Assalammualaikum wbt
Ceritanya bermula salah seorang dari kawan perempuan aku, secara tiba-tiba telefon aku diwaktu pagi. tidak tahu kenapa aku menjawab, walaupun aku tahu tidak elok tetapi aku jawab atas rasa perasaan tertanya-tanya diwaktu 3 pagi sebenarnya. Maka oleh itu dia ingin aku berbicara dan ingin meminta aku menyelesaikan masalah.
Akan tetapi aku masih didalam keraguan, apakah tindakan aku ini sebenarnya tepat atau tidak? oleh itu aku hanya merasakan itu hanyalah panggilan pertolongan daripada seorang kawan yang didalam dilema antara orang terdekatnya. Bagi aku tidak kot dia ingin meminta tolong.
Akan tetapi aku masih didalam keraguan, apakah tindakan aku ini sebenarnya tepat atau tidak? oleh itu aku hanya merasakan itu hanyalah panggilan pertolongan daripada seorang kawan yang didalam dilema antara orang terdekatnya. Bagi aku tidak kot dia ingin meminta tolong.
Disamping itu dia bertanya, kepada aku sejak bila aku jadi ustaz nie?. Didalam hati aku terasa nak marah, tetapi tak mengapalah sebab bagi aku , suatu ketika dahulu aku pun pernah merasa perisitwa seperti itu. cakap agama sikit cakap macam ustaz . Bagi aku orang cakap kebaikan adalah kesukaan daripada allah swt. cuma hanya beberapa perkara yang aku tak bersedia untuk berbicara dengan dia tentang kenapa lain daripada lain?.
apa yang lain dari lain? ia bermula dari kisah episode 1-10 aku rasanya disitu ada sedikit hilang untuk berbicara. Dan aku pun cakap secara jujur yang bahwanya ikutkan hati aku nak letak tetapi sudah diberi tahu untuk menyelesaikan masalah jadi aku tolong, dan aku pun jelaskan kepadanya kenapa aku mencari kebaikan sedangkan yang dahulunya aku bebas dimana sahaja.
Secara jujurnya aku berasa hilangnya hormat aku terhadap wanita, dan aku terasa, apakah aku buat selama ini allah swt membenarkan? disaat itu bila aku melihat dan mendengar, aku sudah pun menempah neraka untuk aku sendiri. Aku tidak sedar bahwa aku telah pun menempah neraka aku sendiri bila tiba waktunya.
Aku belajar daripada kesilapan daripada mata aku sendiri, mata yang aku melihat maka aku tahu apa yang dibuat itu baik atau buruk. walaupun ada yang aku masih terjebak lagi, insya allah aku cuba hilangkannya dari tabiat aku.
apa pun agama membawa kebaikan. aku buka satu persatu soalan yang ingin aku cari, ternyata semua persoalan aku terjawab . Dari telinga aku mendengar lalu aku tahu dimana kesilapan aku selama ini. bukan aku pura-pura lupa dimana kesilapan aku, disaat itu aku cuba patrikan jawapan itu didalam harian hidup aku.
No comments:
Post a Comment