu tidak cukup. 10 ribu hanya dapat menolong sedikit daripada apa yang dibelanjakan. Pada zaman sekarang satu kepala untuk tetamu dianggarkan 10 ringgit akan dapat sebanyak 4 lauk dan nasi ( 10 ringgit adalah harga murah pada zaman sekarang ) ada yang satu kepala Rm 12-15 ringgit.

jadi fikirlah jika anda menjemput tetapi sebanyak 500 orang dan 1 kepala ialah 10 ringgit maka , daripada 10 ribu telah tinggal 5 ribu. Dan untuk sewa dewan paling murah saya ingat dalam 2ribu atau 3 ribu. Sewa Meja dan kerusi Rm 1 ribu ( kalau sewa kemah , 1 kemah Rm 500 tidak silap )

disitu telah menunjukkan tidak cukup , sebab jika sewa baju pengantin + P.A system + orang kompang , hadiah untuk tetamu yang datang + untuk membuat card + set bilik pengantin, disini telah menunjukkan 10 ribu tidak cukup untuk membuat kesemuanya.


ini adalah pengiraan untuk berkahwin...

ini adalah pengiraan selepas berkahwin......

-harga rumah paling murah pun 2 ratus ribu. itu pun tengok dekat area mana dan berapa kaki persegi,

-jika beli kereta , fikir untuk servis, kalau rosak,

-Motor ( kalau kita seorang lelaki yang rasa tak mengapa pergi kerja naik motor, saving minyak kereta dengan servis )

-Selepas dapat anak..bayar Hospital, kalau swasta kena ada 8 Ribu. kalau kerajaan memang berbaloi..

susu anak satu tin 80 ringgit..

aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

sungguh memeningkan kepala..
sebab saya tak suka berfikir pasal duit..
bila fikir pasal duit, akan pening kepala..
sebab duit seperti air yang mengalir


Tuesday, June 29, 2010

Episode 53 ( Selamat hari jadi pada diri sendiri )

Dan Allah swt telah panjangkan umur aku pada usia 23 tahun pada hari ini. Dan Allah swt juga selamatkan Ibu aku sewaktu aku didalam kandungan.Ramai orang yang tak tahu ucap selamat hari lahir sendiri kepada ibu sendiri.

Perjalanan aku 23 tahun masih didalam kekeliruan dan pelbagai cabaran yang harus aku hadapi seperti kerjayaan, peribadi dan paling penting keluarga yang bakal cipta dengan siapa? masih menjadi tanda pertanyaan.

aku berharap pada usia 23 tahun, akan aku mula untuk mencapai satu persatu impian dan harapan untuk mak aku.

23 tahun sebenarnya sudah lama melangkah keluar, tapi aku seperti keluar dan masuk. kerja dan tak kerja. lalai dan tidak lalai.jadi aku perlu perkuatkan setiap kiri dan kanan aku dimana-mana aku berada

Semoga allah swt melindungi aku dan merahmati aku didunia dan diakhirat. semoga allah swt panjangkan umur mak aku untuk melihat aku kahwin, ada anak dan paling penting ialah melihat aku berjaya..sebab semua ibu bapa ingin melihat anak mereka berjaya

Sunday, June 27, 2010

Episode 52 ( asas kehidupan harian )

Menjelang hari selasa minggu depan 29.06.10 nie, aku telah berusia 23 tahun. Dan aku masih bergini dan bergitu saja. Tapi apakah selepas aku hadir pada event semalam, band aku dan aku akan berubah? jawapan itu terletak kepada takdir allah swt.

Bulan depan katanya akan buat promosi band di stesen radio, dan akan buat record 1 lagu. jadi band aku cadangkan lagu akanku kejar ( sesiapa nak dengar boleh ke page pinguin difacebook ).

tutup cerita disini.

Mungkin cerita ini aku pernah ceritakan pada suatu ketika dahulu diblog aku yang aku telah tutup kepada umum untuk membaca,tetapi bagi aku elok untuk aku ceritakan balik untuk kali kedua disini.malangnya masa tidak mengizinkan, kerana aku ada beberapa perkara yang harus dihabiskan dengan segera. insya allah akan aku percepatkan kerja-kerja aku dan tulisan aku ini...

Monday, June 14, 2010

Episode 51 ( Pandangan aku )

Jika ada orang yang sedang membaca blog aku, dari keturunan darah daging aku ataupun sebaliknya. aku tulis dari pandangan aku sebagai seorang manusia. ini adalah cerita benar yang ingin aku kongsikan, Apa-apa pun jangan abaikan saudara anda jika baik buruknya dia, pandai atau bodohnya dia, kaya atau miskinnya dia, sebab kerana orang suka melayan kaum-kaumnya sendiri ada orang yang merasakan dia keseorangan bila ramainya saudaranya ada, malah kadangkala ahli keluarganya sendiri pun tak melayan dirinya.

aku ada seorang kawan yang situasinya seperti ini. Aku faham apa yang dia alami walaupun aku sendiri yang malas nak layan karenah saudara aku, yang aku rasa ---------------- , sebab bagi aku tak ada gunanya jika terjadi seperti ini.

Pakcik dan makcik hanya memandang kepada anak-anak saudaranya yang Pandai dan kaya, kepada yang bodoh dan kurang berharta mereka hanya memandang sebelah mata. aku tak faham kenapa perkara seperti ini boleh terjadi.bukan aku nak jadi seorang ahli motivasi tapi bagi aku usahlah ada sifat-sifat macam nie.

walaupun aku sudah mempunyai anak buah ( masih kecil lagi ) tapi jangan adakan sempadan. kita kena tahu setiap situasi mereka. Ada yang pakcik saudara yang nak kita tegur mereka dulu, tapi macam mana kalau nak tegur kalau pakcik saudara pun tak ada soalan yang nak dituju?

bila ada masalah baru tanya, sama seperti seorang kawan yang hilang tiba-tiba muncul mencari bantuan. Makcik saudara pun sama juga situasi mereka. Anak-anak mereka lebih mementingkan pangkat, perangai, dan lain-lain sealiran dengannya.

seperti kawan aku pernah berkata "kalau aku balik kampung pun seperti orang asing dikampung sendiri walaupun ramai saudara-mara, tapi aku rasa seperti pendatang asing"

Orang balik kampung hanya pada musim-musin tertentu, tapi macam mana pula dengan hari raya? oh hanya cakap " selamat hari raya,kalau ada salah maafkanlah " tapi sekejap saja, kemudian kembali seperti dulu kala.

ada yang juga saudara seperti ini, jika kepalanya dia. dia datang mencari orang yang rasa boleh membantunya, tapi bila kepalanya ada, dia tinggalkan apa yang dia selama ini cuba dekat. bagi aku manusia seperti nie seperti sampah masyrakat. hanya mementingkan diri sendiri.

kata kita satu darah dari keturunan yang sama? tapi kalau macam inilah sifat-sifat dirinya aku pun tak mahu ada saudara macam nie walaupun sebenarnya ada.

tapi apa pun kadang-kala pendirian orang adalah teguh walaupun pelbagai nasihat telah kita nasihati. tapi semua itu terserah kepada tuan punya badan dan akal.

jika nak dikatakan pasal keluarga, banyak yang aku tak puas hati. tapi biarlah mereka dengan hidup mereka. bila sampai satu masa harap-harap allah swt bukaklah minda mereka yang
naifffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffff
gila itu

amin


Saturday, June 12, 2010

Episode 50 ( Kesakitan )

Sejak beberapa hari ini, tubuh aku rasa sesuatu, jantung aku rasa sakit.bila aku angkat tangan aku dapat merasakan jantung aku cucuk-cucuk.tapi aku tak bagi tau kepada sesiapa, walaupun kepada mak aku , adik beradik aku sendiri. bagi aku, cukup aku dah menyusahkan mereka.

dan hari ini paru-paru aku rasa sesak untuk bernafas. mata merah semacam bila aku melihat dicermin. apakah tanda ini semua?

kadangkala kita tak boleh belagak menjadi seorang hero didalam kehidupan kennyataan ini. kena kena pasrah apa yang kita lalui. jangan kita marah kepada takdir kalau kita sendiri tak tahu kenapa kita dilahirkan.

dalam islam telah mengatakan bahwa kita dilahirkan didunia ini untuk sujud kepada allah swt,beriman kepadanya.

hidup kita ini juga telah ditentukan sama ada panjang atau pendek, kaya atau miskin, tua atau muda. yang kita pasti sebenarnya ialah mati sentiasa menanti.

apa-apa pun jangan fikir macam-macam bila kita lalui keadaan ini. seperti mak aku selalu cakap kat aku kalau aku sakit " allah swt sayang kita " ayat yang penuh mendalam untuk insan manusia seperti aku nie.


Saturday, June 5, 2010

Episode 49 ( Video Dilepak cafe Bulan lepas )








Minta maaf jika kalau instrumentnya kurang menarik sebab aku dan lain semua tengah cuak sebab ramai sangat orang dan kami rasa sound dia tak keluar sangat ( guitar aku ) hanya video ini saja yang aku dapat letak diblog aku , sebab video yang lain tak dapat dimasuki kerana tak tahu kenapa..... Maaf


Episode 48 ( Dunia gelapku yangku cipta )


ku bancuhkan kegelapanku,
ku lepaskan kekejamanku,
ku tunggukan kematianku,
dan itu adalah aku,

jika masa menghilang,
harapanku telah musnah
semua hayalanku menjadi satu

tahukah kamu?

bahwa kau kau kau kau kau
telah musnah mimpiku harapanku.

ku bancuhkan cahaya malam
agar kuasaku menjadi satu
mampukah ku bertahan?
tuk teruskan perjalanan ini.

mana kata matamu,
mana kata akalmu
mana kata harimu