setiap orang ada jalan cerita akan tentang kawan-kawannya dan sahabat-sahabatnya, tak juga cerita-cerita baik dan buruk. tetapi bagi aku, cukup berbangga dan berbesar hati disekolahkan bukit bintang. walaupun sekolah bukit bintang tidak sehebat sekolah-sekolah lain, tetapi aku cukup bangga dengan setiap warga bukit bintang.
orang kata " akedemik adalah penting untuk setiap insan " memang betul , tetapi usah gabungkan akedemik dan kesukanan. ada orang yang hebat sukan tetapi dia tidak pandai belajar. Kerajaan pendidikan malaysia aku rasa, telah terlepas pandang akibat ini. sebab kita telah membuang atelit yang terbagus didalam negara kita sendiri. kalau setakat nak hasilkan sekolah sukan tetapi modalnya jarang kita nampak, lebih baik kita melihat bakat yang ada diatas padang bila sedang beraksi. bukan aku cuba kata aku ini hebat dalam bidang sukan tetapi, ini hanya pendapat aku.
minta maaf jika ada pihak yang terasa dengan pendapat aku tidak seberapa ini...
kembali kepada tajuk asal aku..
kenangan sekolah terlalu susah untuk aku padamkan. bila terkenangan balik, hati ini terasa gembira dan sebagainya. sejak akhir-akhir nie aku jumpa balik kawan-kawan satu kelas semasa aku form 4 dan 5 . time tu memang kepala gila , kalau duduk cerita aku rasa tak sampai 24 jam hahaha!! sebab sekor-sekor nak pulang ke rumah sebab tidur hehehe!!
terus terang aku katakan, semasa aku disekolah, aku bukan jenis yang liar, kehidupan aku hanya orang yang bosan sampai sekarang.
bangun pagi ke sekolah - rehat dan lepak dengan kawan-kawan - balik naik lrt - sampai rumah rehat sekejap, keluar ke astaka untuk rugby - balik kadang-kadang lrt atau jalan kaki - malam tidur ataupun main guitar. ( ini time aku sekolah )
kalau time jumaat sabtu ahad
malam lepak dengan kawan rapat rumah aku sham dengan adam ( pergi pasar malam , lepak rumah adam sampai 6 pagi ) - duduk termenung kat atas bumbung tengok bintang - berangan-angan .
tetapi kehidupan aku didalam kelas yang sebenarnya ialah
melukis- tulis sajak, puisi dan sebagainya - aku hanya dengan hidup aku sendiri , guitar dari dulu seperti nyawaku dan seperti kekasihku , itu saja.
hehehe!! tergelak sementara aku melihat gambar kelas aku waktu ini....
setiap orang ada cita-cita.
aku ingat lagi waktu aku bersama rakan aku hirzan. Dia bercita-cita nak jadi pelakon seperti shahrukhan, dan aku ingin menjadi seorang pemain guitar seperti Eross chandran dari sheila on 7 . aku dengan dia berazam kuat untuk bergelar artis. tetapi sekarang nie hirzan menjadi seorang askar di TUDM hehe!! insya allah suatu hari nanti cita-cita dia akan tercapai, bagi aku pulu, perjalanan aku untuk menjadi seorang pemain guitar masih jauh.
aku sedang siapkan Lagu-lagu yang aku ciptakan sekarang.setiap orang ada cerita tersendiri. dan ini yang aku ukirkan, yang aku tuliskan dan yang aku capaikan.
aku hanya tahu segelintir cerita budak-budak kelas aku. buat masa sekarang ini, tak ada yang aku dengar kahwin lagi =) .
aku bila kahwin? oh..jodoh tiada lagi, kekasih pun tiada lagi, siapalah aku nie, yang asik dikecewakan dan sebagainya. ada yang cakap aku ini emosi dan sebagainya.
bagi aku, aku telah cuba menarik perhatian mereka. tetapi itulah, kosong yang aku dapat.
tahun nie aku setakat usha-usha hai hai je.
memang hati aku dah tak larat untuk bercinta lagi, melainkan dia yang cuba. dulu aku selalu cerita pasal ini dengan kawan aku hirzan heheh!! thanks beb..kita berdua saling tukar cerita hehehe!!
No comments:
Post a Comment