Thursday, September 8, 2011

Episode 241 ( Perginya seorang sedara )

Assalammualaikum wbt


Pada hari rabu 7.9.11 , sedara aku , telah meninggal dunia, akibat kemalangan jalan raya. Dia cuba mengelak kenderaannya melanggar lori, tetapi dia terlanggar dinding jalan raya. Usianya baru 19 tahun pada tahun nie. Membuatkan aku terfikir kematian. tahun nie opah aku ( bapak aku punya ibu ) meninggal, kini sedara aku.

Memang benar ajal dan maut itu tidak mengenal usia dan dimana sahaja. Oleh itu, perkara ini sekali lagi aku termenung jauh sambil berdoa kepada allah swt, agar lindungi aku dan ampunkan dosa-dosa aku dan keturunan aku dan saudara mara aku.

Kematian itu wajib, dan bila mati, persoalan daripada malaikat akan bertanya kepada kita. oleh itu, paling aku takut sekali apabila kematian menghampiri aku. aku tidak tahu cara aku mati.
Orang kata tak elok berfikir cara mati , bila mati. tetapi sebenarnya cara itu mendekatkan kita dengan allah swt, sambil berdoa dan menginsafkan diri tentang kematian.

kita nie bukanlah nabi dan rasul yang memang akan dapat syurga allah swt. kita ini hambanya, yang harus berusaha mencari keredhaan allah swt.

Hmmmmmm...aku menangis air mata, kerana aku takut akan azab allah swt, aku takut persoalannya jika aku tidak mampu jawab. sedara aku meninggal diusia 19 tahun, muda lagi dan aku 24 tahun. apakah umur membezakan segala amalan dan keredhaan allah swt?

oleh itu gunalah masa sebaikannya untuk allah swt . aku nasihat untuk diri aku sambil menasihatkan kepada diri aku sendiri.

"al-fatihah untuk sedara aku....yang diusia 19 tahun , allah swt telah memanggil dia kembali "

Monday, September 5, 2011

Episode 240 ( Dari pandangan aku )

Assalammualaikum wbt


Teringat aku kembali, kisah nabi dan perempuan habsyah menari didalam masjid. Aku tahu cerita nie melalui sebuah rancangan arab Iaitu " andai rasulullah saw masih ada " .

Dahulunya, pemikiran aku tentang masjid ialah, apabila masuk ke masjid haruslah diam, tidak boleh buat kecoh, tidak boleh bernyanyi dan menari, yang hanya boleh buat ialah solat , berzikir dan beribadah sahaja. Namun pemikiran aku selama ini salah sebenarnya.

Namun dengan usia aku 24 tahun seperti ini, banyak kisah rasulullah saw yang aku tidak tahu sebenarnya. Seperti kata orang tua " belajarlah selagi mampu " , dan tidak silap aku, Belajar agama tidak pernah habis untuk diketahui dan mendalami sehingga kita mati.

Terima kasih kepada rancangan tersebut kerana selama ini, pernah aku tertanya-tanya apa kegunaan masjid. Walaupun aku tahu kisah rasulullah saw dan sahabat-sahabatnya, tetapi kisah ini belum pernah aku dengar lagi ditelinga aku. Satu lagi yang aku tahu kegunaan masjid dizaman rasulullah saw ialah, menyampaikan sesuatu cerita, masjid dijadikan seperti pejabat untuk mentadbir, tempat beribadah, berdakwah, dan apa yang kita tahu. kalau ada yang tak tahu boleh cari lagi maklumat tentang kegunaan masjid dan perbezaan masjid dizaman rasulullah saw dan masjid sekarang.

Dari rancangan itu, dia mengatakan seperti ini ( atas dasar fahaman aku sebab rancangan tu dah beberapa minggu berlalu jadi aku tulis apa yang aku ingat, dan harap kalau aku salah tolong betulkan )

"suatu hari , rasulullah saw dan aisyah datang ke masjid, lalu mereka terlihat sekumpulan perempuan habsyah menari lalu, rasulullah saw bertanya kepada aisyah " apakah kamu mahu melihatnya? " aisyah berkata " mahu " , lalu Aisyah meletakan kepalanya dibahu rasulullah saw. Lalu rasulullah saw tanya kepada aisyah "apakah kamu sudah menghiburkan hati kamu wahai aisyah? " jawab aisyah " belum lagi wahai rasulullah saw " . Rasulullah saw tanya sebanyak 3 kali kepada aisyah.... Lalu datang Umar al-khatab , lalu Umar baling batu kepada perempuan habsyah yang sedang menari itu. Umar berkata " disini adalah tempat beribadah, bukan tempat untuk berhibur " lalu rasulullah saw menghampiri umar , Rasulullah saw berkata kepada umar " wahai umar, mengapa engkau baling batu kepada mereka ? . Umar berkata " wahai rasulullah saw, mereka sedang menari didalam rumah allah swt wahai rasulullah saw. lalu Rasulullah saw jawab kepada umar al-khatab " Islam bukan agama yang menyusahkan,tetapi menyenangkan, agar yahudi tahu bahwa dalam agama kita (islam) ada keluasan. sesungguh aku diutuskan dengan agama yang lurus lagi mudah?. Lalu umar al-khatab menyedar akan kesilapannya. Lalu meminta maaf kepada perempuan habsyah tersebut.


bergitulah cerita yang aku tahu dan masih ingat apa yang disampaikan oleh rancangan tersebut, ya aku lihat masa tu di saluran tv al-hijrah, setiap 5.30 pagi masa bulan ramadhan. Lepas makan aku tonton, banyak sirah nabi , sunnah nabi yang aku tidak tahu menjadi tahu.


Tetapi ada juga aku dapat beberapa artikal mengenai cerita ini.............


Ulama syafie berpendapat asal kepada hukum menari adalah harus. Ini adalah berdasarkan hadis berikut yang diriwayat oleh Aisyah:“Orang-orang habsyah datang menari pada hari raya di Masjid. Aku pun mengajak baginda saw melihatnya bersama. Aku meletakkan kepala di bahunya sambil melihat permainan mereka sehingga aku berpaling dari melihat mereka.” (Hr Muslim – sahih)

petikan dari laman : http://www.loveloveislam.com/2010/08/hukum-wanita-menari-di-khalayak-ramai.html


Banyak lagi mengenai kisah pasal nie, dan ramai yang samakan kisah nie dengan kisah poco-poco. dari pandangan aku dan aku baca sebuah artikal pasal poco-poco, langkah-langkah cara dia menari, seperti langkah-langkah salib? Seperti sebuah petikan ini berkata


"sebenarnya tarian poco-poco ini berasal dari filipina dan bukan dari indonnesia.Ia ditarikan oleh masyarakat yang beragama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka. Dan lihat cara bagaimana pergerakan mereka yang membentuk salib "

Apa-apa pun rujuk balik kefahaman kita tentang agama kita, apa yang rasulullah saw telah ajar kepada kita dan apa yang rasulullah saw kata dan kelakuan rasulullah saw.

Ada orang kata kalau gitu, taichi , karate tak boleh lah.... jangan tertutup sangat tentang perkara seperti ini. Itu pasal ahli ulama suruh kita faham dan ikut apa yang rasulullah saw telah ajar kepada kita, apa yang allah swt turunkan kepada nabi kita. Rasulullah saw pun suka bersukan, seperti mana kita tahu rasulullah saw suka berlumba lari dengan isterinya aisyah dan pernah bergusti. zaman dahulu tiada cara-cara karate, silat, apa lagi? to moi dan sebagainya, dahulu yang ada gusti, gusti bukan seperti gusti macam WWF, gusti macam olimpik kot... aku pun tak pasti., seperti aku katakan, aku tahu daripada orang kata dan kalau aku salah tolong betulkan.

Balik kepada bicara awal aku. Jadi janganlah guna masjid sebagai kegunaan terhad. Pada zaman sekarang, masjid tidak hidup seperti zaman rasulullah saw. Tidak semegah dizaman rasulullah saw. Jangan kata arus permodenan, bukan sebenarnya, sebenarnya dimana pemahaman kamu tentang islam sendiri. Orang kafi takut kalau kita umat islam Selalu menghadiri masjid dan ada saja amalan-amalan yang dibuat oleh masjid. Jadi fikirlah.

Aku rasa, andai rasulullah saw masih ada, pasti ada kelab-kelab perkemahan, kelab-kelab hijrah kenderaan permotoran? dan lain-lain lagi, agar masjid tidak sepi ... aku cakap apa aku faham tentang kegunaan masjid. kalau aku salah betulkan.

Akhir kata aku, insya allah , aku akan cuba hidupkan masjid seperti dahulu, siapa pernah tengok cerita para pencari tuhan ( cerita dari indonnesia ) . ya ada serba sedikit cara itu juga telah menghidupkan masjid.

Wallahualam ....

Saturday, September 3, 2011

Episode 239 ( jangan memalukan akhlak kita )

Assalammualaikum wbt 


Imam Ahmad ibn Hambal said "If I remained silent and you remained silent, then who will teach the ignorant?".

 Makin hari, generasi muda umat islam, terpesong. Mereka tidak merisaukan lagi maksud akhlak yang seharusnya pegang dan bawa. Islam tidak menyuruh manusia menyusahkan membuat sesuatu perkara? ataupun memalukan sesuatu perkara? , tetapi inilah yang terjadi umat muhammad saw zaman sekarang. Aku cakap mengenainya kerana, aku tahu nabi kita tak ajar membuat sesuatu perkara yang memalukan diri, keluarga dan agama. Bukan memperbesarkan hal ini. tetapi apabila kita memasuki bab akhlak, kita haruslah melihat sesuatu perkara. apakah ini yang diredhai oleh allah swt atau tidak?

Semasa aku berada di tingkatan 4 . aku belajar bab akhlak, kenapa akhlak itu penting dalam islam ? 
Sebabnya  " dalam kehidupan seseorang muslim harus melahirkan generasi berakhlak mulia "


Andai kata umat muhammad saw tiada akhlak mulia ? apa yang akan terjadi ? demikianlah allah swt akan turunkan sesuatu yang kita tidak mampu bayangkan, seperti mana dizaman nabi-nabi yang terdahulu. Masalah yang aku cuba sampaikan inilah isu manusia baring-baring ditanah, sambil muka,dahi,semua cium ke tanah.

Persoalan aku pertama ialah, lihat cara kita solat, apakah kita solat sempurna? seperti cara kita buat perbuatan muka ditanah mulut ditanah dan semua ditanah ? nescaya lihat lah cara kamu solat. cara aku solat pun tak tahu sempurna lagi atau tidak. tetapi lihat pandangan dari sudut itu.

Persoalan kedua aku. Orang kata buat itu, tak perlu berfikir, tak perlu bersuara, hanya lakukan sahaja. Kenapa harus macam tu ? Bukan ke cara solat pun macam tu ? solat tak perlu berfikir, apabila masuk waktunya, kita harus segara melakukan ibadah? tak perlu bersuara apabila kita solat jemaah, melainkan menyebut amin ? fikirlah. sebelum kita membuat sesuatu perkara.

persoalan ketiga aku. kenapa harus memalukan diri didepan orang ramai ? sedangkan islam tak menyuruh memalukan diri depan orang ramai? kalau perkara itu dianggap membanggakan, dianggap sebagai maruah. apakah itu akan diterima disisi allah swt dan rasulnya ? .Terbaring ditempat-tempat yang kotor yang kita tidak tahu kotor apa yang ada. Tanah malaysia kita bukan tanah suci mekah atau madinah. Dimalaysia ada binatang-binatang seperti anjing, dan kucing merata-rata tempat, najis-najis yang tidak diketahui.

Sebelum kita sahut cabaran orang, biarlah kita sahut cabaran dari allah swt dan rasulullah saw. Ini semua hanya ikutan orang nasarani dan yahudi. islam tak akan ajar perkara-perkara ini. hanya orang-orang yang munafik, orang kafir, orang yang ingkar kepada allah swt saja yang akan rasa apa mereka buat itu benar, tanpa memikirkan apakah ini benar disisi allah swt.

Andai kata ingin mengisi masa lapang, banyak cara untuk mengisi masa lapang cara islam, apa gunanya bersukan? bermain computer game? baca buku? beriadah bersama keluar dan kawan-kawan melakukan sesuatu perkara yang bermanfaat seperti jalan-jalan di taman? jalan-jalan melihat keindahan ciptaan allah swt? bukan bergitu ?

Ada mak bapak beriman dan bertaqwa, tetapi anak-anak menyokong perkara  ini, tanpa melihat kebaikan akhlak dalam islam pun tak guna juga. andai kata mereka buat cara ini untuk menyampaikan suara dan perasaan. apa gunannya mulut untuk berkata-kata ?

Allah swt telah ciptakan manusia dengan sempurna, tetapi manusia merasakan tidak sempurna disisi mereka sendiri. allah swt berikan al-quran sebagai panduan hidup, tetapi mereka abaikan al-quran, allah swt turunkan wahyu kepada rasul-rasulnya untuk menyampaikan berita gembira dan sebagainya, tetapi manusia abaikannya.

Aku hidup diakhir zaman, zaman dimana tiada lagi nabi. Aku hidup harus mencari apa yang rasulullah saw tinggalkan untuk aku dan umatnya yang lain. Aku tak mahu ke nerakanya, aku mahu ke syurganya. andai aku ke syurga dengan keadaan merangka? terguling-guling, aku tidak kisah, asalkan aku dapat masuk ke syurga dan temui nabi aku yang aku cintai, yang aku ingin jumpa sekian lama hidup aku.

Dan apa gunanya kita solat dan berdoa, tetapi kita masih lagi terpakai-kapai dengan persoalan kita, terabai dengan pendirian, pemahaman kita tentang agama kita sendiri. Belajar tinggi-tinggi tetapi tak belajar agama, tak faham agama, tak guna juga.. Ibu bapa sentiasa berdoa kepada kita, agar jadi orang yang beriman, orang yang soleh, temukan anak-anaknya ke jalan yang benar jalan yang lurus, jangan seksakan mereka di neraka jahamanmu dan seksaan kubur mu. tunjukanlah mereka akidah,akhlak,iman, seperti orang-orang yang soleh, dekatkan mereka bersama orang-orang soleh...

Tetapi apa yang terjadi kepada kita? apakah kita menghampir apa yang ibu bapa kita doa? ataupun yang kita doa ? semua mencari syurga allah swt, tetapi sayang sekali, semua seperti mencari neraka allah swt.
aku cakap untuk diri aku, bukan untuk aku kenakan orang.tidak. ini juga adalah peringatan aku tentang kepada allah swt yang telah tetapkan qadar dan qada seseorang.

Percayalah, mulut umat muhammad saw dan hamba allah swt, kalau ditanya, sayang allah swt tak ? mereka akan kata sayangggggggggggggggg. sayang nabi muhammad saw tak ? sayanggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggg sangat-sangat. tetapi sedar tak apa kita cakap ini? sebab dalam surah ali-imran ayat 31-32 ( terjemahan) berkata seperti ini

[31] Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [32] Katakanlah (wahai Muhammad): “Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Oleh itu, jika kamu berpaling (menderhaka), maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir.
http://www.alquran-melayu.com/3-al-i-imran/

Selebihnya anda fahamkanlah maksudnya. dari tafsiran ayat ali imran 31-32 . kenapa allah swt turunkan ayat ini.