Sunday, December 6, 2009

Episode 2 ( Lari ? )

Kenapa susah sangat ? kenapa susah nak terima keadaan yang sebenarnya? aku pun tak faham.
Dari hari kejadian tu sampailah sekarang aku masih tak faham dengan sikapnya yang seperti cuba lari daripada aku dan seperti elakkan aku daripada hidup dia? kenapa sebenarnya?

Kenapa aku letak gambar nie? sebab aku rasa gambar itu menunjukkan orang kecewa, bila hatinya sudah tertawan,lalu dia memberikan cintanya, tapi cintanya tak disambut. kalau nak diceritakan kisah cinta aku, memang panjang dan putar belit. setiap orang ada wanita idamannya, wanita yang dia suka , tak kisah dari aspek apa pun. Bak kata orang " Sedap mata memandang , itulah yang aku suka ". Semua orang macam tu.

Seperti kisah aku sedang jalani sekarang, mungkin salah aku . Sebab layanan aku terhadapnya. Dari seorang kawan yang jatuh hati dengan kawan sendiri. bagi aku, langkah aku lain. aku ingatkan dia ini seperti kawan perempuan yang aku pernah ada dahulu. aku layan kawan perempuan aku , Kau aku , dan cara perbualan aku seperti seorang kawan lelaki ,tapi cara percakapan aku masih lagi ada batasnya.aku mengaku aku memang suka dia, tapi sayangnya harapan aku dihalang oleh kawan aku atas sebab dia masih lagi sayang dengan kekasih lamanya dan kawan aku pernah berkata " kalau kau cauple dengan dia, kita putus kawan " jadi aku terpaksa putuskan niat aku sebab kata-kata dari kawan aku.

Dari situlah aku belajar untuk mendalami hati seorang perempuan.setelah aku putuskan harapan dengan dia,aku kenali seseorang, yang aku ingin ceritakan. Aku kenal dia sewaktu aku tamat sekolah menengah. Aku mengaku, aku cepat suka orang, tapi itu orang macam mana. asalnya aku bercakap dengannya , saya awak , tapi suatu hari, aku tersilap langkah, aku tercerita kat kawan baik dia, aku tanya asal perangai dia pelik dan macam gila . Pada masa tu, aku tak biasa lagi berkata dengan perempuan seperti mana dia berkata. Sebab kawan perempuan aku yang sebelum ini, tak pernah sedikit pun dia cakap seperti itu kat aku.

Jadi kawan baik dia, cerita kat dia. aku dengan dia putus kawan seketika. beberapa tahun selepas tu. sewaktu aku berada dikolej. aku dapat satu sms. aku ingatkan siapa,rupa-rupanya dia. asalnya jiwa aku rasa, patut atau tidak,tapi aku bukakkan balik. aku binakan harapan yang aku rasa sepatutnya, tetapi setiap kali aku cuba bukak langkah, dia akan bertanya kepada aku, kenapa lelaki bersikap macam tu lah , ini lah ,itulah. jadi aku rasa, aku tak akan dapat dia jika hatinya berpaut dengan yang dia suka. Banyak kali aku cuba nak terangkan kat dia, tapi aku rasa suatu hari nanti akan tiba juga masanya. setiap kali aku usha perempuan yang lain aku akan bercerita kat dia, seperti mana aku pernah buat kepada kawan perempuan aku sebelum nie, kadang-kala ada juga aku cuba buat dia rasa cemburu, tapi siapalah aku. manusia seperti ini, dah tak ada rupa , besar dan gemuk.

setiap kali aku sms dia atau telefon dia, aku rasakan aku seperti hampir dengan dia,seperti mana aku cuba rapatkan apa yang aku inginkan.mungkin salah aku,tersalah langkah dan tersalah cara.bayangkan aku layan dia seperti aku layan kawan karib aku sendiri? aku layan dia secara kasar dari segi bahasa aku.

aku tak sangka dia akan anggap aku sebagai kawan baik dia. orang pernah berkata kat aku "apa-apa pun biar jadi kawan, dan dari kawan itulah kita akan jadi pasangan " , tapi kenapa ayat tu tak boleh pakai? aku pun tak faham sampai sekarang.

sewaktu aku bekerja didalam kereta api, aku gelarkan dia ini sebagai bunga dendilion , kenapa bunga dendilion? sebab dia suka bertukar pasangan, dan apa yang dia cari seperti tak akan tetap disitu. bila bunga itu ditiup, maka terbanglah dia. mungkin siapa yang baca nie tak akan faham , tapi fahamkanlah sifat bunga dendilion tu macam mana. tapi aku harapkan dia pada suatu hari nanti akan tetap berdiri teguh untuk hari seterusnya.

dan kini, dia dingin dengan aku.sebab sifat aku yang ego. ceritanya bermula dari sini. aku dah sampai satu tahap dimana, aku angau , aku mimpi , aku terkenang , aku macam-macamlah. sampaikan aku rasa aku perlukan dia.tahap aku dah sampai kemuncaknya.suatu hari, aku sms dengannya, dia tanya kat mana ada mcdonal kat ss2, aku ingatkan dia dekat area kawasan sotong butter, tapi dia kat ss2 belah satu lagi. jadi dia pun secara tiba-tiba macam marah aku dan seperti nak maki aku,aku pun redha jelah, aku mengaku silap aku,salah aku. secara tiba-tiba kat situ aku jadi emosi sikit dengan dia.kalau dia cakap kasar dengan aku.akan aku balas balik,tapi aku seperti terasa.

jadi aku rasa aku macam dah bersalah dengan dia. esoknya aku nak ajak dia keluar tapi dia keluar dengan kakaknya , entah betul atau tidak. aku tunggu satu masa, satu hari aku keluar bersama abang ipar aku, aku beli card . aku beli 2 jenis card , satu card aku tulis aku minta maaf kat dia, satu lagi card tu tulis , apa tah, tapi bagi aku macam jiwang gak ah. sebab aku rasa sejak aku kenal dia sampai sekarang aku banyak salah dengan dia.

suatu hari kawan dia nie ada buat makan-makan kat rumah dia, jadi aku pun pergi lah ke giant nak beli buah, tiba-tiba kat giant ada sale cokolat cabruary, aku pun beli , kononnya kalau dia balik dengan aku, nak lah aku kasi kat dia. sebab orang kata "kalau orang tengah merajuk ke tengah marah ke , kasi cokolat kat perempuan, gerenti ok" tapi malangnya pada malam tu, dia macam dingin semacam dengan aku, aku nampak dari sikap dialah. aku pun tak faham kenapa.

lama juga aku tunggu kepulangan dia, aku sms tak balas, ada satu hari aku telefon, dia angkat tapi dia kata , dia sibuk. jadi aku tak nak kacau. sampailah satu hari, dia balik sini, aku jumpa dia, dia beli kereta baru. aku ok je. tahniah untuk dia sebab dia dah beli kereta. bukan macam aku, hanya sebatang kera je. tak mulakan apa-apa hidup lagi.

malam tu dia dengan rakan-rakan aku pergi ke ikea makan hot dog kat sana, aku ada projek band aku, tapi tak jadi sebab ada masalah timbul, jadi aku balik terus ke rumah aku.
kawan aku teringgal karipap kat dalam kereta dia, dan dia msg aku suruh datang ambil kat rumah dia, jadi aku pun berasa , inilah kesempatan aku nak bagi card kat dia.

dan terjadi lah sesuatu pada malam tu, aku serahkan card kat dia, dan aku terus bla macam tu saja. kenapa aku terus pergi macam tu? sebab aku malu dan segan. bila aku sampai dirumah faizal, aku dapat sms dari dia, dia cakap tak payah hantar card-card nie, tak payah cakap maaf-maaf dan dia kata kita kan kawan. sampailah dia bukak satu card. dia sms aku dia cakap macam nie " ntah ko nie, tiba-tiba bg kad,ntah pape la, jgn kata ko ske, baek jgn. aku xkan ske ko, kt kan kwn baik.tetap jd kawan baik sampai bile2 k " . aku tersentap sekejap dengan sms yang dia kasi tu. dan aku rasa, aku dah tersilap langkah dan tersilap cara. aku dah termasuk ke zone kawan.

pada suatu hari, dia ajak aku teman dia servis kereta ( dari situlah puncanya ) , dia sms aku ajak teman, dan aku kata ok je dengan cara aku, asalnya aku ingatkan teman wanita sedara aku, tetapi dia, aku tak save no phone rumah dia , aku hanya simpan no handphone dia saja. setelah aku selesai , aku tunggu dia.

pukul 2 aku ingat lagi, aku teman dia, dia tanya aku kecik ke tempat duduk dia, aku cakap, " semua seat kereta sama, besar ke kecik ke janji boleh duduk kan?" , lepas tu aku sound dia " asal kau tak bagi lampu isyarat ? " dia gelak, lepas tu dia cakap "ske hati aku lah" aku cakap dengan dia seperti aku tak ada mood, seperti cara aku biasa bersama rakan-rakan aku. sampai satu masa tu aku tanya " asal ajak aku? , asal tak ajak kawan baik kau?" dia kata "dia tengah kelas, kau sorang je yang tak sibuk" , aku diam je. sampai kat tempat servis, biasalah kalau servis kereta agak lama. dia suruh aku balik ambil kereta , muka aku seperti malas dan macam marah aku rasa , aku suruh dia duduk kat dalam,tunggu aku sampai. sebab kat luar nak hujan , aku pun bergegas ke rumah aku ambil kereta , tiba-tiba aku dapat sms , dia cakap " kau kat rumah da? tak yahlah ambil aku , aku tunggu je" . aku tak nak lah dia tunggu sorang-sorang. sampai je aku kat depan gate tu aku nak call dia tapi dia dah keluar ke arah kereta aku.

Waktu tu, kereta aku tak ada penghawa dingin lagi, jadi kereta aku panas macam sial, aku tanya dia " apa hal balik pj?" dia cakap dia ada seminar kat seremban, aku pun ok fine.

Dari saat itu lah dia macam dingin gile dengan aku, tak tahu kat mana silapnya. tapi aku sms dia, aku mengaku salah aku kalau aku cakap seperti menyakitkan dia. aku bukan marah dia sebab dia tak terima aku, cuma cara aku memang macam nie.

aku dari tadika, layan perempuan macam lelaki, lepas tu aku masuk sekolah rendah laki-laki, aku memang tak reti bergaul dengan perempuan, sedara perempuan aku pun aku layan dia macam adik beradik aku, ganas , dan xtream . aku masuk sekolah menengah pun laki. jadi aku tak tahu nak layan perempuan nie macam mana. serius aku cakap. aku sebenarnya takut dengan perempuan, kalau perempuan tu suka dengan aku. walaupun aku suka perempuan tu, aku tetap rasakan takut dan cuak. tak tahu kenapa. tapi apa aku cakap kan sekarang disini, aku hanya reti menolong orang untuk dapatkan apa yang dia ingini ,tetapi aku tak reti tolong diri aku untuk dapat apa yang aku ingini.

aku memang takut dengan perempuan. aku tak reti layan perempuan, sifat aku memang kasar, dan aku memang macam nie. jadi aku minta maaf jika terasa dengan sikap aku.

No comments:

Post a Comment