Monday, April 23, 2012

Episode 254 ( leceh betul ............)


Assalammualaikum wbt

Hidup.........orang kata macam roda, macam udara, macam api dan tanah. ada naik ada turun. ya itu benar sebenarnya .

secara amnya, aku agak bosan apa yang terjadi , tapi , yang aku tahu dan pasti , apa jua aku hadapi dalam hidup nie, aku masih ada allah swt , nabi muhammad saw yang selalu doa untuk umatnya dan sayang kepada umatnya walaupun aku tak pernah jumpa dia, mak bapak aku, dan adik beradik aku.

senang cerita ada perkara yang aku rasa dah lali dengan kehidupan aku, bagi aku , aku hidup nie harus terima apa yang terjadi. Daripada kau tak mahu ia terjadi sehingga kau yang minta ia terjadi. oleh itu aku sentiasa berwaspada dalam erti kehidupan.

aku hidup didunia bersama bermillion-million orang, dan yang ada disekeliling aku hanyalah beberapa orang sahaja, tapi aku belajar daripada setiap kesilapan aku pernah hadapi.

Sebelum aku jadi seorang manusia, aku sering dimarahi atas perbuatan aku, dan diatas kesilapan aku. tapi aku cuba fahami kenapa. tapi ada sesetengah orang dia tidak mahu cuba. hakikatnya ia cuba membentuk dirinya yang angkuh.

aku bukanlah manusia yang ada harta , cuma harta yang aku ada ialah lidah dan hati. sebab andai lidah aku terhunus diri sendiri, maka pelbagai akan terjadi, dan andai hati aku tidak kebal dan hitam busuknya, maka harta apa yang aku ada untuk dipertunjukkan suatu hari nanti?

Dalam kehidupan nie, manusia susah sanggat nak minta maaf. ya aku pun dulu seorang yang agak susah rasanya nak ucap minta maaf kepada orang, TETAPI , aku belajar dari kesilapan dahulu. Aku belajar untuk diri aku, jangan sombong dan angkuh untuk tidak ucap minta maaf atau terima kasih kepada orang.

Biarlah orang nak cakap kau nie lurus ke, bodoh ke sial ke , tapi ada yang lebih tahu kenapa kau buat bergini. Sebelum aku tahu " jangan rasa penat untuk berterima kasih atau minta maaf kepada orang " aku rasa aku adalah manusia yang agak susah juga nak ucap perkataan macam nie, dan aku hanya lihat daripada beberapa sudut saja kalau perlu ucap perkataan nie.

Apa gunanya aku ada agama ? dan nabi yang dulu telah ajar kepada umat-umatnya? pengajaran disetiap perkara yang terjadi? sama ada kita dengar atau baca disurat khabar? ada orang baginya berat sangat untuk ucap. tetapi dia tidak tahu pahala diberi kepadanya.

Senang cerita orang yang selalu minta maaf dan berterima kasih adalah orang yang rendah diri terhadap orang yang dia ucapkan. hormat dan teguran yang disampaikan kepadanya itu dia terima seredhanya dan seandainya. Seperti aku cakap, hidup ini seperti roda, kita nak orang hormat kita , dua perkara nie harus tanamkan diri dulu. Andai rasa diri ini terpijak atau dipergunakan, seperti aku katakan, ada orang lebih memahami kita.

masa zaman aku tak tahu agama, aku selalu rasa diri aku nie hina dan sangat bangsat aka sial dalam kehidupan. tapi bila aku tahu dua perkara dan setiap kali aku terasa situasi macam nie, aku cepat-cepat cakap dalam hati aku ada allah swt dan nabi muhammad saw . Dan aku tahu ada neraka dan syurga.

walaubagaimana pun kesabaran aku ada hadnya dan caranya dan situasinya . tapi sejak akhir-akhir nie, aku rasa beberapa suis kehidupan aku seperti tercabut daripada sebelum ini. Dan aku sedang berfikir dimana silapnya, aku tidak marah kepada qada dan qadar aku, cuma aku terfikir kenapa sebelum nie aku rasa alhamdulillah ok, tetapi sejak akhir-akhir nie aku rasa syaitan menguasai diri aku?

siapa lagi yang memahami diri sendiri melainkan diri sendiri bukan?

paling aku tak suka dalam diri aku ialah bila aku marah, bila aku marah, aku tahu aku bukan akan jadi diri aku walaupun jasad adalah diri aku. Maksud aku, aku paling tidak suka bila pemikiran aku berkecamuk dicampur dengan kemarahan.

Dan disitu kesakitan aku mula merasa, kepenatan mula menguasai diri, siapa suka orang marah sebenarnya? dalam kehidupan nie, paling orang tak suka ialah bila kena marah atau buat orang marah atau kita marah orang.

bahagian tu lah yang paling leceh sebenarnya, dah lah aku cuba bina iman aku, bina akhlak dan akidah aku. tapi aku tahu bila , aku dapat mengawal setiap keadaan aku yang lampau dahulu, dan syaitan yang pertama tidak berjaya, dia menghantar pangkat yang lebih tinggi, dan aku rasa aku tewas disalah satu pangkat syaitan dengan hasutannya.

bayangkan kau dapat kawal marah kau, kawal keadaan kau, kawal mata kau, paling penting lidah kau. tapi bila disatu saat, bila jiwa , hati termelayang entah kenapa, satu perkara yang kita nak terjadi ia terjadi, apa yang kita tidak harapkan, ia memang akan terjadi sebenarnya.

aku rasa aku telah berjaya belajar mengenali diri aku, tapi sayangnya masih ada beberapa yang aku rasa aku tak mampu untuk kawal situasi.

dan itu lah yan paling leceh sekali.......................................................................................

tapi bagi aku, kalau apa yang dah terjadi, nak buat macam mana? hadapi saja untuk hadapi hari esok dan bakal terjadi yang kita tidak diduga............ sama ada maut , atau terkena balik , tak kisah daripada pihak mana-mana............ sebab itu aku tahu, hidup adalah roda, dan kita tidak tahu siapa yang akan terkena tapi aku harapkan ia terjadi kepada aku , sebab aku rasa lebih layak untuk aku . bukan daripada pihak yang rasa rendah keyakinan diri, bukannya aku cakap anguh, tapi aku rasa kau lebih layak, sebab aku akan belajar menghadapi situasi lebih teruk daripada sebelum nie.

Saturday, April 21, 2012

Episode 253 ( Hebat )

Assalammualaikum wbt


Siapa sangka sebenarnya dari bawah naik terus macam nie. ya Documentari video band yang aku tengok agak menyentuhkan perasaan juga lah. Dari dia band nirvana dan buat band sendiri Foo fighter , kemudian masa nak record lagu sendiri, main alat-alat sendiri. tapi sayangnya, dimalaysia tidak seperti dinegara luar.

secara peribadinya, aku memang dah lama letak guitar aku. tapi pasal aku terdengar lagu foo fighter - walk ... dia membuatkan aku terasa nak pegang guitar balik, dan akhirnya aku pegang guitar balik dan sesi jamming pun bermula, tapi tak ada niat nak buat band , cuma main lagu foo fighter sahaja.

kali pertama jamming dengan wannoq dan hafiz, lagu foo fighter - all my life , dan aku main bass sambil bernyanyi, dan akhirnya lagu tu tak sampai separuh dah hancur, tapi lagu walk main sampai habis, tapi lirik berterabur.

senang cerita semua lagu hancur sebenarnya, tapi penjaga studio tahu kita orang main lagu walk.

akhirnya berlatih dan berlatih, jamming disuatu tempat, dapat juga habiskan lagu yang nak dimain. tapi sekarang lagu foo fighter macam jadi lagu wajib kalau main, terutama sekali lagu -my hero kemudian walk dan time like these...

apa-apa pun kalau yang siapa minat dengan Ff nie aku rasa patut tengok lah. aku dah tengok dari awal hingga habis. bagi aku menarik dan pergh lah.

Tuesday, April 3, 2012

Episode 252 ( gini-gini-gini-gini )

Assalammualaikum wbt

Hari yang sangat.....Pergh!! kesana dan kesini, macam budak penghantar surat, walaupun takdelah banyak sangat kena buat. tapi bulan nie, banyak aku menolong orang. itu yang paling penting sebenarnya.

Hari rabu malam khamis, aku ada sesi jamming dengan wannoq, hafiz dengan kawan wannoq kot. takde lah buat band, cuma main biasa-biasa saja walaupun wannoq cuba ajak aku, tapi perkara silam pasal aku dengan band, agak kurang lagi, dan aku tak mahu buat lagu jiwang-jiwang dah melainkan yang tidak ada kena mengena dengan perasaan lah. ( sedang cuba )

contoh lagu yang aku sedang selalu dengar macam Foo fighter - hero , walk, time like these, burning bridge . Tapi lagu fav gile aku, lifehouse -spin , seperti aku pernah kata dalam blog sebelum nie, melodi dia menarik dan lirik dia ....................................

Dan hari rabu nie juga lah, aku dengan adam nak usha rim motor dan ambil motor baru adam kat kedai. sangat memenatkan,

minggu terakhir aku kelas jepun, kemudian study apa yang lepas-lepas, 21 nie exam bahasa jepun, dan aku dapat rasakan, memang aku akan gagal, sebab aku langsung tak tahu bahasa kanji jepun, cuma sekarang aku faham apa orang cakap, dan nak balas, aku agak kaku dan tidak teratur ayat dia. =)