Monday, February 15, 2010

Episode 37 ( Tiada perasaan )

Selepas aku bukak facebook aku, dan aku rasa sesuatu yang tak sepatutnya aku rasakan. aku rasa lemah dan rasa kaku. aku rasa aku patut tamatkan dan matikan betul-betul dari akal fikiran aku nie.

aku rasa, hidup aku penuh dengan isi rehat, tetapi aku perlukan rehat yang tak bagi aku memikirkan apa yang aku mahu memikirkan. kalau boleh aku nak juga kawan yang tak memberi aku ingatan yang lama aku cuba hilangkan. kenapa kita selalu cuba bangkitkan cerita silam yang kita tak dapat elakkan?

selesai sahaja Ep pertama aku, aku perlukan rehat untuk tenangkan fikiran aku tanpa fikir apa disekeliling aku.

biarlah aku jadi manusia yang tak ada perasaan daripada pura-pura dalam hidup.

aku tak layak untuk terima apa yang ada semua didepan mata aku.
aku hanya mampu tolong orang dan memberi senyuman sahaja.
aku adalah keji terhadap diri sendiri
adakalanya aku pentingkan diri sendiri
dan aku juga keliru dengan hidup aku,
bertapa naifnya aku nie,



Episode 36 ( Tamaknya aku )

Mungkin aku rasa aku nie tamak, semua aku nak jadi. tapi tamak aku pun ada batasnya lagi.
kadang-kadang aku rasa, aku macam nak tinggalkan band aku pinguin. sebab aku rasa, aku nak jadi orang tulang belakang, tetapi fikirkan balik rasa tak perlu. sebab aku yang tubuhkan, entahlah. ini cuma aku rasa je. tak ada apa-apa pun didalam fikiran aku sekarang nie, cuma perasaan saja.

lagu sepi dah siap, tapi joe sms aku dia berkata lagu nie tak cukup perfect lagi. dia tak puas hati, sebab kalau nak bagi Ep macam nie kat orang baik tak payah. lebih kurang macam tu lah. sebab aku nak Ep pertama aku lagu sepi tu boleh diterima orang, dan aku nak instrument dia lancar. minta maaf kepada lone kalau dia saja-saja bukak page aku nie.

aku tak nak ada bunyi-bunyi sumbang, kalau buat bunyi sumbang mesti kena tolak. sekarang nie jangan tengok cara lagi, kita kena buat orang boleh terima dengan kita,bila orang dah kenal dengan kita baru kita buat sesuatu yang baru dan unic. pendengar dimalaysia nie susah untuk kita ramalkan. mereka bukan seperti dinegara-negara luar.

tepuk dada tanyalah selera masing-masing.....
kenapa kita tak suka artis negara kita sendiri tetapi kita suka artis negara asing..
lu fikirlah sendiri kata nabil.
kalau suka pun atas dasar raut wajah sahaja.


Thursday, February 11, 2010

Episode 35 ( gengamkan jari-jemarimu )

Kadang-kadang kita ingin tangan kita digengam, dipegang, disentuh atau sebagainya. bila kita gengam sesuatu perkara, lama kelamaan ia akan hilang dengan bergitu sahaja. walaupun kita genggam janji, genggam hati.

apa yang pasti, kita haruslah genggam sekuat yang mungkin untuk sesuatu perkara, bukan kita abaikan.

dulu aku pernah genggam janji, tapi aku sendiri yang lepaskan janji tu.sebab pada masa itu, aku rasakan aku akan janji tak akan tinggalkan apa yang aku telah janjikan. tetapi aku terpaksa sebab hal tertentu.

tetapi
apa yang aku harus janji hanyalah pada janji diri sendiri, bukan aku janji bersama orang yang aku rasa tak dapat untuk aku genggam bersama. aku bukan manusia yang genggam semua perkara.

apa yang aku hanya genggam adalah keluarga dan tali persahabatan aku diantara sahabat-sahabat aku lelaki. tiada perempuan.

biarlah nak dikatakan apa, sebab kesedaran membuat aku terjaga dari mimpi yang bodoh aku hidup selama ini. tak ada lelaki kawan dengan perempuan kerana sebab.
cuma perempuan saja yang bodoh dan lelaki yang bodoh saja yang akan terhegeh-hegeh dibelakang bontot mereka.

aku harapkan suatu hari nanti aku akan genggam apa yang aku inginkan

Wednesday, February 3, 2010

Episode 34 ( Pedas? )

Perpatah melayu ada berkata macam nie "siapa macam cili dia terasa pedas" jadi adakah dia pedas bila dia membaca apa yang aku tulis? wohohoho!!! tak ada masa aku nak tuju ayat tu kat dia sedangkan aku sedang hidup bahagia seorang diri tanpa diganggu oleh manusia seperti dia. apa kejadahnya lagi untuk aku toleh belakang dan bawa semua kedepan hanya kerana satu perkara yang bagi aku bodoh untuk dia lakukan seperti ini.

masa aku bukan untuk perli dia, masa aku hanya untuk aku. itu pun kalau dia berfikiran panjang, bukan berfikiran pendek.kesian aku melihat orang seperti tu, bukan aku yang cari masalah tetapi dia sendiri yang mencari masalah pada awalnya.

nak cakap aku ego? woho, aku ego disebabkan dia yang mulakan. aku tak akan rasa kesal atas perbuatan aku nie, sebab aku memang ego dari awal dulu sampai sekarang. nak cakap aku putar alam silalah, tetapi aku tetap dengan diri aku. siapa kenal aku dia tahulah, yang tak tahu tu yang cakap macam tu.

cubalah sedar diri sikit, siapa yang cari masalah dulu jika kalau bukan diri sendiri kan? maksud aku diri sendiri tu bukan aku, tetapi orang yang aku sedang cerita nie. aku tak faham apa masalah dia. aku bukan nak jadi blog aku sebagai tempat kutukan orang, tetapi aku tak faham kenapa perkara ini harus terjadi? orang kata, kalau ia bukan urusan kau kenapa kau nak masuk campur? apakah dia rasa diri dia terlibat juga ke?

aku sedang bingung untuk jawapan manusia seperti itu.....

=.=!

Episode 33 ( aku rasa.....)

Hati aku dah tak kisah untuk semuanya, perasaan yang aku pernah wujudkan aku matikan, apa yang aku rasa mahu aku akan rasa sedikit tidak mahu.Dahulu jika aku rasa aku sentiasa dekat dengan sesiapa, aku ingin jarakkannya. sebab aku rasa, kalau aku seorang diri pun lebih senyuman dipipi aku.

aku rasa jadi manusia yang tak ada perasaan adalah lebih bagus daripada manusia yang pura-pura dalam hidup.

tapi aku lebih suka diam dan bising. kiranya hidup aku 50-50. terlalu ceria pun susah dan terlalu emosi pun susah.

yang pasti untuk tahun nie,tak akan ada erti seorang perempuan dalam hidup aku. kosongkan suasana semua nie. tetapi aku setakat pandang-pandang kosong aku suka.lebih daripada itu aku dah malas

Tuesday, February 2, 2010

Episode 32 ( Fahamkanlah )