Monday, March 29, 2010

Episode 43 ( Senyuman kembali seketika )

Tulisan Cinta

sebelum aku tulis liriknya yang benar-benar datang dari fikiran aku dan jiwa aku. kalau boleh, aku nak minta pendapat sesiapa yang membukak dan membaca blog aku. apa yang terlintas difikiran kira tentan tulisan cinta?

adakah tulisan cinta ini hanya sekadar tulisan ataupun sebaliknya?
aku benar-benar perlukan idea yang aku rasa rumit untuk aku sekarang nie...


Friday, March 26, 2010

Episode 42 ( akhirnya )

adakah kisah kita ini
telah berakhir tanpa kata?
yang seharusnya diriku
menahankan segala rasa

maafkanlah diriku ini
menyingkungkan hatimu
dan kaulah segala
segala yang ku impikan

dan kiniku sendiri
sendiriku merasakan
kehilangan dirimu
yang slalu
menemani langkahku

haruskan?
ku menyimpan segalanya,
yang ada,
terpatri dihatiku, hanya untukmu

ku berdoa pada yang esa
smoga kau bahagia
jalanilah hidupmu
tanpa hadirnya bayangku

.......

tahukah dirimu
bahwa kaulah yangku doakan
agar kau mengerti,
setiap langkah bersamamu





aku baru buat tadi, dan aku rasa entahlah untuk lagu nie....sebab aku telah lama ada "rangka tapi tak ada isi" dan bila aku isikannya seperti ini aku rasakan tak puas hati.
tetapi,
apa pandangan bila orang membacanya?

Saturday, March 20, 2010

Episode 41 ( Apa nak jadi lah nie )

Esok dah show... satu haram jadah pun tak ada buat latihan, biasalah. kita orang rock star . huhuhuhu!!

aku rasa, malas pun dah mula didalam hidup aku, dengan kepala otak aku yang serabut sekarang nie, macam-macam perasaan dengan fikirin yang kusut melanda.

malas aku nak cakaplah............

Thursday, March 18, 2010

Episode 40 ( Tingkatan 5 Merah yang Hebat )

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LAKI BUKIT BINTANG PETALING JAYA , disitulah aku menuntu ilmu dan sebagainya. Dari aku sekolah rendah sampai menengah Bukit bintang bersemadi didalam hidup aku. 6 tahun disekolah rendah dan 5 tahun disekolah menengah,

setiap orang ada jalan cerita akan tentang kawan-kawannya dan sahabat-sahabatnya, tak juga cerita-cerita baik dan buruk. tetapi bagi aku, cukup berbangga dan berbesar hati disekolahkan bukit bintang. walaupun sekolah bukit bintang tidak sehebat sekolah-sekolah lain, tetapi aku cukup bangga dengan setiap warga bukit bintang.

orang kata " akedemik adalah penting untuk setiap insan " memang betul , tetapi usah gabungkan akedemik dan kesukanan. ada orang yang hebat sukan tetapi dia tidak pandai belajar. Kerajaan pendidikan malaysia aku rasa, telah terlepas pandang akibat ini. sebab kita telah membuang atelit yang terbagus didalam negara kita sendiri. kalau setakat nak hasilkan sekolah sukan tetapi modalnya jarang kita nampak, lebih baik kita melihat bakat yang ada diatas padang bila sedang beraksi. bukan aku cuba kata aku ini hebat dalam bidang sukan tetapi, ini hanya pendapat aku.

minta maaf jika ada pihak yang terasa dengan pendapat aku tidak seberapa ini...
kembali kepada tajuk asal aku..

kenangan sekolah terlalu susah untuk aku padamkan. bila terkenangan balik, hati ini terasa gembira dan sebagainya. sejak akhir-akhir nie aku jumpa balik kawan-kawan satu kelas semasa aku form 4 dan 5 . time tu memang kepala gila , kalau duduk cerita aku rasa tak sampai 24 jam hahaha!! sebab sekor-sekor nak pulang ke rumah sebab tidur hehehe!!

terus terang aku katakan, semasa aku disekolah, aku bukan jenis yang liar, kehidupan aku hanya orang yang bosan sampai sekarang.

bangun pagi ke sekolah - rehat dan lepak dengan kawan-kawan - balik naik lrt - sampai rumah rehat sekejap, keluar ke astaka untuk rugby - balik kadang-kadang lrt atau jalan kaki - malam tidur ataupun main guitar. ( ini time aku sekolah )

kalau time jumaat sabtu ahad
malam lepak dengan kawan rapat rumah aku sham dengan adam ( pergi pasar malam , lepak rumah adam sampai 6 pagi ) - duduk termenung kat atas bumbung tengok bintang - berangan-angan .

tetapi kehidupan aku didalam kelas yang sebenarnya ialah
melukis- tulis sajak, puisi dan sebagainya - aku hanya dengan hidup aku sendiri , guitar dari dulu seperti nyawaku dan seperti kekasihku , itu saja.

hehehe!! tergelak sementara aku melihat gambar kelas aku waktu ini....
setiap orang ada cita-cita.
aku ingat lagi waktu aku bersama rakan aku hirzan. Dia bercita-cita nak jadi pelakon seperti shahrukhan, dan aku ingin menjadi seorang pemain guitar seperti Eross chandran dari sheila on 7 . aku dengan dia berazam kuat untuk bergelar artis. tetapi sekarang nie hirzan menjadi seorang askar di TUDM hehe!! insya allah suatu hari nanti cita-cita dia akan tercapai, bagi aku pulu, perjalanan aku untuk menjadi seorang pemain guitar masih jauh.

aku sedang siapkan Lagu-lagu yang aku ciptakan sekarang.setiap orang ada cerita tersendiri. dan ini yang aku ukirkan, yang aku tuliskan dan yang aku capaikan.

aku hanya tahu segelintir cerita budak-budak kelas aku. buat masa sekarang ini, tak ada yang aku dengar kahwin lagi =) .
aku bila kahwin? oh..jodoh tiada lagi, kekasih pun tiada lagi, siapalah aku nie, yang asik dikecewakan dan sebagainya. ada yang cakap aku ini emosi dan sebagainya.
bagi aku, aku telah cuba menarik perhatian mereka. tetapi itulah, kosong yang aku dapat.
tahun nie aku setakat usha-usha hai hai je.

memang hati aku dah tak larat untuk bercinta lagi, melainkan dia yang cuba. dulu aku selalu cerita pasal ini dengan kawan aku hirzan heheh!! thanks beb..kita berdua saling tukar cerita hehehe!!

Sunday, March 7, 2010

Episode 39 ( jangan salahkan satu pihak sahaja )

Orang kata " laki semua sama / perempuan semua sama " apa yang mereka kecewakan sebenarnya?

bagi aku semua orang adalah sama.tetapi semua orang lain juga.sama atas golongan bernama manusia. bila lelaki atau perempuan kecewa, semua akan salahkan kaum adam ataupun hawa. bagi aku kedua-duanya salah dan ego sama sekali. apa pun kita janganlah fikir sesuatu perkara yang terjadi sama seperti orang sebelum ini. aku bukanlah pakar motivasi tetapi aku cakap apa yang aku nampak. saling menunding jadi kepada adam dan hawa. cuba bayangkan dunia ini berperang hanya pasal perempuan dan lelaki? cuma pasal lelaki kecewa dengan perempuan, perempuan kecewa dengan lelaki pasal permainkan perasaan dan sebagainya? bodoh tak jika jadi bergitu?

bagi aku yang dah hidup lingkungan 20an nie, aku rasa aku dah hadapi pelbagai situasi orang, tetapi aku tahu, ada yang lagi teruk daripada aku kena. cuma kita perlu rasakan diri kita disituasi orang tu. jangan kita rasa perasaan kita. cuba kita gantikan perasaan yang dia terangkan itu.

ada manusia berkata " kalau marah lepaskan " apa yang kita dapat kalau kita lepaskan? kita akan rasa puas? adakah puas itu selamanya? tidak sama sekali. dulu aku mungkin seperti yang aku cakapkan. tetapi bila aku fikir secara amnya, " apa gunanya jika kalau kita asik marah saja? "
marah ini seperti syaitan, marah ini seperti api. apakah aku sentiasa mahukan jadi seperti itu?
aku hanya mahu jadi seperti manusia yang tahu erti senyum dan kawal keadaan bila perasaan marah tu datang.

lama juga kita perlu belajar keadaan seperti ini. bila kita belajar setiap cara, ia seperti kita belajar sesuatu perkara. kita perlu juga mantafsir setiap nilai kehidupan yang ada, daripada buruk dan baik. hidup juga perlu seimbang dari segi emosi.

Friday, March 5, 2010

Episode 38 ( Dunia dan pura-pura )

Rasa apa gunanya lagi jika dunia ini hanya pura-pura?
sana-sini hanya sesuatu?
lebih baik jadi manusia yang tiada perasaaan
daripada manusia yang pura-pura

bukan aku tak mahu hidupkan perasaan,
tapi,
apa gunanya jika hanya diri sendiri yang melaluinya?
tanpa sebab?

telah aku matikan,
aku masukan mood tiada perasaan daripada semua yang ada,
apa yang aku rasa,
hanya aku tahu

dunia ini hanya pura-pura
dan tiada perasaan kata orang kepada aku,
tetapi yang sebaliknya
orang seperti itulah yang menghancurkan dunia yang ada perasaan.

jika kalau kau rasa keluarga kau hancurkan kau,
maka sebenarnya kau yang hancurkan kau dari mula,
kesedaran kau tak membuka mata,
kau hanya tahu pentingkan diri sendiri dengan gaya kau yang angkuh.

gelak tawa hanya untuk hidupkan hati saja,
bila tiada semuanya,
minda akan berfikir segalnya
yang terjadi