Assalammualaikum wbt
Dari kecik kita selalu ditakutkan cerita hantu, yang kononnya hantu akan datang menculik kita, makan kita dan sebagainya. Dari situ ketakutan kita menbuak-buak sehingga termimpi-mimpi wajahnya. kadang-kadang tak boleh tidur kerana ketakutkan. tetapi bagi aku anak-anak kecil diceritakan bergitu sebab dia sukar untuk tidur dan nakalnya ditahap melampau.
dan aku pun pernah melakukan seperti itu suatu ketika dahulu. tetapi bila aku memikirkan secara positifnya, lebih baik kita didik anak-anak dari kecil takutkan mereka kepada allah swt, ceritakan mereka tentang neraka, ceritakan mereka tentang-tentang yang berkaitan dengan agama. misalannya macam bunyi guruh. " allah tengah marah tu, baik kita cepat doa dan tidur " mengajar budak-budak biar dari usia yang kecil. Bila dia dah besar insya allah pemikirannya takut kepada allah lebih besar daripada takut kepada syaitan dan jin.
Apa-apa pun bila diusia seperti ini aku rasa aku hanya takut kepada beberapa golongan sahaja.
Pertama sekali aku takut kepada allah swt:
aku takut kepada allah swt sebab dia adalah tuhan yang tiada ayah atau ibu atau keturunan. diadalah yang kekal abadi dan seorang diri. dia yang tahu buruk dan baik. apa yang dikatakannya pasti akan terjadi. apa aku takut sekali adalah nerakanya, kerana nerakanya adalah kekal abadi dan seksanya azab sekali. walaupun aku cuba bayangkan seksanya dan cuba merasa seksanya dibumi ini, nescaya 0.1 per 100 aku tidak sanggup menghadapi walaupun letakkan api dibawah tapak kaki selama 10 saat pun dah terasa seksa dan sakit inikan pula yang berjuta-juta tahun didalam sana.
Dari hadis ibnu abbas :
seringan-ringan Azab Di Neraka
Dari Ibnu Abbas r.a katanya: Raulullah SAW bersabda:Seringan-ringan azab penduduk neraka ialah azab yang dideritai oleh Abu Talib. Dia memakai sepasang terompah yang membuatkan otaknya menggelegak. Bayangkan itu baru seringan-ringan azab di neraka. bukan seberat-berat diazab api neraka. dan ini adalah salah satu artikal yang aku baca
Diriwayatkan bahwa ketika Jibril turun membawa ayat di atas tadi, Nabi saw memintanya untuk menjelaskan kondisi neraka. Jibril menjawab: "Wahai Nabi Allah, sesungguhnya di dalam neraka ada tujuh pintu, jarak antara masing-masing pintu sejauh tujuh puluh tahun, dan setiap pintu lebih panas dari pintu yang lain, nama-nama pintu tersebut adalah:
1. Hawiyah (arti harfiahnya: jurang), pintu ini untuk kaum munafik dan kafir.
2. Jahim, pintu ini untuk kaum musyrik yang menyekutukan Allah.
3. Pintu ketiga untuk kaum sabian (penyembah api).
4. Lazza, pintu ini untuk setan dan para pengikutnya serta para penyembah api.
5. Huthamah (menghancurkan hingga berkeping-keping), pintu ini untuk kaum Yahudi.
6. Sa'ir (arti harfiahnya: api yang menyala-nyala), pintu ini untuk kaum kafir.
Tatkala sampai pada penjelasan pintu yang ketujuh, Jibril terdiam. Nabi saww maminta Ia untuk menjelaskan pintu yang ketujuh, Jibril pun menjawab: "Pintu ini untuk umatmu yang angkuh"; yang mati tanpa menyesali dosa-dosa mereka.
Itu adalah benar dari kata allah swt. dan aku tidak dapat bayangkan juga sepertimana umat-umat muhammad saw yang lain.
Yang kedua aku takut kepada Nabi muhammad saw. kerana dia hari keadilan nabi tidak mengaku bahwa aku adalah umatnya. kenapa aku cakap macam tu sebab aku mendapati ada beberapa perkara yang nabi tidak mengaku umatnya seperti hadis ini berkata ( didapati dalam sebuah artikal sebenarnya )
Nabi tidak mengaku umat mereka yang menyokong kezaliman, sehingga Baginda memberi amaran:
“Sesiapa yang berjalan bersama orang yang zalim bagi membantunya, sedang ia mengetahui kezaliman orang tersebut, maka telah terkeluar ia dari Islam” - Hadis Riwayat Imam Ahmad dan Baihaqi.
Kerana itu Imam Nawawi dalam syarahnya dalam juzuk 17, hal 190 sewaktu menghuraikan hadis :
“Ada dua golongan dari ahli neraka, yang belum aku saksikan iaitu suatu kaum yang membawa cemeti seperti ekor sapi untuk memukul manusia, dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka bertelanjang, yang menanggalkan tutup kepala, yang menarik kepada maksiat. Kepala (rambut) mereka diikat seperti bonggol unta. Mereka ini tidak akan memasuki syurga dan tidak akan mencium baunya, sedangkan bauannya dapat dihidu dari jarak sekian-sekian”. -(Hadis Muslim)
Bahkan yang sering kita dengar adalah pasangan sejenis iaitu gay atau lesbian sebagai nabi tidak mengaku umat. sedarlah kita manusia kerana banyak yang boleh membawa kecelakaan sebenarnya.
yang ke tiga aku takut sekali ialah ibu bapa. kerana merekalah orang yang paling senang kita sakiti dan paling senang kita abaikan bila dewasa. percaya atau tidak lihat pada diri kita. ingat setitik kesilapan kita. apakah kita pernah membuat ayah ibu menangis kepada kita? pernah kita memaksa mereka melakukan sesuatu perkara yang mereka tak mampu walaupun kita yang mampu ini biarkan mereka buat?
aku pun ada silapnya seperti membiarkan ibu aku seorang diri memasak didapur, membiarkan ibu aku mengemas rumah, membiarkan ibu aku menyiram pokok bunga diluar. kesilapan aku harus aku akur sebenarnya, tetapi janganlah contohi sikap buruk aku ini. dan jangan biarkan kepenatan kedua orang tua kita kerana beban kita. aku takut dengan mereka sebab allah swt telah berfirman
“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya sudah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedangkan tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.” (Surah al-Ahqaf )
“Dan Tuhanmu sudah perintahkan, supaya engkau tidak menyembahkan melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada usia tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar), sekalipun perkataan ‘uuh’ dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi ucapkanlah kepada mereka perkataan mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku, cucurilah rahmat kepada mereka berdua seperti mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku ketika kecil.” (Surah al-Israk ayat 23-24).
itu baru ayat dari al-quran, kalau dari hadis pula
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amru bin al-'As r.a katanya: Rasulullah SAW bersabda bermaksud: Antara dosa besar ialah seorang lelaki mencerca ibu bapanya. Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Adakah akan berlaku seorang lelaki memaki-hamun ibu bapanya?
Rasulullah SAW menjawab dengan bersabda: Ya. Seorang lelaki memaki hamun bapa seorang lelaki lain, nescaya lelaki itu memaki kembali bapanya, begitu juga sekiranya seorang lelaki memaki hamun ibu seorang lelaki lain, nescaya lelaki itu juga akan memaki hamun ibunya. (Riwayat al-Bukhari)
Jadi aku harap apa aku tuliskan disini menjadi salah satu kefahaman masing-masing. jika kalau ada nak tambah lebih silakan =) tetapi janganlah sampai takutkan kekasih yang bukan ada ikatan sebagai suami isteri, ataupun takutkan kepada perkara-perkara yang lain. yang lain aku berikan tanda hormat sebagai sesama umat dan hamba kepada allah swt. hormat aku tidak seperti tanda aku takut kepada mereka =)
No comments:
Post a Comment