Sunday, October 31, 2010

Episode 84 ( Jika aku usha awek )


[1] - It came over me in a rush
When I realized that I love you so much
That sometimes I cry, but I cant tell you why
why I feel what I feel inside

How I try to express what's been jugglin' my mind
But still can't find the words
But I know that something's got a hold of me

[Repeat 1]

Baby, some day I'll find a way to say
just what you mean to me
But if that day never comes along
and you don't hear this song
I guess you'll never know that...

[Repeat 1]

And when I say inside, I mean deep
You fill my soul with something I cannot explain
What's over me


Ini adalah salah satu lagu dimana, kalau aku tengah usha awek dan aku tak tahu nak lepaskan yang aku rasa. Lagu nie memang membuatkan aku rasa seperti sedihlah juga. Sebab lirik dia menyentuhkan perasaan aku yang kadang-kadang memang tak tahu nak lepaskan macam mana sebenarnya. Pernah aku bagi lagu kat awek-awek tetapi seperti biasalah. Mereka buat bodoh seperti donat yang tengah kena goreng.

Secara terus terang.Aku tak jatuh cinta lagi. Cuma aku terkenang balik bila dengar lagu nie. Lagu nie sejak tahun 1996 tak silap aku. yang perkenalkan aku dengar lagu nie ialah abang aku yang sulung Danial. Masa zaman sekolah rendah aku selalu dengar Westlife, Boyzone dan paling aku suka dengar sekali ialah Kavana MFEO hahah!! sampai sekarang aku boleh ingat nama pennyanyi tu. huhu!!

tapi sekarang, aku lebihkan kearah kugiran. sebab aku pun ada kugiran sendiri. =)

Wednesday, October 27, 2010

Episode 83 ( Getting to know you )


Getting to know you,
Getting to know all about you.
Getting to like you,
Getting to hope you like me.

Getting to know you,
Putting it my way,
But nicely,
You are precisely,
My cup of tea.

Getting to know you,
Getting to feel free and easy
When I am with you,
Getting to know what to say

Haven't you noticed
Suddenly I'm bright and breezy?
Because of all the beautiful and new
Things I'm learning about you
Day by day.

Lagu yang english yang terbaik bagi aku =) lagu nie kalau sesiapa pernah menonton cerita the king and i tahu lah lagu nie. bagi sesiapa yang tak pernah tengok cuba-cuba tengok =) tapi ini version james taylor . Pakcik dan makcik aku suka lagu dia. Banyak lagu-lagu yang best. Tapi bagi aku yang dulu-dulu kena didik dengar lagu nie sebab english dia tak bergitu laju untuk bernyani bersama dan lirik dia pun menarik bagi lelaki-lelaki seperti aku yang nak usha gadis-gadis diluar sana =) eheheh

Tuesday, October 26, 2010

Episode 82 ( Perlu ke mereka tahu? )

Ini cuma pandangan aku, dan aku rasa apa yang tertulis ini mungkin ada betul dan mungkin ada salahnya sebab aku rasa jika kalau lelaki itu perfikiran waras seperti aku dan rakan-rakan aku. tak adanya jadi seperti ini. cuma bual-bual kosong sahaja =)

Topic yang aku terbaca tentang ini ialah:
Perkara yang perlu perempuan patut tahu tentang lelaki ?

Ayat yang aku terbaca menulis seperti ini...........

1.Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin).

Kata aku: Ini adalah benar, walaupun ganasnya dia, brutal ke, secara dia sedar atau tidak sedar dia akan menjadi prihatin walaupun ada sedikit nampak kasar.

2.Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.

Kata aku: Untuk senangkan lagi fikiran disini, lelaki akan suka sedap mata dia memandang adalah nombor satu didalam list mereka. Seperti orang tua-tua berkata " Biarlah sedap mata memandang kalau nak jadikan jodoh " tak kisah cantik ke dia atau tidak, yang penting bukan berpakaian tidak senonoh atau akhlak yang tidak senonoh

3.
Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.

Kata aku: Ini adalah tepat dan betu

4.Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.

Kata aku:Baik macam mana pun kena tolak, hati dan perasaan itu masih lagi terasa. Jika kalau nak berbaik balik hanya jawapan yang pasti 50% saja.

5.Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita…

Kata aku: Ini adalah sesetengah individu. Jika orang yang tidak tahu mengenali dirinya. dia akan menonjolkan sikap macho, tetapi jika lelaki yang tahu dengan sikapnya dia akan bersikap rileks,dan bersikap biasa.

6.Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.

kata aku: Setiap lelaki dilahirkan dengan pasangannya. itu adalah tepat dan betul. Sebab itu lelaki suka melihat wanita. Sebab mereka melihat apakah mereka boleh mendampingi wanita ini. Mencuci mata juga adalah sikat manusia zaman sekarang.

7.Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!

Kata aku: Ini hanya akan berlaku untuk lelaki yang tidak biasa keluar dengan perempuan ok =) . Bila setiap kali dia akan berkeluar dengan perempuan yang berbeza-beza percayalah, yang seterusnya baginya adalah biasa sahaja.

8.Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.

Kata aku: Meniru itu tidak, secara jujurnya tidak. Mungkin bagi yang meniru ini adalah budak-budak yang baru saja nak belajar. Berlagak macho ini hanya segelintir sahaja.

9.Bila lelaki cakap..”Emm. tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.

Kata aku: Disini adalah topic yang aku gemar sekali. sebab aku selalu cakap macam nie, " em tengok dulu " ia bukan bererti kurang setuju. Sebenarnya disini lebih menekankan Fikiran, sama ada patut atau tidak. Bukan sesama sekali cuba untuk lari daripada keadaan. ( orang yang cakap nie salah )

10.Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.

Kata aku: Yup, dia bagi tahu adalah untuk kebaikan bersama. untuk ingatkan sesuatu yang mungkin telah terlupa ataupun sebelum terlupa

11.Kebanyakan lelaki yang nampak ‘desperate’, datang dari sekolah all boys! (Macam aku kot)

Kata aku: Ini adalah segelintir, ada juga rakan aku seperti ini , seperti terdesak walaupun aku tidak tahu kenapa. aku pun datang dari sekolah semua lelaki. Dari rendah mahupun menengah. Aku tak pernah terdesak pun untuk mencari perempuan disana sini. Jawapan yang sesuai adalah ikut atas orang sebenarnya

12.Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.

kata aku: Dia tak akan menunjuk didepan mata, tetapi didalm hati dia hanya akan tertanya-tanya " siapa budak nie?, kalau daun betul "

13.Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini…

Kata aku: Ini lagi betul, Cara yang sempurna untuk mengenali perempuan ialah membuat kawan pada asalnya. Ada yang sesetengah mengambil masa untuk berkawan untuk mengenali maksud " perempuan atau wanita " nescaya seorang perempuan pun tidak cukup untuk mempelajari kesemuanya

14.Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.

Kata aku: hah ?

15.Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa…yang lain hanya kawan..:)

Kata aku: Lelaki seperti ini serius memang wujud. Tetapi didalam erti lain bukan kawan. Erti yang sebenarnya dia akan dilema. Percaya atau tidak fikir betul-betul kenapa dia harus dilema. Mereka dilema sebab mungkin dulu adalah gadis pujaannya, kini gadis pujaannya baru tersedar daripada terhantuk batu, walaupun lelaki itu bersikap romeo hatinya masih berbelah bagi. Jadi jawapan ini adalah sukar untuk dijawabkan. Hanya individu yang terjadi seperti ini dapat menyelesaikan kenapa terjadi seperti ini.

16.Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari…maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja….Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!

Kata aku: Ye ayat pertama dia akan cakap " WOW besarnya " percaya atau tidak itu adalah lelaki. Perbualan tentang Dada pun lelaki boleh bercakap. Jadi bagi kami lelaki mungkin adalah normal kot =) berbanding lelaki Gay.

17.Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.

Kata aku: Percaya atau tidak dia hanya akan menunjukan riaksi muka sahaja. Ada sesetengah orang dia akan meluahkan perasaan emosinya. Tunjuk didepan orang hanya orang yang betul-betul kurang waras diwaktu itu.

18.Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti…

kata aku: YEargh!! ini aku sangat sokong, Sampai bila lelaki yang harus memulakan langkah. Memang Lelaki harus gentle. Tetapi pernah tak terfikir jika itu anda ( maksud saya , apa perasaan anda bila anda berada dikedudukannya )

19.Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.

Kata aku: Salah, tak semua lelaki dapat mempelajari semua ilmu didunia. memang dia akan berasa bersalah. tetapi rasa malu itu tidak ada sebenarnya.

Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.

( Betul-betul )

Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan

( Ayat terakhir ini pun tepat dan betul )

Monday, October 25, 2010

Episode 81 ( Pengajaran untuk aku )

Aku selalu risau akan apa yang aku telah buat dimuka bumi ciptaan allah swt, jadi aku ingin berkongsi sedikit ilmu yang aku terbaca ini

RAHSIA CEMERLANG DALAM PERGAULAN


Orang yang cemerlang ialah orang yang hebat dalam pergaulan dan ramai kawan. Tiada kejayaan sebenar tercetus secara bersendirian. Kita amat memerlukan bantuan, teguran dan penglibatan orang lain untuk mengorak langkah menuju kejayaan. Pakar motivasi tanah air, Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah telah menyenaraikan faktor-faktor yang boleh meransang kehebatan dalam pergaulan.

Antara faktor yang menyebabkan kita mudah berinteraksi dengan orang lain dan orang lain mudah tertarik dengan kita ialah:

1. Jaga solat dan lakukan ibadah khusus dan umum yang lain.

2. Sentiasa bersangka baik dengan semua orang (walaupun kita perlu berwaspada setiap masa).

3. Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang di sekeliling kita.

4. Banyakkan bersedekah, sama ada dalam bentuk wang, senyuman, bantuan tenaga, masa, nasihat, idea, pandangan, sokongan moral dan doa yang berterusan.

5. Sentiasa memperbanyakkan sabar. Cuba mencari 1001 sebab sebelum kita memarahi seseorang.

6. Sentiasa ceria apabila bertemu dengan orang lain. Pastikan setiap orang seronok berinteraksi dengan kita.

7. Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang-menyayangi antara satu sama lain.

8. Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap masa. Peribadi yang kurang sopan akan membuatkan orang lain mual terhadap kita.

9. Amalkan sunnah-sunnah harian setiap masa dan insya-Allah orang lain akan tertarik kepada kita.

10. Jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci terhadap orang lain, terus ingatkan diri kita tentang mati. Kita mudah insaf dan balik ke pangkal jalan bila diri mengingati mati.

11. Sentiasa syukur dan redha di atas pemberian Tuhan.

12. Sentiasa memberi salam atau ucap selamat kepada orang lain. Pemberian salam akan mengukuhkan hubungan sesama manusia.

13. Pamerkan simpati kepada individu-individu yang memerlukan simpati dan perhatian.

14. Jadilah pendengar dan kawan yang setia.

15. Sampaikan berita baik tentang orang lain dan sembunyikan keburukan dan kelemahan orang lain.

16. Sentiasalah bermaaf-maafan sebelum berpisah dengan seseorang dan iringi perpisahan dengan doa.

Bagi menarik perhatian orang lain untuk mendekati kita, maka kita sendiri perlu memperbaiki diri dan kelemahan kita. Orang yang mengasihi dirinya tidak akan melakukan kegiatan yang boleh mensabotaj serta memudaratkan dirinya. Setiap tindak tanduknya akan dilakukan secara berhikmah dan memikirkan perasaan orang lain. Ingatlah pesanan seorang sarjana:

“Orang tidak kisah setakat mana anda tahu (berilmu), sehinggalah mereka tahu yang anda kisah terhadap mereka”.

--------------------------------------------------------------------

Habis untuk satu bab yang aku sungguh risau, disini juga aku ingin menekankan pasal benci. Didalam hidup aku memang tak ada benci walaupun mulut aku berkata benci. tetapi secara hakikatnya memang aku tak ada menyimpan perasaan benci. walaupun aku sakit hati dengan sesetengah orang tetapi aku berharap dia berubah menjadi lebih baik berbanding semalam.

JANGAN ADA BENCI


Ramai juga orang yang gagal dalam pergaulan kerana menyimpan perasaan BENCI dalam hati mereka. Tuhan itu maha adil. Perasaan benci dalam diri kita akan menyebabkan ramai orang mudah benci terhadap kita. Misalnya, orang yang membenci ibu bapanya mungkin akan dibenci oleh rakan-rakannya. Orang yang membenci jirannya atau bekas kekasihnya mungkin akan dapat kebencian daripada rakan sekerjanya atau malahan ketua jabatannya.

Justeru hapuskanlah segala perasaan benci daripada hati kita agar kita mudah menjalin hubungan dengan orang lain.

Kaedah Mengikis Benci

Cara yang terbaik untuk mengikis benci ialah dengan memaafkan semua orang sebelum tidur malam. Jika setiap malam sebelum tidur kita sentiasa mencuci muka, memberus gigi, membersihkan diri dan mengibas tempattidur, tidak bolehkah kita mencuci hati kita denganmemaafkan semua orang sebelum tidur? Pengalaman secara peribadi penulis menunjukkan bahawa dengan memaafkan semua orang sebelum tidur, kita akan dapat membersihkan hati serta menenangkan fikiran dan mudah menjalin hubungan baik dengan orang lain.

Faktor-faktor Yang Boleh Merangsang Kehebatan Dalam Pergaulan

Antara faktor yang menyebabkan kita mudah berinteraksi dengan orang lain dan orang lain mudah tertarik kepada kita ialah:

1) Jaga solat dan lakukan ibadah-ibadah khusus dan umum yang lain.

2) Sentiasa bersangka baik terhadap semua orang (walaupun kita perlu berwaspada setiap masa).

3) Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang di sekeliling kita.

4) Banyakkan bersedekah, samada dalam bentuk wang, senyuman, bantuan tenaga, masa, nasihat, idea, pandangan, sokongan moral dan doa yang berterusan.

5) Sentiasa memperbanyakkan sabar. Nabi s. a. w. pernah berpesan supaya mencari 144 sebab sebelum kita memarahi orang.

6) Sentiasa ceria apabila berjumpa dengan orang lain. Pastikan setiap orang seronok berinteraksi dengan kita.

7) Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang-menyayangi antara satu dengan yang lain. Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap masa. Peribadi yang kurang sopan akan menyebabkan orang lain rasa mual terhadap kita.

9) Amalkan sunnah-sunnah harian setiap masa dan insyaAllah orang lain akan tertarik kepada kita.

10) Jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci terhadap orang lain, terus ingatkan diri kita tentang mati. Kita mudah insaf dan balik ke pangkal jalan apabila mengingati mati.

11) Sentiasa syukur dan redha atas pemberian Allah swt.

12) Sentiasa memberi salam dan ucap selamat kepada orang lain. Pemberian salam akan mengukuhkan hubungan sesama manusia.

13) Pamerkan simpati kepada setiap individu-individu yang memerlukan simpati dan perhatian.

14) Jadilah pendengar dan kawan yang setia.

15) Sampaikan berita baik tentang orang lain dan sembunyikan kelemahan atau keburukan orang lain.

16) Sentiasalah bermaaf-maafan sebelum berpisah dengan seseorang dan iringi perpisahan dengan doa.

Terlebih dahulu baiki diri untuk menarik perhatian orang lain terhadap diri kita, kita perlu terlebih dahulu menyayangi dan memperbaiki diri kita


( walaupun aku tahu ada yang juga membenci aku, tetapi itu hak dia dengan allah swt, aku telah berusaha menjadi manusia yang lebih baik berbanding dahulu, walaupun ada yang juga mengatakan tidak, sesungguhnya aku berharap mereka membukalah mata )


---------------------------------------------------------------------------------------

Baru-baru nie perkara ini telah melanda diri aku, kesedaran membuka juga mata aku. mari kita baca bersama-sama

BERHEMAH DALAM MENEGUR

Sememangnya dalam kehidupan ini, perbezaan pendapat dan mempunyai pandangan yang berlainan adalah sesuatu perkara yang lumrah justeru apabila ia berlaku jangan sesekali ada di antara kita dengan mudah membuat kesimpulan yang menjurus kepada prasangka kononnya ia bertujuan memburukkan sesiapa.

Allah telah mengingatkan kita dalam surah Yunus ayat 36 dengan menegaskan,‘‘Prasangka itu tidak mendatangkan kebenaran apa pun.” Oleh itu jika tercetus sesuatu isu antara kita dan terwujudnya perbezaan pendapat atau terbentuk sesuatu teguran ia seharusnya ditangani dengan sebijak-bijaknya.

Janganlah kita terlalu gopoh ke hadapan dengan membuat andaian yang bukan-bukan atau berhujah dengan penuh emosi sehingga terwujud cabar-mencabar.

Sebaliknya teguran atau sesuatu pandangan itu perlu diteliti dan dihalusi sertai dikaji kebenarannya. Ini kerana perbuatan menegur orang yang melakukan kesalahan merupakan tindakan yang amat diperintah oleh Allah.

Firman Allah dalam surah An-Nahl ayat 125 bermaksud:

“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik.”

Namun begitu sejak kebelakangan ini kita melihat semakin banyak pihak yang tidak boleh ditegur biarpun apa yang dinyatakan oleh seseorang itu mempunyai kebenarannya.

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah mengingatkan bahawa sesuatu kebenaran itu perlu dinyatakan biarpun pahit dan baginda juga menegaskan,

‘Siapa sahaja di antara kalian yang melihat kemungkaran, maka tegurlah dengan tangannya (kekuasaannya). Jika tidak mampu, maka tegurlah dengan lisannya. Jika tidak mampu juga, maka tegurlah dengan hati. Namun, ini adalah keimanan paling lemah.”

Islam telah menggariskan dalam membuat teguran, kita haruslah berhati-hati apatah lagi jika kita cuba bertindak sebagai ‘orang perantaraan’ bagi menjelaskan sesuatu perkara.

Tiga faktor yang digariskan oleh Islam boleh menjayakan sesuatu teguran itu ialah, pertama, tidak merendahkan ego orang yang ditegur, kedua mencari waktu yang tepat dan ketiga memahami kedudukan orang yang ditegur.

Hakikatnya, Islam memberi panduan yang jelas dalam kita memberi teguran dan bagaimana sikap kita apabila ditegur. Kita tidak harus melatah apatah lagi terlalu emosional sehingga menyebabkan kita melafazkan kata-kata yang tidak sepatutnya.

Semua itu tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya hanya akan mengeruhkan lagi keadaan, tidak kira sama ada kita pemimpin atau tidak tetapi apa yang kita perkatakan pasti akan dinilai oleh manusia dan diperhitungkan oleh Allah.

Kegagalan untuk mengawal perasaan kita berhujah akan menyebabkan berlaku tuduh-menuduh yang kesudahannya akan mencetus permusuhan antara kita.

Tindakan ini sudah tentulah bertentangan dengan firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 103 yang mengingatkan,

‘‘Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali (agama) Allah dan janganlah kamu bercerai-berai dan ingatkan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu bermusuh-musuhan, maka Allah menjinakkan hati kamu lalu jadikan kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang yang bersaudara, pada hal dahulunya kamu telah berada di jurang neraka, maka Dia menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan kepadamu ayat-ayat agar kamu mendapat petunjuk.”

Hakikatnya, Islam tidak hanya mengajar etika menegur umat seagama tetapi Islam juga mengajar kita bagaimana cara menegur yang betul kepada umat daripada agama lain, tidak kita seburuk apa pun kesalahannya.

Ia terkandung dalam al-Quran melalui perintah Allah kepada Nabi Musa dan Nabi Harun untuk berkata lembut kepada Firaun seperti mana firman-Nya dalam surahThaha ayat 44 yang bermaksud;

‘Berbicaralah kalian berdua kepadanya (Firaun) dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut.”

Jika dengan Firaun pun Allah perintahkan para nabi bercakap dengan lemah lembut, apatah lagi kita sesama Islam. Ertinya Allah tidak suka jika kita bercakap atau berhujah mengikut perasaan semata-mata.

Rasulullah s.a.w bersabda,

‘Percakapan orang yang berakal muncul dari balik hati nuraninya. Maka ketika hendak berbicara, terlebih dahulu ia kembali pada nuraninya. Apabila ada manfaat baginya, dia harus bercakap dan apabila ia boleh mendatangkan keburukan, maka dia hendaklah tidak melafazkannya. Sesungguhnya hati orang yang bodoh berada di mulut, ia berbicara sesuai apa sahaja yang dia mahukan’’.

Seperkara lagi dalam kita berhujah atau mempertahankan sesuatu elakkan daripada memalsukan fakta apatah lagi membuat pujian yang bukan-bukan kepada seseorang ini.

Ia disebabkan pujian yang melampau itu adalah bencana lidah (min afat al lisan) yang sangat berbahaya.

Dalam buku Ihya ‘Ulum al-Din, Imam Ghazali menyatakan enam bahaya (keburukan) yang mungkin timbul daripada budaya memuji tersebut iaitu empat keburukan kembali kepada orang yang memberikan pujian dan dua keburukan lainnya kembali kepada orang yang dipuji.

Bagi pihak yang memuji, keburukan yang akan diperoleh ialah melakukan pujian secara berlebihan sehingga menjerumus ke dalam dusta, dia memuji dengan berpura-pura menunjukkan rasa cinta dan simpati yang tinggi sedangkan dalam hatinya adalah sebaliknya, ia menyatakan sesuatu yang tidak disokong oleh fakta sebaliknya pembohongan semata-mata dan dia telah menggembirakan orang yang dipuji padahal orang itu melakukan kesalahan.

Dua keburukan yang menanti orang yang dipuji pula ialah dia akan merasa sombong (kibr) dan bangga diri (ujub) – kedua-dua adalah penyakit yang boleh ‘mematikan’ hati seseorang dan keburukan kedua, orang yang dipuji akan merasa hebat, tidak perlu bersusah payah dan bekerja kuat.

Kesimpulannya, dalam apa juga yang kita lakukan berkaitan dengan lidah yang melahirkan kata-kata kita harus berhati-hati, tidak kiralah sama ada ia teguran, pujian, kenyataan atau berhujah.

Ini kerana setiap apa yang diperkatakan akan diperhitungkan di akhirat kelak apatah lagi jika ia berkaitan dengan soal kebenaran dan kebatilan.

Justeru jadikanlah firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 104 dan 105 sebagai pegangan, maksudnya;

“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang mengajak kepada kebajikan dan menyuruh kepada makruf dan mencegah dari kemungkaran dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.

“Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang bercerai-berai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka dan mereka itulah orang-orang yang akan mendapat azab yang berat.”


----------------------------------------------------------------------------

Didalam bab akhir ini, aku rasa semua orang pun akan suka. malah aku juga suka. Mengapa kita lambat bertemu jodoh.

MENGAPA KITA LAMBAT bERTEMU JODOH?


Mengapa kita lambat bertemu jodoh? Menurut satu artikel yang saya baca, ada 6 faktor mengapa kita masih tidak bertemu jodoh. Berikut ini saya kongsikan artikel tersebut. Semoga ada manfaat.

Usaha sudah dibuat tapi mengapa masih ada yang tidak bertemu jodoh? MenurutDato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, lambat bertemu jodoh ini mungkin disebabkan:

1. Usaha Belum Sempurna
“Usaha sudah dibuat tapi usaha yang sesuai dengan matlamat yang hendak dicapai itu tidak dilakukan. Usahanya masih belum betul, masih belum sempurna. Kurang ‘munasib’.

Saya bertanya kepada seorang ulama, ‘Kenapa ustaz, orang ini sudah mandi bunga sampai 99 kali tapi masih tidak bertemu jodoh?

Di mana silapnya?’ Dia jawab begini, ‘Mungkin dalam perancangan Allah, usahanya ialah mandi air bunga 101 kali, tapi dia berhenti pada tahap 99 kali.’ Mesejnya ialah, mungkin kita patah semangat di tengah jalan. Jawapannya ialah, cuba dan cuba lagi.

2. Belum Benar-benar Bersedia
“Pasangan sudah ada tetapi orang yang hendak mencari jodoh itu belum benar-benar bersedia. Orang yang bersedia adalah orang yang benar-benar merasakan dirinya macam nak jadi suami, macam jadi jadi isteri.

Satu contoh mudah, orang yang tak ada anak, selepas mengambil anak angkat, dengan izin Allah, mudah mengandung. Sebab bila dia ambil anak angkat, si suami telah menjadi bapa dan si isteri telah menjadi ibu. Jadi telah bersedia untuk dikurniakan anak.

Begitu juga orang yang hendak berkahwin. Adakah telah benar-benar bersedia untuk menjadi suami atau isteri? Adakah telah bersedia di segi hati, jiwa, fizikal, mental, intelek. Contohnya di segi fizikal, sentiasa menjaga ketrampilan tak kira bila dan di mana.

3. Tiada Daya Penarik
“Diri kita macam magnet yang boleh menarik bakal pasangan kita atau sesiapa pun untuk sayang pada kita. Daya tarikan ini berpusat di hati.

Caranya ialah dengan mengisi hati kita dengan sifat-sifat yang sempurna dan positif. Kalau kita benci pada orang, takut-takut orang yang patut sayang pada kita masih tertahan untuk meminang. Jadi cuba maafkan semua orang. Mudah-mudahan dengan sebab memaafkan semua orang, orang yang bakal jadi tunang akan datang meminang.

“Kita perlu perbanyakkan istighfar, solat taubat, solat hajat, istikharah, witir dan sebagainya untuk cuci hati kita. Maka hati kita akan jadi magnet untuk menarik orang yang sesuai dengan kita untuk mudah datang, sama ada bakal pasangan atau sesiapa saja.

4. Doa Tidak Makbul
“Kita berdoa untuk mendapatkan jodoh. Allah telah berfirman: “Mintalah kepada-Ku nescaya Aku perkenankan…” Persoalannya, kenapa masih tidak bertemu jodoh? Salah satu punca doa tidak makbul ialah hati masih kotor, rezeki masih belum berkat, zakat masih belum sempurna dan sebagainya. Hati yang masih kotor bermakna masih benci atau sakit hati pada orang.

5. Restu Ibu Bapa Belum Total
“Jodoh tak sampai juga mungkin disebabkan restu emak bapak tidak total. Emak bapak masih rasa tak berapa sedap untuk lepaskan anak. Tanya pada emak, ‘Mak benar-benar redha tak saya berumahtangga?’ Ada emak yang anak sulungnya tak mahu dilepaskan, anak bongsu apatah lagi. Itu yang kadang-kadang susah hendak dapat jodoh. Emak mahu anaknya kahwin tapi dalam hati masih tidak benar-benar redha untuk lepaskan. Ini satu masalah yang besar.

Banyak kes yang saya jumpa, bila emaknya benar-benar redha, terus dapat jodoh yang baik.

6. Faktor Metafizikal
“Kadang-kadang tak bertemu jodoh juga disebabkan ada faktor-faktor metafizikal yang susah hendak dijelaskan.

Contohnya terkena sihir atau gangguan ilmu hitam yang kadang-kadang susah hendak dijelaskan secara saintifik. Tapi ini wujud dan berlaku. Sebab sihir sudah ada sejak zaman jahiliah dulu sampai sekarang.

Jika ini berlaku, carilah jalan untuk benteng diri kita atau pulihkan diri kita dengan cara-cara yang munasabah untuk mengatasi masalah belum bertemu jodoh.”

------------------------------------------------------------------------

=)




Sunday, October 24, 2010

Episode 80 ( Kena dengar nie )



Don't let your troubles make you cry
Don't waste a moment wondering why
When everything goes wrong
You have to go on and do it or die

Do it or die now, stand your ground
Don't let your bad breaks go gettin' you down
Even when times get rough and you've had enough
You still gotta try (that's right)

Do it no matter what the people say (no matter)
They don't even know you (They don't know you at all)
I'd die before you let them stand in your way
(Don't you know that) You should know that

Life is a gamble all along
Winners are losers who keep rollin' on
So go on and roll the dice, you only live twice
Do it or die

Do it no matter what the people say (no matter)
They don't even know you (They don't know you at all)
I'd die before you let them stand in your way
(Don't you know that) I know that (You know that)

Life is a gamble all along
Winners are losers who keep rollin' on
Just go on and roll the dice, you only live twice
So do it or die

You got nothing to to lose
Just go on and roll the dice, you only live twice
Do it or die



Lagu yang menarik. Bagi aku lagu nie sesuai untuk orang yang mengalah seperti aku =)

Saturday, October 23, 2010

Episode 79 ( Penantian itu satu penyeksaan )

Alhamdulillah syukur akhirnya. Penantian yang bergitu lama untuk abang aku yang kedua dan terakhir iaitu akmal hisham. Akhirnya dia berjaya mendapat belajar lagi sekali di uitm shah alam ( membuat master disana ). Perjalanan yang sukar dihadapi oleh abang aku.

Sebenarnya perjalanan adik beradik aku semuanya bergitu banyak cabaran dihadapi. Aku tahu juga ramai diluar sana bergitu ramai yang menghadapi cabaran-cabaran yang hebat bakal kita tempuhi, tak kisah sama ada berat atau ringat, lama atau sekejap. Aku bukan nak memburuk-burukan orang, tetapi janganlah sesekali kita membuat sesuatu perkara yang kejam mahupun berfikiran yang tiada akal. Usahlah juga ada politik didalam isi perkerjaan mahupun sebagainya kerana itu yang akan melemahkan setiap orang untuk mencapaikan sesuatu dengan niat yang bersih dan murni.

Setiap orang mahukan kejayaan dan kegemilangan. Bergitu juga dengan aku. Sahabat-sahabat aku masih tidak tahu yang aku tengah kumpul duit untuk membuat sijil ke Laut untuk bekerja disana. Aku terpaksa kumpul sikit demi sikit untuk mencapai 2 ribu. Walaupun aku tak berkerja tetap. tetapi koleksi aku boleh tahan juga untuk penyediaannya.

Mungkin ada yang rasa aku seperti lari mahupun berselindung. Iya sebenarnya, aku berselindung selama ini kerana aku sengaja melarikan diri. aku rasakan sudah tiba masanya untuk aku berfikir kedepan. Aku bukan lagi manusia yang dulu. aku tidak mahu seperti dulu yang keluar bercuci mata melihat anak gadis melayu islam kita yang perkaian tidak senonoh seperti menuju ke NERAKA JAHANAM. walaupun bertudung tetapi baju masih berketat nampak pinggul dan buah dada yang besar disukai setiap lelaki bila memikirkannya.

Banyak yang aku menanti tetapi masih lagi tercari-cari. aku harapkan allah swt makbulkan setiap doa aku, ibu bapa aku, adik beradik aku, rakan-rakan, sahabat-sahabat dan juga orang yang mengenali diri aku

Thursday, October 21, 2010

Episode 78 ( Oh no Oh Yea !! )

Sekali lagi aku terbaca artikel kat laman facebook " hari-hari saya sayang awak, hari-hari saya tengok profile awak " aku tak ada usha siapa-siapa pun seperti aku pernah tulis diblog aku disini.
(nak tahu bacalah kenapa =) ). Aku baca sebab aku suka mengetahui sesuatu perkara. kadang-kadang aku perlu menonton video untuk ilmu sesuatu seperti Nat TV dan lain-lain sepertinya.

Dan ini ada beberapa post yang aku terbaca diNota yang tertera. (sebenarnya aku dah lama baca tetapi aku nak kongsi)




Sukar untuk mengenali hati budi seseorang namun kamu mungkin boleh meramal sifat atau perangai seseorang menerusi perlakuan hariannya. Ruangan kali ini memberi peluang kepada pembaca untuk menilai dan memahami ciri-ciri lelaki tertentu sekadar untuk panduan agar kamu lebih memahami kehendak dan kemahuan insan yang bergelar lelaki. Mungkin ada yang sedang memerhati rentak lelaki idamannya dalam diam... ha, kaedah ini mungkin boleh membantu kamu menilainya!


LELAKI TAKUT KOMITMEN

Personaliti: Bukan tiada teman istimewa, ada kalanya hubungan yang terjalin antara dia dan teman istimewanya bertahun-tahun lamanya! Namun keinginan untuk membina sebarang ikatan rasmi tidak pernah wujud dalam dirinya. Karier dan kehidupan sosialnya sering menjadi keutamaan dalam hidup. Tidak hairanlah sekiranya individu yang tergolong dalam kategori ini memiliki ramai teman.

Kesimpulannya: Sekiranya dia mempamerkan antara sikap begitu, dia dikatakan seorang yang tak boleh dipercayai sangat apa yang diucapkan pada kamu. Mungkin hari ini dia melafazkan kata suka pada mu tapi beberapa minggu kemudian, dia seolah-olah tak mengenali kamu selama ini! Dalam erti kata yang sebenarnya, dia masih belum bersedia untuk menjalinkan komitmen dengan mana-mana gadis buat masa itu.


LELAKI RASIONAL

Personaliti: Keperibadian mereka tergambar menerusi penampilan luarannya. Semangat yang tinggi dan komited terhadap kerja memperlihatkan sikap rajin mereka itu. Ramai yang beranggapan lelaki dalam kategori ini berpewatakan serius dan sukar untuk diajak bergurau kerana sikap tekun yang wujud dalam dirinya itu. Selain itu mereka suka memendam perasaan dan kerana sikapnya itu kadangkala dia berubah menjadi seorang yang agak pemarah.

Kesimpulannya: Biarpun kelihatan seakan dibebani dengan pelbagai tugasan namun lelaki yang tergolong dalam kategori ini sentiasa bersemangat dan gigih berusaha demi mencapai kejayaan. Pemikiran rasional menjadikan mereka individu yang positif. Percayalah, lelaki rasional ini boleh diharap dan bersedia melaksanakan tanggungjawab mereka itu tanpa sebarang halangan. Keluarga adalah segala-galanya bagi mereka ini.


LELAKI KONSERVATIF

Personaliti: Pemikiran dan perwatakannya konservatif memperlihatkan dirinya serba sederhana. Sikapnya yang gemar memerintah dan sentiasa berfikir bahawa seorang lelaki perlu dihormati dan disanjung memperlihatkan sifat egonya yang agak tinggi. Dari sudut positif yang ada pada diri individu yang tergolong dalam kategori lelaki konservatif ini, mereka bijak mengatur perbelanjaannya.

Kesimpulannya: Berfikiran matang dan bersedia memikul tanggungjawab menjadikan diri mereka mampu bertindak sebagai pemimpin dan ketua. Bagi lelaki konservatif ini, mereka sering mencari pasangan yang mampu memberikan ketenangan dalam hidupnya.


LELAKI HIPOKRIT

Personaliti: Ego dan gemar mementingkan diri sendiri adalah sifat utama yang ada dalam diri mereka. Berlakon dan gemar berpura-pura menjadi mainan rasmi dalam hidupnya. Mereka juga gemar mengambil kesempatan atau menindas orang lain demi untuk kepentingan dirinya sendiri. Awas!

Kesimpulannya: Sememangnya lelaki sebegini harus dijauhi. Sikap hipokrit dan gemar berpura-pura membuktikan bahawa dia juga seorang penipu! Jangan mudah terpengaruh dengan rupa paras dan kemewahan yang dimiliki!


LELAKI ANTI PEREMPUAN

Personaliti: Sering memberi kritikan terhadap golongan wanita dan beranggapan wanita sering menyusahkan dan membebankan mereka! Sikap tidak gemarkan kanak-kanak juga boleh dilihat dengan jelas dalam diri mereka. Sebaliknya mereka gemar menghabiskan masa dengan mengumpul sesuatu benda sebagai koleksi peribadi.

Kesimpulannya: Jangan salah tafsir terhadap individu yang sedemikian. Hakikatnya mereka juga mempunyai teman istimewanya sendiri, namun di sebalik sikapnya itu tersembunyi suatu perkara yang sukar untuk dijangka. Mereka mempergunakan wanita untuk kepentingannya sendiri! AWAS dengan lelaki sebegini kerana mangsa mereka adalah wanita yang mampu menuruti segala kehendaknya.


LELAKI PLAYBOY

Personaliti: Sentiasa berpenampilan menarik dan peka terhadap perkembangan dunia fesyen semasa. Secara tidak langsung mereka bijak mengguna kelebihan yang mereka miliki itu untuk memenangi hati individu yang mereka suka. Karisma yang ada dalam diri menjadikan mereka sering mendapat perhatian! Bukan itu sahaja, malah mereka memang bersifat romantis dan mulut ‘manis'.

Kesimpulannya: Menyentuh soal komitmen, itu adalah isu yang paling digeruni oleh individu dari golongan ini. Sebaliknya mereka lebih gemar berseronok dan mendampingi ramai wanita dalam satu masa kerana bagi diri mereka ia adalah satu kelebihan istimewa yang ada dalam dirinya.


LELAKI BERWAWASAN

Personaliti: Biarpun dia seorang yang pendiam namun individu di sekelilingnya mudah tertarik dengan sikap itu. Lelaki sebegini sering melahirkan idea yang rasional dan logik. Fokus utama dalam hidupnya adalah kerjaya dan ada kalanya ada yang beranggapan lelaki sebegini terlalu mementingkan kerja dari yang lain. Dia juga pentingkan kesempurnaan termasuk dalam memilih pasangan hidup. Kebanyakan mereka juga tidak suka terikat dengan komitmen terlalu awal.

Kesimpulannya: Wajar kamu cuba menghampiri individu sebegini. Sikapnya yang berwawasan dan berfikiran jauh ternyata mampu menjamin masa hadapan. Pasangan yang paling sesuai untuk individu sebegini adalah wanita yang bijak berdikari kerana kesibukannya memaksa pasangannya untuk berdiri di atas kaki sendiri, namun ini tidaklah bermaksud dia akan melupakan terus tanggungjawabnya sebagai seorang lelaki.




Sebentar: aku cuma sedikit terkeliru dengan orang anti perempuan. bagi aku ia tak seperti yang tertera diatas sebenarnya. Lelaki yang anti perempuan ada sebabnya. Salah satu sebabnya ialah mereka selalu dikecewakan + mereka melihat perempuan-perempuan didepan mereka tidak seperti perempuan yang terletak didalam fikiran orang yang berfikir "adakah itu perempuan namanya?"

Bagi aku, aku adalah salah seorang yang anti perempuan. Tetapi aku tak pernah berfikir perempuan itu membebankan. Yang membebankan disini ialah perempuan yang tidak tahu untuk berdikari didalam sifat lelaki ANTI perempuan sebenarnya. Sering saja sikit-sikit suruh buat macam-macam yang tidak munahsabah langsung. Bagi aku barang peribadi tidak langsung ada. sebab kawan aku juga ada yang anti perempuan tetapi tak ada pun menyimpan koleksi peribadi macam permainan semua? what a hell dude? ghah!! ini semua dusta untuk menjatuhkan image seorang lelaki yang anti perempuan..

Dan ini adalah orang kata tanda-tanda kita tergolek didalam longkang haahah!! mari kita selidik betuk ke tidak ..




1. Anda tidak akan marah terlalu lama dan akan berusaha untuk mengawal kemarahan anda terhadapnya. ( maybe )

2. Anda akan sentiasa merindui dia. ( yeargh )

3. Apabila berjalan dengan dia, anda akan berjalan dengan perlahan. ( yeargh )

4. Anda akan tersipu-sipu malu apabila bersama dengannya. ( salah nie )

5. Apabila anda berfikir tentang dirinya, jantung anda akan berdegup pantas. ( berdegup dengan pantas itu tak pasti tetapi fikir akan dirinya sudah pasti ia )


6. Hanya dengan mendengar suaranya, anda akan tersenyum tanpa sebab. ( ini adalah tanda-tanda orang tak waras. tetapi ia sebenarnya )

7. Apabila anda melihat dia, anda tidak akan peduli orang di sekeliling anda. Anda cuma melihat dia seorang. ( melihat sesuatu ada sebab sebenarnya. jaga-jaga kepada kaum wanita )

8. Anda akan mula mendengar lagu yang berirama balada.( pada awalnya ia dan jika berakhir dengan kekecewaan orang akan dengar lagu ROCK heavy atau Black )

9. Dia sentiasa di fikiran anda. ( sure ke? )

10. Anda akan sentiasa terhidu baunya. ( tak )

11. Anda menyedari bahawa anda akan tersenyum apabila memikirkan tentang diri dia. ( ia sebenarnya )

12. Anda akan lakukan apa sahaja untuk dirinya. ( semestinya )

13. Apabila anda membaca ini, pada masa yang sama, ada seseorang di dalam fikiran anda. ( hah? tak faham ?

Jadi para yang melihat blog aku. buatlah andaian sendiri. ini cuma apa aku fikirkan. apa yang baik buruk terserah kepada anda =)

Have a nice day

Episode 77 ( baru ? )

Akhirnya aku dan abang aku berjaya juga memiliki benda nie akhirnya. Penantian abang aku dengan aku rasanya agak lama jugalah. Sebab kita orang tunggu harga yang mungkin rasa berbaloi sebenarnya. Playstation 2 semua orang nak kalau beberapa tahun yang lepas. jika orang kata X-box ke Wii ke apa ke, itu terpulang kepada ciri cita rasa masing-masing.

Aku beli dengan abang aku Jumaat yang lepas. Aku beli kat Digitalmall. Harga ada yang tawarkan 490-530 ( game tak boleh pilih ) jadi aku dengan abang aku usha harga kedai ke kedai. Ada kedai penjaganya orang kita melayu. Tetapi bagi aku sombang yang teramat. Jadi aku dengan abang aku malas nak berdeal dengan mereka. Akhirnya abang aku memilih harga yang 530 ( siap dengan original control 2 + 10 game dia pilih + 8 GB memory ) ok lah abang aku tertarik.

Hari ini aku ke kedai yang aku selalu beli game PS 1 dan harga dia jual 450. ADUH!! aku memang tak suka kalau dah beli, aku tanya harga balik, harganya lebih murah berbanding aku dengan abang aku beli. Jadi aku tak kisah. kedai kebiasaan aku dulu nama dia yuki apa kejadahlah kat amcorp mall. Dulu aku rasa aku dah habiskan duit untuk game macam rokok. setiap hari boleh tahan ada saja game baru. Kini bila ada ps2 game aku rasa tak seberapa seronok seperti dulu cuma harga game ps2 aku boleh dapat 4 ringgit 1 keping kalau 3 keping 10 ringgit kat kedai amcorp mall.

jadi kesimpulannya kalau kita dah terbiasa dengan kedai kita beli. Tanya betul-betul, kemudian bandingkan kualiti tempat ke tempat =)

(aduh!!) ehhehehe

Wednesday, October 20, 2010

Episode 76 ( 60 Petua Mendapat Pasangan )

Ada sesetengah orang mungkin telah bosan untuk mencari sebenarnya ( sama seperti aku yang telah bosan dan biarkan apa yang terjadi-jadilah ) . Aku dapat list ini daripada Facebook ( saya tiap-tiap hari tengok profile awak ) lebih kurang macam tulah facebook orang nie. Aku pun mula membaca dan melihat semua isi-isi yang terkandung didalamnya. Bila aku membaca 60 pertua ini, ada yang salah satu diantaranya aku rasanya seperti salah sebenarnya, tetapi aku fikirkan balik mungkin aku yang salah. tetapi tak mengapa, Aku cuba untuk kongsi apa yang aku telah baca daripada 60 pertua ini.....


Senarainya ialah.............

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti "magnet" yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau `kegilaan' bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya Kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya Kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.

Dato' dari. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah

Itu saja yang terkandung