Semalam aku lepak dengan seorang adik nie, aku dengar kisah tentang abangnya. Bagi aku, agak sedih apa yang terjadi sebenarnya, tetapi aku tidak suka apa yang dibuat oleh abangnya. Bagi aku kecewa dalam sesuatu perhubungan bukanlah harus mencederakan diri ataupun harus menjadi orang yang tak tentu arah hanya kerana cinta. Bagi aku bodoh jika jadi seperti itu.
Perasaan ini sebenarnya bukanlah untuk bercinta tetapi cinta sebenar untuk untuk maha kuasa maha agung iaitu tuhan kita sendiri. Apa gunanya kita tak berharap kepadanya jika hidup didunia nie? Bagi aku orang yang tak berfikirkan waras kerana cinta ini adalah manusia yang bodoh dirinya. Cuba fikir tentang diri dulu dan agama. Menyiksa diri sendiri adalah dosa disisi islam. Kenapa harus melukakan diri sendiri? kelarkan ditangan sendiri? cuba membunuh diri? dan sebagainya. Apa yang kita lepaskan atau dikecewakan itu akan kembali ke? fikir baik-baik, apa gunanya didalam dunia nie telah diciptakan berjuta-juta jenis dimuka bumi ini?
Sedikit pun tidak dapat berfikiran dengan waras ke? jangan jadi bodoh kerana perasaan. jadikan bijak dengan perasaan. tak salah jika masih lagi sayangi orang telah tinggalkan kita, tapi janganlah kita jilat apa yang sudah dicaci.
Jangan fikir dia seorang yang penawar hidup duka ini, sebab penawar hidup duka yang sebenarnya ialah tuhan yang kita sentiasa berdoa dan sujud kepadanya. Bila aku didalam kesedihan, aku memang murung, tetapi aku tak berfikiran pendek sampai aku cuba mendesak seseorang sampai dia menyukai aku, tak pun cuba membunuh diri dan sebagainya. Aku hanya mendiamkan diri, mencari ketenangan diri, aku berdoa, membaca buku yang aku rasa boleh mententeramkan jiwa aku, buat sesuatu yang aku rasa boleh melegakan perasaan aku ( bukan lakukan sesuatu yang bodoh ).
Aku juga berfikir tak mengapa untuk hari ini, mungkin esok atau lusa dia akan menyesal sebab lepaskan aku, dia hilang dari hidup aku mana tahu aku dapat yang lagi cantik daripada dia.Bagi aku jangan terlalu berfikir tentang yang telah tinggalkan kita.
Orang bercinta selama 8 tahun pun boleh putus. Ingat pesanan aku, jangan kita letakkan perasaan kita sebanyak 100 peratus atau 50 peratus. itu adalah perasaan bodoh kalau kita letakan perasan banyak sebergitu. Manusia yang bijak dalam tentang sesuatu perhubungan adalah manusia yang dapat berfikir tentang buruk dan baik. Bila sesuatu terjadi macam mana nak menangangi masalah diri.
Bukan caranya menyiksa diri. itu salah, banyak caranya kita boleh tenangkan jiwa. Tak kisah kita pernah bersama orang tersayang selama 1 tahun ke 8 tahun. Paling penting kita harus fikirkan, adakah selama kita bersama orang yang kita sayang selama 1-8 tahun itu akan menjadi bakal suami atau isteri kepada kita? itu yang harus kita fikirkan dan kita harus uraikan dimasa akan datang.
Fikir baik dan buruk untuk selesaikan masalah yang bakal akan terjadi.
No comments:
Post a Comment