Assalammualaikum wbt
Setiap kali lepas solat, orang mesti berdoa, adakalanya ia berlaku musibah,bencana atau keraguan dia akan berdoa kepada allah swt, tetapi dia lupa apa yang dia doa kepada allah swt. dia lupa apa yang dia minta. terutama sekali doa perkataan seperti ini mesti akan kita cakap
"tunjukkanlah kami jalan yang benar jalan yang lurus, yang dekat bersama orang-orang beriman dan orang-orang soleh. janganlah kau letakan kami bersama orang-orang yang kufur dan ingkar perintahmu ya allah, tabahkan hati kami apabila menghadapi ujian darimu. kami berserah kepada mu, jauhkan kami daripada orang-orang yang melakukan maksiat, orang yang melakukan batasan kezaliman yang melampau dan lain-lain "
Dari kesedaran aku, apa kita selalu doa nie, selalu ada didepan mata kita, ada orang yang buat baik dengan kita, tetapi akhir sekali mulut kita akan cakap, orang nie pura-pura baik sahaja, esok lusa dia dengan tingkah laku dia balik yang kufur dan zalim. Dari situ kita berdoa kepada dia agar kembali kufur dengan keadaan dulu. bukankah dalam doa kita, kita meminta dekatkan orang-orang yang baik dan beriman ? iman bila-bila masa boleh naik turun, baik juga bergitu.
apa gunanya konsep tolong menolong, saling menegur antara satu sama lain? orang lupa disitu.
ada orang dia suruh jadilah seperti orang itu. tetapi kenapa dia tak nak jadi orang seperti itu? tak dapat jadi 100% tak mengapa, asalkan 10% pun jadi. asalkan kita buat nie kerana allah swt dan mencari keredhaannya.
Manusia memang boleh bertukar watak bila-bila, tetapi apabila yang jahat mendekati yang baik, perasaan jahatnya itu mula rasa semacam. lalu dari ganas berubah menjadi baik dan baik dan baik. itu konsepnya bernasihat dan bertegur untuk menjadi manusia yang baik.
orang yang beriman tak semestinya baik. sebab daripada pandangan aku, ada juga orang yang solat 5 waktu tetapi akidah dan akhlaknya cukup buruk sekali. ada yang jahat tetapi dia solat 5 waktu sehari. pun akidahnya teruk. ada yang baik tetapi tidak solat. itu lagi teruk. jadi konsep utama sebenarnya yang harus ada dalam sifat kita sebenarnya..
iman+akidah baik+akhlak baik = manusia yang baik dan taat
itu daripada kajian pemikiran aku yang sederhana nie....Ramai yang nak jadi terbaik, tetapi sayangnya dia tak pandang orang sekelilingnya, Doa yang hari-hari berdoa semakin menjadi terbiar sahaja. itu berkatnya doa.
itu pasal orang tua-tua kata, kawan biarlah beribu , tapi kawan jahat jangan lah beribu. bila kita ada kawan yang baik. sepatutnya kita dekat dengan dia, curi dan tanamkan sifat baik itu. jangan pula tanam sifat itu untuk menjadi sifat menunjuk-nunjuk. jadikan itu sifat peribadi yang mula disisi allah yang akan kita jumpa suatu hari nanti. Sifat jahat kawan jangan diikut kerana sifat itu akan sendiri mencari celakanya, mencari malangnya sendiri. malang tak akan timbul selagi kita yang mencari malang. celaka tak akan timbul selagi kita yang cari celaka.
aku pun ilmu tak banyak, setiap kali aku nak tidur, aku akan memikirkan kenapa allah swt jadikan burung dan binatang lain? kenapa ia harus berlaku. akhirnya bila aku buntu, aku cari jawapan kepada orang yang tahu. kadang-kadang tengok dokumentari, tak pun baca risalah .
manusia harus menjadi orang yang berguna dan taat. bukan manusia yang mementingkan diri sendiri. belajar balik sifat manusia sebenarnya...rasulullah saw dan ajar kita dan menyuruh kita macam mana nak jadi terbaik sepanjang umatnya =)). aku belajar daripada rasulullah saw. aku sayangkan rasulullah saw dan allah swt. sebab
Aku faham + tahu + dan Amalkan = insya allah akan jadi manusia yang berguna dan taat kepada allah swt dan rasulullah saw =)
No comments:
Post a Comment