Friday, August 19, 2011

Episode 238 ( orang lupa apa yang dia doa? )

Assalammualaikum wbt

Setiap kali lepas solat, orang mesti berdoa, adakalanya ia berlaku musibah,bencana atau keraguan dia akan berdoa kepada allah swt, tetapi dia lupa apa yang dia doa kepada allah swt. dia lupa apa yang dia minta. terutama sekali doa perkataan seperti ini mesti akan kita cakap

"tunjukkanlah kami jalan yang benar jalan yang lurus, yang dekat bersama orang-orang beriman dan orang-orang soleh. janganlah kau letakan kami bersama orang-orang yang kufur dan ingkar perintahmu ya allah, tabahkan hati kami apabila menghadapi ujian darimu. kami berserah kepada mu, jauhkan kami daripada orang-orang yang melakukan maksiat, orang yang melakukan batasan kezaliman yang melampau dan lain-lain "

Dari kesedaran aku, apa kita selalu doa nie, selalu ada didepan mata kita, ada orang yang buat baik dengan kita, tetapi akhir sekali mulut kita akan cakap, orang nie pura-pura baik sahaja, esok lusa dia dengan tingkah laku dia balik yang kufur dan zalim. Dari situ kita berdoa kepada dia agar kembali kufur dengan keadaan dulu. bukankah dalam doa kita, kita meminta dekatkan orang-orang yang baik dan beriman ? iman bila-bila masa boleh naik turun, baik juga bergitu.

apa gunanya konsep tolong menolong, saling menegur antara satu sama lain? orang lupa disitu.
ada orang dia suruh jadilah seperti orang itu. tetapi kenapa dia tak nak jadi orang seperti itu? tak dapat jadi 100% tak mengapa, asalkan 10% pun jadi. asalkan kita buat nie kerana allah swt dan mencari keredhaannya.

Manusia memang boleh bertukar watak bila-bila, tetapi apabila yang jahat mendekati yang baik, perasaan jahatnya itu mula rasa semacam. lalu dari ganas berubah menjadi baik dan baik dan baik. itu konsepnya bernasihat dan bertegur untuk menjadi manusia yang baik.

orang yang beriman tak semestinya baik. sebab daripada pandangan aku, ada juga orang yang solat 5 waktu tetapi akidah dan akhlaknya cukup buruk sekali. ada yang jahat tetapi dia solat 5 waktu sehari. pun akidahnya teruk. ada yang baik tetapi tidak solat. itu lagi teruk. jadi konsep utama sebenarnya yang harus ada dalam sifat kita sebenarnya..

iman+akidah baik+akhlak baik = manusia yang baik dan taat

itu daripada kajian pemikiran aku yang sederhana nie....Ramai yang nak jadi terbaik, tetapi sayangnya dia tak pandang orang sekelilingnya, Doa yang hari-hari berdoa semakin menjadi terbiar sahaja. itu berkatnya doa.

itu pasal orang tua-tua kata, kawan biarlah beribu , tapi kawan jahat jangan lah beribu. bila kita ada kawan yang baik. sepatutnya kita dekat dengan dia, curi dan tanamkan sifat baik itu. jangan pula tanam sifat itu untuk menjadi sifat menunjuk-nunjuk. jadikan itu sifat peribadi yang mula disisi allah yang akan kita jumpa suatu hari nanti. Sifat jahat kawan jangan diikut kerana sifat itu akan sendiri mencari celakanya, mencari malangnya sendiri. malang tak akan timbul selagi kita yang mencari malang. celaka tak akan timbul selagi kita yang cari celaka.

aku pun ilmu tak banyak, setiap kali aku nak tidur, aku akan memikirkan kenapa allah swt jadikan burung dan binatang lain? kenapa ia harus berlaku. akhirnya bila aku buntu, aku cari jawapan kepada orang yang tahu. kadang-kadang tengok dokumentari, tak pun baca risalah .

manusia harus menjadi orang yang berguna dan taat. bukan manusia yang mementingkan diri sendiri. belajar balik sifat manusia sebenarnya...rasulullah saw dan ajar kita dan menyuruh kita macam mana nak jadi terbaik sepanjang umatnya =)). aku belajar daripada rasulullah saw. aku sayangkan rasulullah saw dan allah swt. sebab

Aku faham + tahu + dan Amalkan = insya allah akan jadi manusia yang berguna dan taat kepada allah swt dan rasulullah saw =)

Wednesday, August 10, 2011

Episode 237 ( Dosa bergaul bebas? )

Assalammualaikum wbt

Selama ini, dan selama ini, dan selama in, aku telah membuat dosa, dan semua orang pernah melakukan dosa. Tetapi alhamdulillah, jika dahulu aku ada kawan-kawan perempuan disekeliling aku, kini aku tak tahu ada atau tidak. aku berasa bersyukur kerana allah swt tutupkan dosa yang aku tidak tahu itu berdosa sebenarnya. Sebab dahulu, dari pemikiran aku, berpasangan itu tak mengapa, ( yang tak melakukan zina besar ) TETAPI !!!!!!!!! .... setelah aku mendalami yang aku rasa tak cukup dalami, aku telah banyak melakukan dosa iaitu pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.

Aku renungkan kembali disaat pertama aku. Ya allah ! banyaknya dosa aku dibahu aku. banyaknya aku telah berkata-kata kosong yang tiada erti untuk agama aku sendiri. Bagaimana untuk aku hadapi dengan allah swt? aku hari-hari berdoa kepadanya agar dia ampunkan dosa aku. tetapi aku takut bahwa dosa aku tidak diampunkan olehnya kelak aku berhadapan dengannya.

Dahulu , langsung tak pernah terfikir perkara-perkara seperti ini. kalau fikir pun hanya akan kata " kawan aku je dowh , tak ada hati kat dia pun " ya allah ! demi allah, itu adalah kata-kata daripada pergaulan bebas yang hari-hari jumpa , gelak tawa bersama dan hidup bersama siang dan malam, cerita duka kepadanya " i gaduh dengan bf i , i need to talk " bila aku fikirkan balik. Hidup aku sentiasa diberi dosa-dosa...

hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm aku tak nak mati dalam dosa, sedangkan aku nak mati dalam keimanan. ada orang kata tak mengapa, tetapi tahap macam mana yang dia kata tak mengapa tu ?? itu yang aku sedang fikirkan, apakah tak mengapa kita lakukan dosa? tak mengapa kenal hati budi dia ? ataupun tak mengapa kalau kau suka dia ?

jawapan aku kalau aku fahami , kenal hati bukan perlu 30 bulan , 1 tahun , 10 tahun. apa yang erti kenal dalam islam? ya allah ! allah swt memang ciptakan manusia berpasangan, tetapi haram bagi mereka tiada hubungan yang sah ! . kalau setakat kau jadi kekasih dia, itu tidak dapat mengsahkan dalam sisi agama kawan. itu masih didalam kategori berdosa, silap hari bulan boleh jadi dosa yang sangat besar bila diakhirat kelak.

ya allah ! pening aku memikirkan dosa-dosa aku. andai aku dapat melihat dan membaca dosa-dosa aku.. ya allah , aku pasti akan menagis teresak-esak . sebab aku tak sanggup nak hadapi neraka allah swt. Anak muda melayu islam , masih tak faham dosa , syurga , neraka. aku tak tahu bagaimana nak terangkan kat mereka. sebab aku dengar ceramah agama, aku buat konklusi diri aku, " kalau aku lakukan balik, maka dosa untuk aku, neraka untuk aku "

manusia senang berkata, taubat banyak-banyak setelah buat dosa. apa ingat allah swt akan terima dosa manusia yang sering maksiat? memang allah swt akan memaafkan, tetapi diwajibkan tinggal terus selepas kita bertaubat.

ya allah ... kalau aku nak cari jodoh, aku pilih yang pandai agama dan boleh mendidik anak-anak dengan agamanya.....

Sekarang nie.......dimana aku nak cari perempuan seperti itu ? kalau harta banyak , tetapi diasuh oleh penjaga, tetapi anak-anak terabai kelembah maksiat tidak guna, anak-anak pakai tudung, tetapi masih berpakaian ketat-ketat, dan keluar dengan lelaki juga, huha huha huha sana sini..apakah aku rasa itu ibu yang bagus untuk kahwin dengan dia ?

ya allah !!! aku mula risau ....benar kata nabi muhammad saw. tentang manusia akhir zaman...fikir-fikirkanlah...aku takut dosa aku menjadi topik utama bila aku jumpa allah swt nanti, tetapi aku yakin, bahwa allah swt telah mengampunkan dosa silam aku.....

Tuesday, August 2, 2011

Episode 236 ( Dan aku berkata kepadanya )

Assalammualaikum wbt

Aku bukanlah manusia yang pandang kejayaan bila aku tak berhubung dengan orang, bagi aku aku tidak akan memandang kejayaan seseorang itu melainkan kejayaannya didalam agama. Kalau aku pandang orang tu kerana kejayaannya didunia sedangkan dia tidak celik tentang agamanya, tidak tahu hukum-hukum agamanya, bahkan dia tidak tahu menjaga akidah, akhlak dan ilmunya. buat apa untuk aku mendampingi orang seperti itu ?

ya memang benar, sepatutnya aku juga membimbing mereka kejalan yang benar, akan tetapi aku sendiri pun tidak merasai aku sudah mempunyai ilmu yang mencukupi, walhal anak-anak muda yang seusia seperti aku jarang sekali mahu membukak telinga dan membenarkan hati-hati mereka lebih rapat lagi dengan agama sendiri.

Aku mengaku kesalahan aku, tetapi aku bertanyakan kembali. apakah kamu sedar kesalahan kamu semasa didunia ini sekarang? apa 10 saat yang lepas kamu lihat? berfikir? termenung ? apa 2 tahun lepas yang kamu telah buat dan sebagainya ? itu persoalan aku. apakah kita semua ini mendidik hati masing-masing ke jalan yang benar ?

percayalah apa aku katakan ini, kita hanya riak dan takbur dimasa dahulu. Kita datang ke masjidnya hanya untuk solat kepadanya, sujud sahaja. selepas itu, pelbagai-bagai aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah kita lakukan.

Aku lepaskan semua sebab aku telah sedar kesilapan aku, aku sedar dimana puncanya. apakah aku mahu lakukan sekali lagi? sedangkan tahu di mana puncanya ? kawan-kawan adalah soal utama kita semua berubah yang baik ke nakal lalu jahat. sedar atau tidak, hidup kita ini cepat terpengaruh. Mungkin yang berat kita tak mampu, tetapi yang kecil kita mampu. bergitu juga dengan dosa. yang besar kita tidak mampu, tetapi yang kecil kita mampu melakukan.

Sedarlah kita nie sebenarnya adalah barang pinjaman dari allah swt. sekali lagi aku cakap, memang aku salah, tetapi inilah cara terbaik aku untuk menyekat sementara waktu antara aku dengan kau dan lain. Aku tak mahu perkara lama berulang, Dan tak akan aku hampir dengan kau walaupun allah swt mengkurniakan kekayaan kepada kau, tetapi aku akan sendiri hampir dengan kau, bila aku dapat tahu bahwa kau tahu sesuatu yang aku tidak tahu tentang agama, aku akan hampir dengan kau setelah aku melihat dan mendengar sahabat-sahabat yang lain mengatakan kau sudah tidak seperti dahulu.

Aku tak kisah sedikit pun jika kalau kau berkata aku ini adalah manusia yang beremosi lebih =)) . biarlah saat sekarang ini, aku beremosi kerana allah swt dan aku emosi kerana aku takut kepada larangannya. jika dahulu aku beremosi kerana perempuan , kali ini emosi aku adalah agama aku. Apakah kau emosi juga tentang agama kau juga? harapnya bergitulah =))

Aku memang telah memaafkan setiap kesalahan kamu terhadap aku, tetapi janganlah kamu lupa kesalahan kamu terhadap allah swt. sedarkanlah diri kita sikit kepada allah swt. apakah kita mahu menjadi manusia yang berguna dan baik diakhirat kelak ?

Aku belajar sikit demi sedikit ciri-ciri keperibadian kau. aku serapkan didalam diri aku, aku tahu kau utamakan keluarga kau dahulu. walaupun dahulunya sering kali perbuatan kau itu membuatkan aku terasa muak dengan kau. akan tetapi bila aku ketahui cara kau itu adalah mulia disisi allah dan nabi kita, aku terasa aku adalah orang yang tidak berguna kepada keluarga aku. sedar atau tidak disitu kau telah membuatkan sedikit pengajaran kepada aku?. terima kasih aku ucapkan.

Ya , tetapi kemungkaran dan kemaksiatan didalam persahabatan kita, tidak pernah terputus-putus dengan perkara itu. Aku tahu aku mampu memberi nasihat, tetapi apakah kau dan lain akan menghormati aku dan juga membimbing aku kejalan yang lurus dan benar? jika engkau dapat mengatakan " aku akan bimbing kau juga dengan nasihat " maka aku tidak akan risau seperti aku risaukan disaat sekarang.

Tak ada niat aku untuk putuskan persahabatan yang telah terjalin ini, janganlah kerana aku buang kau dari facebook kau terasa aku telah buang kau dari hidup aku.....

tidak sesama sekali....

aku buang sebab aku takut, aku takut aku akan terjebak kembali sifat lama aku, dan aku takut aku tak mampu lakukan apa yang aku tahu tentang agama kita sendiri. biarlah aku memperbetulkan diri aku kembali yang aku rasa tersesat terlalu lama.

Jangan risau dan sedih, suatu hari nanti allah swt akan tunjuk kan kau jalan yang benar dan lurus =)) , setiap hari aku doakan yang terbaik untuk kawan,rakan,teman dan sahabat aku yang tidak pernah berputus asa terhadap aku. terima kasih atas jasa baik selama ini.....

aku nak inginkan syurga, walaupun aku tahu aku tak membimbing kau dan lain, tetapi biarlah aku membimbing keluarga aku dahulu. aku takut, aku salah membimbing sahabat-sahabat yang lain walhal aku tidak membimbing keluarga aku dahulu. kita semua ada keluarga bukan =) jadi bimbinglah mereka dahulu , kemudian jika rasa mampu membimbing sahabat-sahabat yang dekat, bimbinglah mereka, dan jika kau rasa nasihat aku ini tidak berguna untuk kau tak mengapalah, tetapi aku harap apa yang kau benci sangat kepada aku jangan kau pula yang akan terjadi seperti aku =).

Apa-apa pun allah swt berikan kita semua sifat emosi yang berlainan, tetapi arah jalan tuju tetap sama bila akhir masanya nanti....oleh itu, ini adalah akhir kata aku daripada kau. Aku tak akan pandang harta kau walaupun kau kaya semana pun , tetapi aku pandang dari segi agama kau, agama yang aku rasa dapat membimbing, nasihat aku dalam agama dan mendidik aku menjadi seorang sahabat yang lebih hebat daripada abu bakar as siddiq dan lain.

Walaupun aku tahu kau tak mampu sahut cabaran aku, tetapi aku tetap doakan yang terbaik =)) . aku harap kejayaan kau semua itu datang dari allah swt =) . bila kejayaan yang kau capai, ingatlah , kejayaan itu semua datang daripada allah swt. sujud syujurlah kepadanya =))