tetapi apa-apa pun perkara yang lepas tu seperti aku tulis disebelah blog aku. apa aku tulis hanya tamat disini. jadi kepada yang tak faham bahasa atau tak faham apa maksud aku , cuba-cubalah bawa faham dan tanamkan diri tu.
banyak berfikir dan bermain soalan sendiri, apa aku dapat ialah kehancuran diri sendiri. senang cerita boleh jadi gila seperti kakak aku berkata. Mungkin benar juga sebenarnya. orang gila ialah orang yang banyak berfikir dan akhirnya soalan itu memakan diri sendiri. setiap jawapan diberi diberi balik soalan dan berulang-ulang seperti itu.
Kesilapan aku yang aku tak tanamkan diri lagi apabila membuat kerja. Seharusnya aku tanamkan buat kerja hanya untuk allah swt dan tak perlu untuk membebel. wal hal penat aku, peluh aku hanya allah swt saja yang tahu. Seperti mana aku cuba memperbetulkan niat kehidupan aku. nescaya aku tidak tahu sama ada mampu atau tidak.
Hari ini orang boleh saja cakap lain, dan esoknya lain. tetapi cuba elakkan dari sikap bergitu, aku cuba fahami sifat-sifat syaitan dalam erti kata lain cuba menghindari perkara-perkara yang syaitan akan hasut, tetapi memang bergitu susah sebenarnya. kekuatan iman aku masih lagi terbatas dan terganggu dengan hebatnya.
Selama aku belajar agama selepas habis sekolah, aku cuma memahami maksudnya dengan sendiri. tiada cikgu untuk aku, lainlah budak-budak sekolah. Berjaya atau tidak, aku katakan tidak berjaya sebab. untuk merungkaikan 1001 tentang islam harus berilmu dengan orang yang memahami, bukan memahami sendiri. silap aku sendiri apabila soalan itu bermain dengan fikiran aku.
kepercayaan aku hampir hilang apabila semua yang aku tahu hilang dari sedaran soalan sendiri.
sungguh pun hati aku masih cuba untuk mengubah sesuatu keadaaan namum muka aku tak akan tunjuk yang asalnya.
Masa aku terjadi seperti itu, soalan pertama aku muncul, kenapa budak perempuan ini menangis apabila aku bercakap tentang agama? aku mula risau, tetapi disitu aku termakan soalan sendiri. dan orang yang tahu akan agama seperti tidak memahami keadaan, lalu hati aku pun disitu bermain dengan jawapan soalan aku. Semua yang aku hadapi seperti kawan aku yang tukar hmmmmm , dan yang akidah dan akhlak kemana membuatkan aku rasa mahu terjerumus kembali yang asal.
tetapi kembali kepada yang atas, nasib baik kakak aku menyelamatkan soalan-soalan aku kembali, jika kalau tidak aku tidak tahu apa yang akan aku fikirkan selepas itu. entah aku terus tidak percaya dengan jalan aku mahupun kesemuanya.
Apa-apa pun aku pasti, orang tidak suka akan berbicara tentang agama, kerana mereka merasakan agama itu seperti memerli mereka, dan bila memerli mereka, hati mereka merasakan kita mahu kenakan mereka. itu yang aku rasa dari hati aku, walhal hanya sekadar memberi tahu akan akibatnya, nabi menyuruh kita menyampaikan apa yang tahu, bukan menyimpankan apa yang kita tahu. aku mahu orang berubah, bukan aku cakap sekadar agan-agan kosong ataupun seperti ayam kehilangan kulitnya.
Allah swt memang telah janjikan semua orang islam kesyurga, tetapi ada janjinya. aku tak mahu seluruh umat islam didunia ini lupa akan janjinya, lupa apa yang dikatakannya, lupa akan apa itu agama sendiri dan sebagainya....aku hidup diakhir zaman, maka aku mahukan orang islam adalah yang terbaik hidup diakhir zaman.
No comments:
Post a Comment