Semakin hampir ke penghujung tahun, tahun baru islam pun sudah beberapa minggu yang lepas. Lama juga aku tak update, tapi apa fungsinya untuk aku update, tak ada sebarang info yang menarik, cuma selalu cerita pasal diri sendiri dan pandangan dari akal sendiri.
sejak kebelakangan nie, banyak aku berfikir, kadang-kadang fikiran yang lalu, datang kembali, tapi aku hadapi dengan senyuman. Sebab aku rasa senyuman salah satu cara untuk aku tunjuk seperti biasa walaupun ada sebenarnya. tapi apa-apa pun aku tahu aku masih ada allah swt dan keluarga.
Aku tahu juga, manusia dia tak boleh lupa dan maaf atas kesilapan dan punca kesalahan dari orang ataupun sebaris berbunyi dengannya. Orang kata, yang lama tu biarlah berlalu, tapi ada yang memegang kesalahan itu seperti memegang batang berduri yang dia tahu bertapa sakitnya jika dia lagi kuat mengengam batang itu. jadi aku tak boleh nak buat apa-apa dengan manusia seperti ini.
Mungkin aku juga pernah lalui sifat macam nie, tapi aku cuba cepat tersedar dari terus terlena. Hampir setahun aku jalan seorang diri, rasa seronok tak seronok itu, aku rasa sama saja seperti hari-hari aku lalui sepanjang hidup aku. Dari pandangan aku yang senyap-senyap memandang dan mendengar, aku rasa banyak perubahan dari hari ke hari, jadi aku tak ada rasa terkilan ataupun kecewa. Sebab aku rasa ada mungkin ini yang terbaik dan ada mungkin tidak, tapi aku rasa ini yang terbaik....lah.....untuk aku.
Orang kata, aku sendiri yang tinggalkan semuanya, sendiri yang buang semuanya. dan aku jawab, mungkin betul mungkin tidak. bayangkan suatu hari anda terkena batu yang dibaling, kemudian anda coma didalam keadaan, didalam coma itu, mimpi menjadi kennyataan, dan kennyataan menjadi kepalsuan?. tapi bila sudah sedar dari coma, baru sedar, selama ini kita tertidur dari kenyataan yang sebenarnya?
bunyi seperti aku masih lagi cuba mencari identiti aku, tapi tidak sebenarnya. cuma kini aku rasa tak bersedia lagi untuk terus dan terus, aku seperti lebih suka tunggu dan menunggu, saat demi saat.
Ada kalanya aku rasa sangat berbeza dari orang lain, tapi hakikatnya aku tetap masih sama, ada kalanya orang kata, aku tak tahu nak ekspresikan sayang aku kat orang, tapi aku rasa apa aku buat ini sudah cukup untuk menunjukkan ini cara aku untuk mereka.
siapa yang tak mahu mereka menjadi terbaik dan lebih terbaik dari semalam? semua ibu bapa inginkan anak-anaknya macam tu dan bergitu juga dengan aku. mahukan mereka tahu apa itu erti sejati, misali didalam hati mereka.
ada juga aku terasa, tapi seperti aku cakapkan, aku suka fikir secara baik. manusia sentiasa melakukan kesilapan, dan kesilapan itu harus diberi tunjuk ajar, tapi kalau tak nak ditunjuk ajar, itu manusia yang tak suka dikacau peribadinya.
mungkin juga aku dilihat kosong didalam kehidupan mereka, tapi bagi aku tak mengapalah, kosong aku pun disaatnya nanti ada yang datang mengetuk sesuatu. jadi aku tak perduli sangat.
dan secara lazimnya, aku masih aku =) itu yang pasti.
No comments:
Post a Comment